Pengambilan diet yang seimbang dan berkesan memainkan peranan yang penting kepada semua orang. Kebiasaannya orang bediet semata-mata untuk menurunkan berat badan ataupun mendapatkan susuk badan yang menarik. Namun pada hakikatnya amalan berdiet adalah untuk mendapatkan kesihatan yang baik.
Memandangkan kandungan post ini agak panjang, anda digalakkan untuk bookmark laman ini. Sekiranya anda sudah bersedia, jom membaca senarai ini.
101 Tips Diet Seimbang
Diet boleh merujuk kepada pengamalan pemakanan seseorang, dan ia juga boleh merujuk kepada aktiviti menghadkan pemakanan sesuatu untuk tujuan tertentu. Namun, bukan semua amalan diet tersebut adalah sihat, dan bukan semua amalan diet tersebut berkesan.



