[ SELAMAT DATANG KE BLOG KELAS 5 AMANAH ]

28 April 2016

Contoh Peribahasa Dewan (B)

1. bagai babi merasa gulai prb dikatakan kpd orang yg hendak menyama-nyamaiorang besar (kaya dll);

2. badak makan anak prb membuang anak sendiri;

3. anak badak dihambat-hambat prb dgn sengaja mencari bahaya;

4. sayang anak badak tampungcucu konon badak raya prb hairan, seseorang ygbukan bangsawan tetapi mengaku dirinya kerabat raja.

5. badan boleh dimilikitetapi hatinya tidak prb walaupun menjadi atau bersifatspt hamba atau orang lemah terhadap orang yg berkuasa, namun hatinyatidak begitu;

6. hancur badan dikandung tanahbudi baik terkenang juga prb budi bahasa ygtidak akan dilupakan orang;

7. rosak badan kerana penyakitrosak bangsa kerana laku prb kerana penyakit,rupa kita boleh menjadi buruk dan kerana kelakuan jahat, nama baikbangsa atau suku itu boleh tercemar;

8. beroleh badar tertimbakan prb mendapat keuntungan yg tidak disangka-sangka;

9. melonjak badarmelonjak gerundang prb meniru-niru orang yg besar (kaya,mulia).

10. bahasa dan bangsa itu tiada dijual atau dibeli prb hendaklah menjaga budibahasa walau drpd kaum yg hina sekalipun (walaupun kaya kalau tiadabudi bahasa dihina orang juga);

11. bahasa menunjukkan bangsa prb drpd budi bahasa, orang dapat menilai kita;

12. memikul di bahumenjunjung di kepala prb mengerjakan sesuatu pekerjaanharuslah menurut peraturannya supaya selamat;

13. tangan mencencang (menetakmemetikbahu memikul prb siapa ygbersalah harus menanggung akibatnya;

14. buat baik berpada-padabuat jahat jangan sekali prb membuat pekerjaanbaik janganlah berlebih-lebihan, tetapi pekerjaan jahat jangan sekali-kalidibuat;

15. baju indah dr balaitiba di rumah menyarungkan prb hukum yg telah putusdan tidak boleh dibanding lagi;

16. bagai memakai baju sempit prb perbuatan yg tidak sesuai dgn keadaan diri;

17. mengukur baju di badan sendiri prb kejahatan kita jangan dijadikan pengukurkejahatan orang lain (atau darjat kita jangan disamakan dgn darjat oranglain);

18. mencabik baju di dada prb menceritakan aib sendiri;

19. dibakar tiada hangus prb tidak dapat dipengapakan (kerana degil, berkuasa,dll);

20. bala lalu dibawa singgah prb dgn sengaja mencari kesusahan dll;

21. bagai balam dgn ketitir prb perihal dua orang yg tidak dapat bermuafakat,masing-masing membanggakan diri.

22. ada hujan ada panasada hari boleh balas prb akan datang masanya utkmembalas perbuatan jahat;

23. bandar terbuka dagangan murahbadan sudah tua prb keinginan (pekerjaan)datang waktu kita tidak berwang (lemah);

24. ayam bandung dua anak ayam yg keluar dr satu biji telur;

25. rumah bandung dua buah rumah yg dijadikan (bercantum menjadi) satu;

26. telur dua bandungpecah satu pecah kedua prb orang yg satu hati, sehidupsemati.

27. bangkai gajah bolehkah ditudung oleh nyiru prb kejahatan yg besar itu tidakdapat disembunyikan;

27 April 2016

Contoh Peribahasa Dewan (A)

1. pt abu di atas tunggul prb Mn dgn mudah boleh tercampak atau terhalau, tidak bererti, tidak tetap (suami dlm rumah keluarga isterinya dlm masyarakat Minangkabau dan di tempat-tempat tertentu di NS);

2. terpegang di abu hangat prb Mn baru saja memulai sesuatu pekerjaan sudah mendapat kesusahan;

3. sudah jadi abu arang prb sudah rosak sama sekali, tidak ada gunanya lagi;

4. ada gulaada semut prb kalau orang kaya banyaklah kawannya;

5. ada airada (adalahikan = ada padangada belalang ada batangadacendawan tumbuh prb di mana pun kita duduk, ada rezeki;

6. adat bersendi syaraksyarak bersendi adat prb segala perbuatan hendaklah jangan bertentangan dgn adat dan agama;

7. adat diisilembaga dituang prb Mn mengerjakan sesuatu menurut adat kebiasaan;

8. adat gajah terdorong prb orang yg berkuasa biasanya menyalahgunakan kekuasaannya;

9. adat lama pusaka usang prb Mn adat yg tidak berubah-ubah sejak dahulu;

10. adat periuk berkerakadat lesung berdedak prb jika berkehendakkan keuntungan, haruslah susah;

11. adat sepanjang jalancupak sepanjang betung prb tiap-tiap perbuatan ada peraturannya, tiap-tiap negeri mempunyai kebiasaannya:

12. hidup dikandung adat mati dikandung tanah prb setiap orang harus mentaati adat selama hidup dan jangan pula melupakan bahawa dia akan mati;

13. hilang adat tegal muafakat prb adat lama itu boleh diubah asal dgn muafakat;

14. air beriak tanda tak dalam prb orang yg sombong (besar cakapnya tetapi tidak berisi atau kurang ilmunya);

15. air besar batu bersibak prb perselisihan yg besar akan mencerai-beraikan orang yg bersahabat atau bersaudara;

16. air cucuran atap jatuhnya ke pelimbahan juga = air di tulang bumbunganturunnya ke cucuran atap prb anak itu menurut sifat dan teladan orang tuanya (sesuatu itu menurut asalnya);

17. air dalam berenang (berkumbah), air dengkat bercebok prb perbelanjaan itu harus dipadankan mengikut banyak sedikitnya pendapatan;

18. air dicincang tiada putus = air ditetak tiada akan putus prb kerana perbalahan orang yg sekaum atau bersaudara tiada akan cerai-berai;

19. air diminum rasa durinasi dimakan rasa sekam = air diminum sembiluan prb dikatakan bkn orang yg dlm kesusahan (dukacita) sehingga tidak sedap makan dan minum;

20. air mata jatuh ke perut prb berdukacita dgn tiada ketara;

21. air mudik sungai semua teluk diranai prb orang yg boros tiada memilih barang, mana yg melintas dibelinya;

25 April 2016

Cuaca Panas : Nasihat Kepada Orang Ramai

  1. Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut  contohnya akibat strok haba.
  2. Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:
    • Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
    • Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
    • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
    • Penghidap penyakit sistem pernafasan.
    • Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

12 April 2016

SPM English Tips

The SPM English is a compulsory subject that all students must sit for. It comprises of two written papers and one oral examination. Before looking for SPM English Tips 2015, make sure you know the structure of the written paper, which is as follows.
Examination structure of SPM English 2015:
Paper 1
  • To be answered in 1 hour and 45 minutes
  • Section A: Directed Writing
  • Section B: Continuous Writing

29 March 2016

Koleksi Soalan Peperiksaan Sebenar SPM

Koleksi Soalan Peperiksaan Sebenar SPM (November). Anda seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2016 hujung tahun ini? Sebagai panduan bagi pelajar yang ingin mencari soalan peperiksaan SPM sebenar tahun 2015 dan tahun-tahun sebelumnya (Past Years Papers From Lembaga Peperiksaan Malaysia), anda boleh merujuk koleksi soalan SPM sebenar di bawah ini. Peperiksan bertulis Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2016 akan diadakan pada 7 November hingga 6 Disember 2016 seperti dimaklumkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).   Jadual peperiksaan lain termasuk SPM, SPMU, UPSR, PT3 dan STAM tahun 2016 boleh di rujuk di Jadual Peperiksaan Awam Malaysia 2016. 

Koleksi Soalan Peperiksaan Sebenar SPM 2015 Dan Tahun Sebelumnya 

Berikut disertakan koleksi kertas soalan peperiksaan sebenar SPM tahun 2015 dan tahun sebelumnya yang dikongsikan dari pelbagai sumber seperti dinyatakan untuk rujukan pelajar dalam mengulangkaji pelajaran.
 * Kertas soalan peperiksaan akan dikemaskini dari masa kesemasa  

24 March 2016

FAKTOR GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA

Berita Harian,12 Julai 2001 lalu telah melaporkan bahawa dalam tempoh 10 tahun antara tahun 1989 hingga  tahun 1998,kadar jenayah membabitkan remaja meningkat sebanyak 35 peratus bagi lelaki dan 25 peratus bagi perempuan.Statistik ini menunjukkan bahawa masalah sosial dalam kalangan remaja semakin membimbangkan.Hal ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana remaja merupakan satu-satunya tonggak negara dalam menerajui kepimpinan negara sesuai dengan ungkapan “pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara”.Persoalannya,jika remaja kita musnah sebagai akibat keseronokan yang sementara ini,siapakah yang akan terus memperjuangkan nasib negara kita? Justeru,senario ini mencetuskan kebimbangan kepada semua pihak termasuklah golongan ibu bapa,guru,masyarakat,dan negara. Tidak dinafikan,pelbagai usaha telah digembleng bagi mengatasi kemelut ini.Namun begitu,apakah punca kepada kegagalan tersebut?

        Kemelut ini sebenarnya bermula daripada diri remaja itu sendiri.Perkataan remaja atau adolescene berasal dari perkataan Latin iaitu “adolescere” yang bermaksud “membesar” atau “membesar menjadi matang”.Menurut Kamus Dewan,Edisi Ketiga,remaja merupakan seorang yang mulai dewasa,sudah akil baligh,dan sudah cukup umur untuk berkahwin.Dari segi perspektif Islam pula,remaja dianggap sebagai mereka yang sudah cukup umur atau diistilahkan sebagai baligh.Pada peringkat ini,golongan remaja mengalami peralihan antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa.Apabila mengaitkan diri remaja dengan gejala sosial yang semakin berleluasa pada hari ini,kita dapat melihat sikap ingin mencari sesuatu yang baharu atau sikap ingin tahu yang ada dalam diri remaja sebagai satu faktor yang utama.Sikap ingin tahu memang wujud dalam diri remaja.Lazimnya mereka gemar mencuba sesuatu yang baharu.Setiap perkara yang terlarang,itulah yang ingin diterokai oleh mereka.Contohnya,fenomena lumba haram yang terjadi akibat keinginan remaja untuk menunjukkan belang mencerap keseronokan bersama rakan sebaya.Selain itu,masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah juga adalah daripada sikap ingin tahu yang tidak kena pada tempatnya.Menurut Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi,masalah dadah yang merupakan masalah utama,masih merupakan ancaman besar negara.Hal ini membuktikan,betapa seriusnya masalah dadah.Lebih-lebih lagi,gejala ini melibatkan golongan remaja.

23 March 2016

Pagar dan Pegar Yang Makan Padi

SAYA  telah berkali-kali menemukan bicara tentang pembaikan peribahasa. Apabila saya sebutkan peribahasa, ertinya termasuklah pepatah, simpulan bahasa, perumpamaan dan beberapa lagi. Saya tertarik pada kemungkinan tersalah pilih kata yang kini kian giat dipersoalkan.

Pertama, “Guru kencing berdiri, murid kencing berlari.” Ketika saya melawat sekolah, seorang  guru muda bertanya: “Jika murid itu berlari, bolehkah dia buang air?” Saya berfikir tentang tujuan dia bertanya. Saya dapati dia agak serius, lalu saya mengatakan, itu ialah unsur hiperbola dalam peribahasa. Hiperbola bererti pernyataan berlebih-lebihan untuk maksud seni.

Dalam satu majlis ceramah penulisan kreatif untuk pengkarya guru, seorang guru bahasa dan Komsas bertanya, “Adakah munasabah peribahasa “Telaga mencari timba?” Katanya lagi, dia tidak dapat membayangkan telaga berjalan ke sana sini mencari timba. Saya menjawab, bahawa itu ialah unsur absurditi dalam peribahasa Melayu. Bicara tentang itu kemudiannya beranjak ke maksud pantun, misalnya “Lautan api lagi kurenang” dan “Di mulut naga lagi kurebut”.  Pernahkah kita lihat lautan api dan mulut naga?

26 February 2016

Kanak-kanak seawal 12 tahun terjebak dadah di Kelantan


Terjebak dengan ketagihan dadah seawal usia 12 tahun, itu kata Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Azizan Ariffin berkenaan statistik terkini gejala dadah di Kelantan.

Bukan itu sahaja, AADK turut mendapati bilangan wanita yang terjebak dengan gejala dadah di Kelantan juga semakin meningkat.

Tambahnya, seramai 55 penagih wanita direkod tahun lepas berbanding 44 orang pada 2014.

"Ini merupakan satu ancaman dan masalah sosial yang serius yang tidak boleh kita biarkan merebak kepada golongan berkenaan," katanya pada majlis perasmian program Jelajah AADK Sempena Hari Anti Dadah Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan oleh Pengerusi Skuad 1Malaysia Negeri Kelantan, Datuk Abdul Aziz Derashid yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Balah, di sini pada Ahad.

Beliau berkata penagih wanita berkenaan kini ditempatkan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN), Bachok.

Menurut Azizan, jumlah keseluruhan penagih dadah di Kelantan turut meningkat kepada 3,289 orang tahun lepas berbanding 2,426 orang pada 2014.

"Peningkatan penagih dadah di negeri ini disebabkan faktor kemiskinan tegar dan kebiasaannya mereka menghadapi masalah dalam pembelajaran," katanya.

sumber : astroawani.com

18 February 2016

Koleksi Pantun Nasihat

Pantun Nasihat



Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati


Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa


Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk


Daun sirih ulam Cik Da
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi