[ SELAMAT DATANG KE BLOG KELAS 5 AMANAH]

Mengesan Ciri-ciri Pelajar Ponteng Sekolah

PERANGKAAN terkini bilangan pelajar yang terlibat dengan gejala ponteng sekolah ialah seramai 34,628 orang. Meskipun angka tersebut dianggap kecil berbanding lebih 4 juta bilangan pelajar keseluruhan, ia tidak boleh dipandang sebelah mata dan dianggap remeh terutama oleh pihak yang terlibat secara langsung dalam dunia pendidikan iaitu ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan masyarakat keseluruhan.

Langkah Kementerian Pelajaran melancarkan Kempen Basmi Ponteng Sekolah adalah tepat pada waktunya dan merupakan satu inisiatif terpuji.

Namun begitu, pihak kementerian boleh merencanakan pelbagai program dan guru bertindak sebagai pelaksana, namun segalanya itu akan menjadi sia-sia jika kerjasama daripada seluruh anggota masyarakat tidak diperolehi. Guru boleh melaksanakan pelbagai program yang bersifat merangsang pelajar untuk hadir ke sekolah, mengenakan denda dan hukuman yang bersesuaian kepada pelajar yang ponteng. Namun segalanya pasti tidak akan terjawab tanpa kerjasama dan penglibatan seluruh anggota masyarakat dalam usaha untuk membasmi gejala yang negatif itu.

Tanggungjawab ibu bapa sangat jelas iaitu dengan cara memastikan anak-anak selamat dalam perjalanan ke sekolah dan juga pada ketiga yang sama selamat sampai ke sekolah.

Ibu bapa perlu memastikan walau dengan apa cara sekalipun, agar anaknya tidak melencong ke tempat lain, seperti pusat hiburan dan kompleks membeli belah jika di bandar dan rumah kosong atau tepi sungai bagi pelajar di luar bandar.

Ibu bapa perlu memerhatikan gerak geri anak-anak mereka, kerap berhubung dengan pihak sekolah, sering bertanyakan rakan anak-anak atau pemandu bas serta juga perlu selalu melihat apa yang terkandung dalam beg sekolah anak-anak.

Apa yang terkandung di dalam beg sekolah boleh memberi jawapan sama ada anak ke sekolah atau tidak pada hari berkenaan. Bukti anak ke sekolah boleh dilihat menerusi buku latihan atau nota yang tentunya mempunyai tarikh sementera dalil menunjukkan pelajar melencong ke tempat lain ialah adanya 'seragam simpanan' dalam beg mereka.

Selain itu, pihak-pihak pengusaha pusat hiburan juga perlulah lebih bertanggungjawab dan tidak menjadikan notis melarang pelajar sekolah memasuki pusat hiburan sebagai hiasan dinding semata-mata.

Orang ramai juga boleh melaporkan kepada pihak polis jika ternampak pelajar sekolah berkeliaran di mana-mana yang dicurigai ponteng sekolah.

Apa yang lebih menyedihkan lagi, terdapat ibu bapa yang hanya membiarkan anak-anak mereka ponteng sekolah di rumah sendiri tanpa bertanyakan sebab yang munasabah mengapa anak mereka tidak ke sekolah.

Malahan ada pula pelajar yang memburukkan guru disiplin yang terlalu garang, yang menyebabkan mereka kurang berminat untuk ke sekolah atau memberikan alasan yang remeh seperti pemeriksaan mengejut mingguan pada setiap Isnin, pelbagai macam jenis sakit ataupun kasut kotor, sebagai helah pertanyaan ibu bapa mereka.

Sebagai kesimpulannya, dalam apa jua perkara yang melibatkan dunia pendidikan, kerjasama dan muafakat semua pihak penting bagi mengatasi setiap masalah yang timbul.

Jika tidak, segala kempen dan apa jua bentuk akan menjadi sia-sia, andainya lebih ramai yang memilih untuk menjadi penonton dan hanya bijak bercakap.

3 comments:

Afizi Aznan said...

hehe..aku pon kengkadang ponteng jugak..

Muhd Hafiz Bin A. Rasid said...

haha,,bagus2,,

Muhd Hafiz Bin A. Rasid said...

len kali ponteng ag la yerk,,