PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

20 May 2011

Motivasi Alihan Pelajar



Motivasi Alihan Pelajar ataupun MAP sememangnya sebuah program motivasi yang mantap dan amat bermanfaat untuk para pelajar yang menyertainya. Program motivasi ini dapat memberi motivasi, keyakinan dan semangat untuk pelajar-pelajar yang lemah. Program motivasi ini bukan sahaja disampaikan melalui program sahaja, tetapi ia turut di bukukan dalam Buku Motivasi Pelajar. Saya sebagai pembaca buku tersebut berasa teruja apabila mengetahuai pelbagai cara untuk belajar, menghilangkan stress dan pelbagai lagi. Memang tidak rugi kalau kita sebagai pelajar menyertai program motivasi seumpama ini dan membaca buku motivasi. Oleh yang demikian, pelajar di Malaysia harus motivasi dan muhasabah diri untuk
memperbaiki taraf hidup disamping memberi sinar kehidupan yang cerah pada masa hadapan.Saya suka mengambil rumusan yang di nyatakan oleh Tengku Asmadi iaitu
"Manusia hidup adalah mereka yang memberikan banyak manfaat kepada manusia yang lain. Sekirannya hidup kita tiada sebarang perubahan dan kemajuan serta tidak memberi manfaat kepada orang lain,kita tak ubah seperti mereka yang mati sebelum masanya."

Untuk maklumat lanjut tentang program Motivasi Alihan Pelajar sila layari laman web ini : http://www.motivasialihanpelajar.com/

No comments :

Post a Comment

[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket