PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

01 December 2010

Tips Meningkatkan Semangat Belajar Anda

Tanpa semangat belajar, kita belajar akan susah dan payah hendak faham serta memahaminya. Semangat belajar perlulah hadir dan bagaimana untuk muculkan semangat study itu. Mari kita fahami sama-sama tips ini :



Belajar jatuh cinta dengan setiap mata pelajaran. Ini penting sangat tahu. Macam mana nak belajar kalau tak suka? Nanti kalau tak suka mesti malas nak belajar kan? Dia ibarat macam kalau kita tak suka orang tu macam mana nak kahwin dengan orang tu. Tapi kalau nak bercinta dengan cikgu pun apa salahnya nanti boleh bodek² mana tahu dapat markah lebih. HAHAHAHA.


Berkawan dengan orang yang suka belajar. Haa ini pun penting. Kena pandai pilih kawan sebab kawan tu pengaruh yang sangat penting. Janganlah pergi kawan dengan budak yang suka melepak, ponteng sekolah dan budak yang ada masalah disiplin. Nanti confirm korang pun akan jadi macam dorang jugak.

Tulis secantik yang boleh bila buat nota. Ini mempengaruhi penglihatan korang sekaligus mempengaruhi semangat. Bayangkan, tulisan macam cacing yang dah putus badan, semangat ke bila nak baca balik nota tu? Confirm terus tutup buku, tak pun buku yang baca korang.


Letak sebanyak warna yang boleh. Maksudnya, highlight kan isi penting dengan highlight yang warna-warni. Kan dekat iklan TV ada cakap, warna boleh pengaruhi otak, lepastu boleh buat kita senang menghafal.


Buat peta minda secara kreatif. Kalau siapa² yang rajin boleh lah buat macam ni. Buat nota, tapi kasi kreatif sikit. Contohnya, lukis lah gambar pasangan korang, lepas tu potong² kepada beberapa bahagian macam muka, rambut, kaki dan sebagainya. Haa baru lah kreatif namanya. Confirm korang mesti ingat punya kan lepastu macam semangat gila bila tengok gambar pasangan sendiri. HAHAHA bagus punya contoh.


Join study group. Bukan apa, bila study group mesti ramai² kan? Nanti takda lah bosan dan mengantuk. Plus, bila study group mesti setiap subjek ada yang pro kan, so boleh lah tanya bila tak faham. Cara ni jauh lebih berkesan daripada belajar sendiri.

No comments :

Post a Comment

[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket