PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

27 August 2014

Sajak: Ibu Kiranya Kau Tahu

Ibu…
Akulah zigotmu…
Yang terhasil dari sperma dan tersenyawa
Akulah embriomu…
Yang menempel pada uterusmu yang suci
Akulah fotusmu…
Yang tak sabar menjengah bumi…
Dan akulah ibu…
Lambang jirim kasihmu yang abadi.

Tangisku ibu…
Kau reda dengan nasihat terpuji
Gelakku ibu…
Kau sambut denagn nilai- nilai murni
Nakalku ibu…
Kau sulam dengan akhlak muslimah sejati
Dengan hipotesis yang kau ciptakan ibu
Kau mengharapkan hidupku penuh variasi islami.

Tetapi ibu…
Dewasanya anakmu ini tanpa sezarah harga diri
Tanpa lagi atom- atom syahadah
Tanpan lagi molekul- molekul peribadi yang luhur
Tanpa lagi ion- ion keimanan.

Ibu…
Dengan alasan berdikari
Kujejakkan kaki ke bumi metropolitan
Hidupku tak ubah seperti gerakan Brown.
Bebas! Rawak! Tanpa hala tuju.
Yang ku impikan ibu…
Hanyalah sinaran pantulan- pantula neon yang bercahaya
Yang ku rindukan ibu…
Hanyalah kerlingan mata keranjang si buaya.
Aku bangga menjadi pilihan pria- pria kota
Hingga ku lupa hamparan sejadah
Hingga ku lupa pesanmu ibu.

Dahulu ibu… Mataku buta dengan lambaian masjid
Tetapi galak dengan lambaian disko
Telingaku pekak dari alunan dan laungan ayat- ayat suciNya
Tetapi peka dengan alunan muzik yang mengasyikkan
Hidungku hilang deria bau wangian Firdausi
Tetapi tajam dengan bauan alkohol yang memabukkan
Lidahku seakan kelu untuk melafazkan zikir dan munajat
Tetapi, petah mencaci dan memaki.

Tetapi kini ibu…
Kiranya kau tahu…
Kurasakan gentar menyelubungi siangku
Rantaian dosa- dosa silam menyelimuti malamku
Aku takut ibu…
Aku takut… dengan serulis Israfil
Aku takut… dengan sentakan Izrail
Aku takut dengan cemeti munkar dan Nankir
Aku takut!!!

Tetapi kini ibu…
Kiranya kau tahu…
Anakmu ini tidak lekang dari tempat sujudNya
Bibirku basah dengan kalimah suci
Mataku tersasar ke arah QiblatNya
Telingaku dirakum dari umpatan cela…
Meluruhkan dedaun dosa
Digantikan bebunga pahala.

Kiranya kau tahu ibu…
Betapa anakmu ini dipalit rasa sesal
Hingga ke akhirnya…
Sumber nukilan:
Majalah Sekolah SMK Seri Perak, Teluk Intan

Kiriman:

Dhia Erryna

21 August 2014

CONTOH KARANGAN PRAPERCUBAAN SPM 3



TAJUK 3 : LANGKAH MEMAJUKAN PELANCONGAN NEGARA

           Sektor pelancongan di negara kita berkembang maju dan menjadi sumber pendapatan negara yang penting. "Pendapatan indsutri pelancongan mencatatkan peningkatan 7.2 peratus dengan nilai RM103.3 bilion pada tahun 2013 dalam menjana ekonomi Malaysia,” kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Hal ini menunjukkan peningkatan ekonomi yang memberangsangkan yang dibawa masuk melalui industri pelancongan. Kerajaan telah menggerakkan semua agensinya untuk memastikan sektor pelancongan berkembang pesat sejajar dengan pembanguna negara yang pantas. Namun begitu, insiden yang menimpa negara baru-baru ini dengan kejadian misteri iaitu kehilangan pesawat Malaysian Airlines Systems (MAS) MH371 dari China dan MH17 yang ditembak lalu terhempas di Ukraine sedikit sebanyak boleh menjejaskan industri pelancongan negara. Kebanyakan pelancong berasa terancam untuk datang ke Malaysia apatah lagi tahun 2014 diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Malaysia. Oleh itu, semua pihak haruslah megatur langkah yang lebih proaktif dan pragmatik untuk memastikan industri pelancongan negara kita terus rancak dengan kunjungan para pelancong sama ada dari dalam negara atau dari luar negara untuk memastikan semua pihak mendapat faedah daripada perkembangan sektor ini. Persoalan yang bermain-main di gawang minda kita ialah apakah langkah-langkah yang pragmatik yang dapat dipraktikkan untuk memajukan sektor pelancongan di negara kita?

            Uslub yang perdana yang dapat diambil ialah pihak kerajaan memperkenalkan produk pelancongan baharu yang dapat menarik minat pengunjung mancanegara. Produk pelancongan negara perlu diperbanyak supaya para pengunjung dapat menikmati sesuatu yang baharu dan unik di negara kita. Banyak produk pelancongan yang wajar diterokai oleh pihak-pihak yang terbabit. Misalnya, kerajaan menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam program inap desa dengan lebih banyak. Selain itu konsep pelancongan kesihatan, agropelancongan, ekopelancongan, dan seumpamanya hendaklah dikembangkan. Kita juga wajar memperkenalkan pelancongan musim buah-buahan seperti musim durian, manggis, langsat, dan sebagainya. Produk pelancongan yanng diperkenalkan mestilah dapat menarik hati pelancong-pelancong mancanegara. Biasanya pelancongan luar mahu melihat sesuatu yang tidak ada di negara mereka. Oleh itu, kita harus mengambil peluang untuk memperkenalkan keunikan negara ini dengan mengetengahkan budaya hidup dan kesenian masyarakat tempat. Sebagai contoh, pelancong wajar dibawa untuk tinggal bersama-sama masyarakat luar bandar dan mendalami cara hidup mereka. Dengan ini, para pengunjung dapat menimba pelbagai ilmu yang baharu dan mereka tidak akan pulang dengan tangan yang kosong tanpa ilmu di dada. Benarlah kata orang tua-tua, “jauh perjalanan, luas pengalaman”. Jadi, usaha kerajaan memperkenalkan produk pelancongan baharu dapat meningkatkan sektor berkenaan.

15 August 2014

CONTOH KARANGAN PRAPERCUBAAN SPM 2



TAJUK 2 : KEPENTINGAN BERSARAPAN PAGI

Rangka:


            “Mimi tidak suka sarapan pagi. Kalau makan pagi dia mesti sakit perut. Selalunya lepas bangun tidur, dia akan terus ke sekolah. Lagi pun, tak sempat. Kami keluar rumah jam 6.45 pagi. Dia suka sambung tidur dalam kereta daripada makan," kata Halimah ketika diaju soalan kenapa tidak menyediakan sarapan pagi untuk anaknya sebelum melangkah ke sekolah. Senario ini mungkin biasa kita dengar. Sama ada tahu atau tidak ambil kisah, segelintir ibu bapa masih tidak memberi perhatian serius terhadap kepentingan sarapan pagi untuk memastikan anaknya dapat menumpukan sepenuh perhatian pengajaran di dalam kelas. Sebenarnya sarapan pagi sangat penting kepada setiap individu. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir individu yang kurang gemar mengambil sarapan pagi. Mereka menganggap bahawa sarapan pagi hanya akan menambahkan berat badan. Mungkin juga terdapat individu yang sering mengalami masalah sakit perut sejurus mengambil sarapan pagi. Sama ada kita sedar atau tidak, terdapat pelbagai faedah yang kita peroleh apabila mengambil sarapan pagi. Marilah bersama-sama kita mengkaji faedah-faedah pengambilan sarapan pagi.

        Salah satu faedah mengambil sarapan pagi ialah masalah obesiti dapat dielakkan. Banyak orang yang beranggapan bahawa dengan tidak mengambil sarapan pagi, dapat mengurangkan berat badan mereka. Seseorang yang tidak bersarapan cenderung untuk mengambil makanan dengan kuantiti yang banyak pada waktu tengah hari dan tidak berkhasiat serta tinggi kalori seperti makanan ringan untuk menghilangkan kelaparan. Sebetulnya,berat badan lebih mudah dikurangkan dengan mengambil sarapan pagi dengan tidak makan secara keterlaluan pada waktu tengah hari sebagai akibat kelaparan kerana tidak mengambil sarapan pagi. Kajian yangdijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remajaberusia 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dankurang berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan. Pengambilan sarapan pagi perlulah seimbang dengan tenaga yang diperlukan. Untuk mengelakkan masalah obesiti, kita haruslah bersarapan pagi dengan makanan yang berkhasiat seperti bijiran dengan susu. Hal ini bukan sahaja dapat mengelakkan obesiti malahan juga dapat mengelakkan pelbagai penyakit yang berbahaya. Tegasnya, masalah obesiti dapat diatasi dengan memberikan berat badan yang ideal jika kita mengambil sarapan pagi.

14 August 2014

CONTOH KARANGAN PRAPERCUBAAN SPM 1



TAJUK 1 : KEPENTINGAN HIDUP BERJIRAN
RANGKA ISI:
  • mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan penduduk.
  • mewujudkan kehidupan yang lebih harmoni, aman damai dan sejahtera.
  • mewujudkan persekitaran yang lebih selamat.
  • menjamin keselamatan kawasan kejiranan.
  • memupuk semangat bekerjasama dan tolong-menolong.
  • membantu meningkatkan perkembangan ekonomi masyarakat dan negara.
  • membantu menjayakan projek masyarakat setempat.
  • mengelakkan berlakunya kes-kes jenayah seperti pecah rumah, kecurian dan lain-lain.
  • menghapuskan perasaan hasad dengki, fitnah-memfitnah dan berburuk sangka antara jiran.
  • menjana perkembangan dan kemajuan sesebuah kawasan kejiranan.
  • membantu mengatasi masalah kemiskinan, pengangguran, buta huruf dalam kawasan kejiranan.
  • memberikan gambaran yang positif kepada masyarakat sekeliling, pelancong dan lain-lain.
            Nusa tercinta kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai anak watan berbilang kaum dan hidup secara bersama sehati sejiwa ibarat  peribahasa seikat bak sirih, serumpun bak serai.  Sehubungan dengan itu, kebanyakan anggota masyarakat yang hidup berjiran di kawasan bandar ataupun di kawasan luar bandar dan mereka saling berhubung, bertemu dan berurusan antara satu sama lain. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, jiran boleh ditakrifkan sebagai orang yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang. Namun begitu, terdapat lakaran suramyang menyelubungi kita bahawa ada pandangan yang menyatakan bahawa amalan kehidupan berjiran dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa ini dikatakan semakin sirna ibarathidup segan mati tak mahu. Sebahagian rakyat yang hidup dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini lebih cenderung kepada sifat nafsi ataupun individualistik danbersilengah.  Mereka ini tidak menyedari akan kepentingan hidup berjiran terutamanya dalam kehidupan hari ini yang berwarna-warni. Persoalan yang sering berlegar-legar di gawang minda kita ialah apakah kepentingan hidup berjiran kepada individu, masyarakat dan negara?

07 August 2014

Sajak Perpisahan

Sajak Perpisahan

Perpisahan umpama derai kaca
tersentak dan membijihkan warna
mengingati kenangan silam
sorotilah hikmah yang terbina
Perpisahan itu kenangan
lupailah masa lalumu
pawana tersergam menaklukimu
terjeruk dalam ruang lena
cantasilah kelemahan dulu
redahilah kejayaan tungganganmu
bicara sampai habis
dapatkan manisan sebelum habis
azman @ denairimba
[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket