PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

26 August 2016

KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DALAM PEMBENTUKAN BANGSA MALAYSIA

Sejak 31 Ogos 1957,penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum iaitu,Melayu,India dan Cina hidup bekerjasama. Walaupun menyedari hakikat bahawa rambut sama hitam hati lain-lain,namun masyarakat yang berbilang kaum ini dapat hidup dalam keadaan yang sejahtera dan harmoni. Oleh itu,semua pihak perlu berpegang pada kekuatan jata negara iaitu 'Bersekutu Bertambah Mutu' untuk mengeratkan perpaduan di Malaysia.

             Tun Dr.Mahathir Mohamad,Mantan Perdana Menteri Malaysia telah menggariskan sembilan cabaran yang perlu direalisasikan menjelang tahun 2020. Salah satu cabaran yang terdapat dalam Wawasan 2020 ialah pembentukan masyarakat yang bersatu padu dan penyayang. Hal ini membuktikan bahawa warga kota yang tidak bersifat individualistik dan materialistik merupakan intipati dalam mewujudkan negara maju. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing tidak diperlukan. Selain itu,semangat perpaduan ialah asas pembangunan negara bangsa kerana sebarang keretakan dalam hubungan akan menjejaskan iktisad negara.

           Antara sumbangan yang terbesar masyarakat yang bersatu padu adalah dari segi ekonomi. Pascakemerdekaan,negara Malaysia menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang rancak. Misalnya,kemajuan dalam bidang perindustrian. Kemajuan yang dicapai oleh Malaysia begitu dikagumi masyarakat antarabangsa kerana siapa sangka negara cili padi ini mampu berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Pertumbuhan ekonomi ini merupakan sumbangan rakyat yang berpegang teguh pada prinsip bersatu teguh,bercerai roboh.

19 August 2016

10 Ciri Pembelajaran Kelas Abad ke 21

Dalam pada untuk kita bersaing dalam kemajuan dunia, maka sektor pendidikan haruslah seimbang dengan perkembangan abad ke 21. Kemajuan teknologi dan juga keupayaan pelajar harus digunakan dengan sebaik mungkin bagi mengoptimumkan penghasilan kemenjadian murid yang tinggi dalam kalangan pelajar Malaysia. Berikut adalah 10 ciri pembelajaran abad ke 21 yang boleh dimanfaatkan.

1. Berpusatkan pelajar
- pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
- meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan


2. Penggunaan komputer
- alat penting untuk kelas abad ke 21
- sangat membantu dalam pdp


3. Pembelajaran aktif
- penglibatn yang lebih aktif sama  ada dengan perbincangan bersama rakan, atau pun penggunaan komputer


4. Pembelajaran kendiri
- kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras pembelajaran


5. Persekitaran yang kondusif
- tidak terlalu sesak
- peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan lcd projektor

05 August 2016

Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang (A. B. C. D. E. F. G. H. I.)

Artikel motivasi ini memaparkan 9 kualiti, ciri-ciri, imej, motivasi, etika, akhlak serta jati diri (keperibadian atau identiti diri) pelajar cemerlang yang diadun mengikut Abjad A. B. C. D. E. F. G. H. I.

PELAJAR CEMERLANGPelajar yang cemerlang bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya. Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan seseorang pelajar itu dianggap sebagai cemerlang. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang. Kualiti-kualiti pelajar cemerlang yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
AmanahPelajar yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia sedar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Allah S.W.T.. 

03 August 2016

CARA MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTSIME

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini demikian kerana, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.
Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah dengan memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, “Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.
[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket