PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

19 December 2012

Perbezaan Pelajar Dahulu Dengan Pelajar Sekarang

Apa perbezaan pelajar dahulu dengan pelajar sekarang? Pada pendapat anda, adakah pelajar dahulu sama sahaja dengan pelajar sekarang? Memang terdapat jurang yang besar dan perbezaan ketara antara pelajar dahulu dengan pelajar sekarang. Mari kita reenung-renungkan
sejenak tentang perbezaan pelajar dahulu dengan pelajar sekarang dan merungkai segala persoalan yang timbul itu.

Pelajar Dahulu
1. Mereka belajar dalam keadaan susah, bercahayakan lampu minyak tanah apabila belajar di waktu malam.
2. Kelengkapan ke sekolah pun kurang dan tidak serba baru setiap tahun.
3. Pergi ke sekolah hanya menaiki basikal dan berjalan kaki untuk merentasi denai-denai kecil dan jalan tanah merah yang becak apabila hujan.
4. Pelajaran terhad sahaja bagi keluarga yang berkemampuan. 
5. Mereka turut besusah payah untuk menyambung pelajaran mereka dengan bekerja di kebun dan ladang-ladang getah.
6. Hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang telah mengakibatkan mereka mengikat perut mereka semasa belajar di sekolah.
7. Dengan kemudahan yang kurang, ramai kanak-kanak yang tinggal di perdalaman tercicir dalam bidang pembelajaran.

Pelajar Sekarang
1. dengan kemajuan infrastruktur dan kelengkapan moden, pelajar sekarang mudah mempelajari ilmu baharu.
2. Mereka mendapat galakan yang luas daripada ahli keluarga kerana tiada masalah kesempitan kewangan berlaku.
3. Mereka turut mendapat kelengkapan ke sekolah setiap tahun bagi meningkatkan azam mereka untuk belajar bersungguh-sungguh.
4. Mereka turut dapat belajar dengan selesa dan tenang tanpa masalah kesempitan hidup lagi.
5. Bagi keluarga miskin pula mereka mendapat perhatian daripada kerajaan dalam membantu mereka belajar sampai ke menara gading.
6. Bagi melanjutkan pelajaran mereka, pihak bank turut menawarkan biasiswa dan pinjaman yang khusus untuk pelajar melanjutkan pelajaran pada masa kini.
7. Kemudahan ICT turut memberi impak positif kepada pembelajaran para pelajar kini yang dimana, para pelajar boleh memanfaatkannya dengan mencari sumber nota-nota dan soalan untuk meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran di samping cemerlang di dalam peperiksaan kelak.

Kesimpulannya...
1. Pelajar pada masa kini haruslah bersyukur dan menghargai kemudahan yang telah ada di depan mata untuk memanfaatkannya dalam bidang pembelajaran.
2. Mereka turut di galakan menggunakan segala ruang dan peluang yang ada untuk berjaya dalam pelajaran mereka.
3. Sikap malas harus di kikis dan di buang sikap tersebut dalam menuntut ilmu. Hal ini kerana, pelajar dahulu sangat bersungguh-sungguh dalam mengejar ilmu pengetahuan ini. 
4. Sikap sentiasa bersaing secara sihat dalam bidang akademik amat di alu-alukan bagi melahirkan insan yang bijak pandai pada masa akan datang.

(Sumber daripada pemerhatian dan penelitian sendiri)
# Sekiranya tersalah info di harap maafkanlah. Sekian daripada saya admin@5ATP


No comments :

Post a Comment

[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket