PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Showing posts with label Gejala Sosial. Show all posts
Showing posts with label Gejala Sosial. Show all posts

30 September 2016

Rokok Elektronik (Vape)

Definisi Rokok Elektronik dan Vape?

Kementerian Kesihatan mendefinisikan peranti elektronik yang mengandungi nikotin adalah dirujuk sebagai 'rokok elektronik' (eCig), sementara yang tidak mengandungi nikotin, adalah dirujuk sebagai Vape.

Komponen utama Rokok Elektronik dan Vape adalah 
  1. Bateri
  2. Atomiser
  3. Katrij
Kandungan utama Rokok Elektronik* 
  1. Nikotin
  2. Propylene Glycol
  3. Vegetable Glycerin
  4. Bahan Perisa dan pewarna

16 September 2016

Bahaya Asap Rokok

Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak
Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.


Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat
Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi. Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal. Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara. Jangan lakukan ini pada mereka.
Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.

26 February 2016

Kanak-kanak seawal 12 tahun terjebak dadah di Kelantan


Terjebak dengan ketagihan dadah seawal usia 12 tahun, itu kata Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Azizan Ariffin berkenaan statistik terkini gejala dadah di Kelantan.

Bukan itu sahaja, AADK turut mendapati bilangan wanita yang terjebak dengan gejala dadah di Kelantan juga semakin meningkat.

Tambahnya, seramai 55 penagih wanita direkod tahun lepas berbanding 44 orang pada 2014.

"Ini merupakan satu ancaman dan masalah sosial yang serius yang tidak boleh kita biarkan merebak kepada golongan berkenaan," katanya pada majlis perasmian program Jelajah AADK Sempena Hari Anti Dadah Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan oleh Pengerusi Skuad 1Malaysia Negeri Kelantan, Datuk Abdul Aziz Derashid yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Balah, di sini pada Ahad.

Beliau berkata penagih wanita berkenaan kini ditempatkan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN), Bachok.

Menurut Azizan, jumlah keseluruhan penagih dadah di Kelantan turut meningkat kepada 3,289 orang tahun lepas berbanding 2,426 orang pada 2014.

"Peningkatan penagih dadah di negeri ini disebabkan faktor kemiskinan tegar dan kebiasaannya mereka menghadapi masalah dalam pembelajaran," katanya.

sumber : astroawani.com

08 July 2015

REVISI KOMSAS SPM 2015 - SIRI 1



(1)           CERPEN IBU DAN CEPER

Petikan 1
 Ibu tidak lagi cergas………..Aku masih ingat waktu itu… (m.s102)

i.      Nyatakan kesan yang terjadi apabila hujan di hulu sungai Ceper turun tidak berhenti-henti. [2m]
Kesan-kesan yang terjadi:
- air sungai menjadi keruh macam air susu
- sampah sarap dipunggah bersama
- menumbangkan pokok-pokok yang tegak di tepi-tepi tebingnya
- memuntahkan tanah hingga terkobak rata-rata
- pokok-pokok padi habis tenggelam dan mati begitu saja

ii.     Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan berlakunya banjir di kawasan sawah padi? [3m]
Pada pendpat saya - Langkah-langkah:
• membina tebatan / benteng / penghadang banjir
• mendalamkan dasar sungai / melebarkan sungai yang berdekatan
• membina pintu air / kunci air 
• membina sistem saliran / perparitan
• membersihkan sungai daripada sampah sarap

iii.      Huraikan satu persoalan dalam petikan cerpen di atas dan satu persoalan lain daripada cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [4m]
Persoalan dalam petikan:
-         Kesukaran yang dihadapi akibat bencana alam.
Cth: Pokok-pokok padi ibu ditenggelami air dan mati apabila air sungai Ceper melimpah.
-         Ketabahan menghadapi rintangan hidup.
Cth: Ibu bangun pada waktu subuh dan bersedia menempuh apa-apa sahaja ujian atau cabaran pada siang hari 

02 January 2014

Masalah Remaja Kini

Masalah Remaja Kini

Pengenalan
Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini diutarakan. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai
Pengertian masalah sosial remaja secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Tingkah laku remaja yang suka menghabiskan masa lapang di kompleks membeli belah, bermain permainan komputer di kafe siber, berbual kosong di kedai “fast food” seperti McDonalds dan Starbuck dan tempat tumpuan orang ramai dikenali sebagai aktiviti lepak. Masalah ini telah menjadi satu budaya kepada golongan remaja khasnya.
Budaya ini semakin memperlihatkan remaja masa kini yang tidak menyedari yang mereka adalah pewaris masa hadapan bagi menjayakan wawasan negara. Persoalannya sekarang, banyak media massa yang memberi kenyataan menyatakan pemimpin-pemimpin negara, masyarakat tempatan dan individu telah meletakkan lepak dikalangan remaja ini sebagai salah satu aktiviti sosial dan budaya yang setanding dengan isu penyalahgunaan dadah, penyakit AIDS dan pembuangan anak (Azizi Yahya, et.al, 2002).
Budaya Lepak
Kegiatan melepak merupakan suatu masalah sosial yang dipandang serius oleh masyarakat Malaysia. Gejala membuang masa dengan melepak pastinya merupakan suatu penyakit di dalam masyarakat. Kegiatan ini bukan sahajadilakukan oleh remaja lelaki tetapi juga remaja perempuan. Tingkah laku ini dilakukan oleh golongan remaja yang menjadi golongan terbesar penduduk negara. Rentetan daripada gejala melepak ini, wujud banyak permasalahan lain dalam kalangan remaja kita yang menarik perhatian banyak pihak.

GEJALA SOSIAL REMAJA -PANDANGAN DR FATIMAH YUSUF (CAHAYA OKTOBER)

Saban hari isu-isu gejala sosial yang membabitkan gadis remaja hangat diperkatakan , secara tidak langsung, isu ini turut menggambarkan bahawa bahawa  gadis remaja kini semakin agresif, berani, liar . Siapa yang harus dipersalahkan dan mengapa perkara ini berlaku? Sehubungan dengan itu CAHAYA berpeluang menemu ramah  Prof. Dr Fatimah Yusoff, Ketua Program Psikologi, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia UKM bagi mengupas permasalahan gejala sosial di kalangan remaja perempuan ini dengan lebih lanjut.
                                                           

Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba
 Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka, akan mengundang perasaan ingin tahu di kalangan remaja. Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara tersebut”.

“Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada ‘guide line’ dari orang-orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara perkara tersebut”.

Pengaruh Rakan Sebaya
“Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu  sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”. Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial.

30 December 2013

Peribahasa bermula dengan huruf "T" dan "U"

T

  1. "Tiada rotan akar pun berguna" — Kalau tiada barang yang terbaik, barang yang kurang baik pun boleh digunakan.

U

1. Ubur-ubur airnya hitam. Maknanya: Orang yang jahat nyata pada kelakuan dan perkataannya.
2. Ucap habis niat sampai. Maknanya: Hasil yang diperoleh dengan segera.
3.Udang hendak mengatai ikan. Maknanya: Tak insaf akan kekurangan diri sendiri.
4. Udang merentak dalam tangguk. Maknanya: Tidak tenteram (gelisah, susah dan sebagainya).
5. Udang tak tahu di bongkoknya. Maknanya: Tak insaf akan kekurangan diri sendiri.
6. Ugut-ugut beruk saja. Maknanya: Menunjukkan berani pada orang yang takut padanya.
7. Uir-uir minta getah. (uir-uir - sebangsa belalang atau jengkerik yang biasa berbunyi di dalam rimba) Maknanya: Berbuat sesuatu yang membahayakan diri sendiri; perempuan yang memikat hati lelaki.
8. Ujung (hujung) lurus, pangkal berkait. Maknanya: Kelihatannya baik, tetapi di dalam hatinya jahat.
9. Ukur baju di badan sendiri. Maknanya: Kejahatan diri sendiri janganlah diukur dengan kejahatan orang lain.
10. Ukur mata dengan telinga. Maknanya: Menurut penglihatan dan pendengaran.
11. Ulam mencari sambal. Maknanya: Perempuan yang mencari lelaki.
12. Ular bercampur dengan belut, tak akan hilang bisanya. Maknanya: Orang yang jahat, jika bergaul dengan orang yang baik-baik tiada akan berubah tabiatnya.
13. Ular berkepala dua. Maknanya: Tidak tentu pihak mana yang diikuti; orang yang munafik.
14. Ular berlingkar di gulungan tikar. Maknanya: Orang jahat yang menyamarkan diri dalam kumpulan orang baik-baik.
15. Ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah. Maknanya: Menyelesaikan sesuatu perkara (menghukum, memperdamaikan) hendaklah dengan adil, sehingga kedua-dua belah pihak merasa puas hati.
16. Ular bukan, ikan pun bukan. Maknanya: Tidak dapat ditentukan baik atau buruknya.

17. Ular menyusur akar. Maknanya: Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya.
18. Ular telan babi, cacing yang bengkak perut. Maknanya: Iri hati melihat keberuntungan orang lain.
19. Ulat dalam batu pun hidup juga. Maknanya: Orang yang rajin berusaha tidak akan mati kelaparan.
20. Ulat lupakan daun. Maknanya: Lupa akan budi baik orang.
21. Umpama anjing makan muntahnya. Maknanya: Orang yang tamak dan gelojoh tidak memilih (keji atau terlarang) apa yang akan diperbuatnya.
22. Umpama ayam menetaskan telur itik, anaknya itu ke air juga. Maknanya: Perangai atau kelakuan baka tiada siapa yang dapat mengubahnya.
23. Umpama Belanda kesiangan. Maknanya: Orang yang bertingkah laku seperti orang putih.
24. Umpama bilah atau lidi yang terselat pada dinding, dapat juga diambil akan pencungkil gigi atau pencungkil telinga.(selat - sisip, selit) Seseorang itu betapa pun bodoh atau bebalnya, pada suatu waktu ada juga gunanya.
25. Umpama buah kepayang, dimakan mabuk di buang sayang. Maknanya: Sesuatu yang amat disayangi tetapi merosakkan.
26. Untung bagai untung kapas. Maknanya: Orang yang banyak penanggungannya.
27. Untung melambung, malang menimpa. Maknanya: Mendapat kemalangan silih berganti.
28. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Maknanya: Untung-untungan dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang berbahaya dan sebagainya; tidak ada orang yang dapat menghindari nasibnya.
29. Untung sebagai roda pedati. Maknanya: Nasib manusia berputar-putar turun dan naik.
30. Untut bertambah kulitnya. Maknanya: Orang kaya bertambah kaya (kerana keuntungan baru).
31. Upah bidan pun tak terbayar. Maknanya: Anak-anak nakal yang menyusahkan ibu bapanya.
32. Upah lalu, bandar tak masuk. Maknanya: Tidak mendatangkan hasil sedikit juga, melainkan kerugian semata-mata.
33. Upas berulam racun. Maknanya: Perbuatan jahat yang tindih bertindih.
34. Usahlah teman dimandikan pagi. Maknanya: Usahlah dipermain-mainkan dengan sanjungan yang berlebih-lebihan.
35. Usang dibarui, lapuk dikajangi. Maknanya: Kebiasaan lama yang baik sudah dilupai orang dihidupkan kembali, mana-mana yang kurang baik diperbaiki.
36. Usul-usul; asal-asal; asal jangan ditinggalkan. Maknanya: Mengerjakan sesuatu hendaklah dengan hati-hati.
37. Usul menunjukkan asal. Maknanya: Sifat kelakuan seseorang itu menunjukkan asal keturunannya.
38. Utang (hutang) biduk belum langsai, utang (hutang) pengayuh datang pula. Maknanya: Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi.

39. Utang (hutang) emas dapat (boleh) dibayar, utang (hutang) budi dibawa mati. Budi baik orang haruslah diingat selama-lamanya, kerana budi bahasa tak dapat dibayar dengan wang.
40. Utang (hutang) (pinjam) kayu ara. Maknanya: Hutang yang tak mungkin terbayar.
41. Utang (hutang) samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula. Maknanya: Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi.
42. Utang (hutang) sebelit (selilit) pinggang. Maknanya: Sangat banyak hutangnya.
43. Utang (hutang) tembilang belum langsai, utang (hutang) tajak bila pula. Maknanya: Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi.
44. Utang (hutang) tiap helai bulu. Maknanya: Sangat banyak hutangnya.

19 July 2013

5 PUNCA BERLAKU GEJALA SOSIAL DI KALANGAN REMAJA PADA MASA KINI

Zaman remaja merupakan zaman yang sangat menyeronokkan bagi setiap individu. Pada zaman remaja, seseorang individu sudah semestinya ingin mencuba pelbagai benda dalam kehidupan mereka. Kehidupan zaman remaja seolah-olah memberikan kebebasan yang sepenuhnya untuk melakukan pelbagai perkara. Oleh sebab itu, tidak mustahil seseorang remaja boleh terjebak ke dalam gejala sosial. Jika kita teliti dengan mendalam terdapat banyak punca kenapa golongan remaja mudah terjebak dalam kancah gejala sosial. 


# Kelemahan Didikan Agama dan Moral Diri Remaja
Faktor diri remaja sendiri merupakan sebab berlakunya gejala sosial. Kebanyakan remaja yang terlibat dalam gejala sosial tidak mempunyai didikan agama dan moral yang mendalam.Mereka tidak takut pada dosa atau pembalasan Tuhan di atas perbuatan mereka. Remaja terbabit juga biasanya tidak sembahyang dan mengingkari perintah agama yang lain. Mereka berpendapat bahawa, kehidupan masa remaja perlu diisi dengan hiburan dan keseronokan semata-mata.


# Sikap Tidak Mengambil Berat Oleh Ibu Bapa
Sikap ibu bapa juga boleh menyebabkan remaja terjerumus dengan gejala sosial. Terdapat ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kebajikan dan kasih sayang terhadap anak-anak. Anak-anak amat memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa. Ada segelintir ibu bapa  begitu sibuk dengan kerjaya bagi menambahkan pendapatan sehingga anak-anak terabai dan tidak mendapat kasihsayang yang secukupnya. Sikap ibu bapa ini menyebabkan anak­-anak tidak mendapat perhatian yang sewajarnya lalu mereka melakukan perkara-perkara tidak berfaedah  untuk mehilangkan kebosanan. Selain itu, tidak kurang juga ada yang melakukan gejala sosial ini semata-mata untuk mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka.

12 July 2013

Masalah Sosial di Kalangan Remaja Kini Makin Meruncing

Pengenalan

Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular, merebak dan mewabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Daripada kes bosia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit.
Pelbagai kes jenayah berlaku turut melibatkan kes Juvana. Dalam tahun 1995 ,1,895 kes melibatkan Juvana. Daripada jumlah itu 406 kes curi kenderaan atau (21.42 peratus), lain-lain kecurian 451 kes (23.80%), pecah rumah malam hari 324 kes (17.10%), curi dalam bangunan/orang gaji 277 kes (14.62%), mendatangkan kecederaan 154 kes (8.13%), pecah rumah siang hari 148 kes (7.81%), rogol 70 kes (3.70%) dan samun 58 kes (3.06%). Perangkaan-perangkaan yang menggerunkan ini menyerlahkan kepada kita betapa seriusnya krisis akhlak yang melanda remaja di negara kita ketika ini.


Ternyata bahawa pendidikan moral kita dengan enam belas nilai teras, pendidikan sivik, pendidikan Islam, pendidikan jarak jauh dan sebagainya; masih jauh untuk dapat menangani kegawatan dan kemerosotan dalam bidang ini. Faktor-faktor tertentu seperti mencari kepuasan nafsu, ingin membebaskan diri dari kemiskinan,kongsi gelap, dadah, bertelingkah dengan ibu bapa , gagal dalam peperiksaan , bosan duduk di rumah, trauma akibat perbuatan seks dan sebagainya rupa-rupanya lebih berpengaruh dari asuhan institusi pendidikan yang sedia ada.

Perkembangan akhlak seseorang boleh dibahagikan kepad tiga tahap :a) Tahap awal kanak-kanak
b) Tahap pertengahan dan akhir kanak-kanak
c) Tahap baligh dan remaja

25 June 2011

Gejala Vandalisme

Isu ini disebabkan tajuk karangan Bahasa Melayu pada minggu ini. Oleh yang demikian saya ingin berkongsi isu ini kepada para pembaca dan pelajar lain.


Faktor-faktor Berlakunya Vandalisme

i. Pengaruh Rakan Sebaya
Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan vandalisme. Golongan remaja biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga. Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan remaja dalam kumpulan, Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya.
ii. Ibu Bapa dan Keluarga
Ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan remaja. Contohnya, ketika memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buah-buahan seperti rambutan dan limau di samping tidak menghiraukan papan tanda had kelajuan. Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif. Menurut kajian yang dijalankan vandalisme dendam dilakukan oleh remaja yang ingin bebas dan berlatarkan keluarga yang bermasalah. Selain itu kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini.
iii. Pengaruh Media Massa
[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket