PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

28 October 2016

Banjir

Garis Panduan Penjagaan Kesihatan Semasa Banjir
Banjir adalah keadaan di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan diisytiharkan banjir oleh pihak berkuasa.

Masalah-Masalah Yang Berlaku Semasa Banjir
Banjir boleh mendatangkan masalah / bahaya seperti :
  • Lemas
  • Terdedah kepada berbagai jenis kecederaan seperti terpijak benda tajam atau terjatuh ke dalam longkang
  • Terkena renjatan elektrik
  • Terdedah kepada jangkitan penyakit seperti taun, cirit-birit dan demam kepialu

21 October 2016

Ayat Motivasi Mingguan

“Adalah baik untuk merayakan kesuksesan, tapi hal yang lebih penting adalah untuk mengambil pelajaran dari kegagalan” – Bill Gates 
“Pendidikan bukanlah proses mengisi wadah yang kosong. Pendidikan adalah proses menyalakan api pikiran” – W.B. Yeats 
“Seseorang yang berhenti belajar adalah orang lanjut usia, meskipun umurnya masih remaja. Seseorang yang tidak pernah berhenti belajar akan selamanya menjadi pemuda” -Henry Ford  
 

14 October 2016

Demam Kepialu (Tifoid)

Apa Itu Demam Kepialu (Tifoid)?

Demam Tifiod adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi). Bakteria ini terdapat di dalam darah, urin dan najis pesakit dan juga najis pembawa. Pembawa adalah seorang yang mempunyai bakteria tifoid tetapi tidak mempunyai gejala demam tifoid. Mereka ini sukar dikesan dan sentiasa mengeluarkan bacteria tifoid di dalam najis dan seterusnya menjangkiti orang lain.

Cara-cara Demam Kepialu Merebak 
  • Melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh najis manusia yang mengandungi bakteria Salmonella typhi.
  • Melalui makanan dan minuman yang di sediakan oleh pesakit dan pembawa.
  • Melalui hinggapan lalat yang membawa bakteria Salmonella typhi.
  • Menggunakan bekalan air tidak bersih.

11 October 2016

5 Cara Dan Petua Memutihkan Gigi

Semua orang inginkan senyuman yang menawan. Untuk mencapai senyuman yang memikat, anda perlu mempunyai gigi yang putih bersinar dan berkilat.
Pada zaman sekarang, ramai yang membelanjakan wang yang besar untuk memutihkan gigimereka. Mereka melalui rawatan pemutihan gigi dan menjalani tatacara yang banyak untuk mendapatkan gigi yang putih.

Pemutihan gigi telah menjadi prosedur dan cara yang berkesan untuk mencerahkan warna gigi, tanpa mengambil ataupu mengorbankan mana-mana permukaan gigi yang asal.
Jom ketahui cara-cara untuk memutihkan gigi anda sekarang!

07 October 2016

Ayat Motivasi Mingguan

”Education: the path from cocky ignorance to miserable uncertainty.” – Mark Twain 
”Ilmu itu di dapat dari lidah yg gemar bertanya dan akal yg suka berpikir”. – Abdullah bin Abbas 
Seseorang dengan wawasan yang cukup untuk mengakui kekurangannya berada paling dekat dengan kesempurnaan  
 

04 October 2016

MUDAHNYA NAK CANTIK DAN SIHAT DENGAN BIJI TEMBIKAI

Buah Tembikai

Buah tembikai bukan sahaja terkenal dengan rasanya yang manis, segar dan mudah disediakan, Ia juga kaya dengan vitamin A dan C,tiada lemak dan tinggi kandungan air serta serat.
Tembikai ini sangat sesuai dijadikan makanan ketika hari panas atau sebagai alas perut sementara menunggu waktu makan.

Ketika menikmati tembikai, apakah kebiasaan yang kita lakukan dengan bijinya? buang atau telan sekali dengan isi?
Sekiranya anda tahu akan khasiat biji tembikai, pasti anda akan merasa kesal kerana memilih untuk membuang biji tembikai berbanding menelannya atau mengunyahnya.
Ini kerana biji tembikai bukan sahaja dapat membantu anda mengekalkan kecantikan kulit anda, turut bermanfaat kesihatan anda. 

01 October 2016

Tips Berhenti Merokok

Sihat sepanjang hayat. Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.

Mengapa saya harus berhenti merokok?

Merokok memberi keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberi kebaikan kerana:
  1. Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
  2. Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
  3. Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:
    • Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak
    • Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah
    • Mendapat asma
[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket