PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

20 October 2017

Apakah Itu Rabun Warna dan Bagaimana Atasinya?

Rabun warna berlaku apabila anda (atau seseorang) tidak boleh melihat warna dengan biasa. Selalunya, orang yang mengalami masalah ini tidak dapat membezakan sesetengah warna, biasanya diantara warna hijau dan merah, kadang-kadang biru.
Di dalam retina mata (sel yang sensitif dengan cahaya), terdapat dua jenis sel yang mengesan cahaya, iaitu rod dan cones.

Rod hanya mengesan cahaya yang terang atau malap, manakala cones mengesan warna (merah, hijau dan biru). Otak kita menggunakan ketiga-tiga warna tersebut untuk memberikan warna yang sebenar.
Masalah mata ini akan berlaku apabila satu atau lebih sel warna cones tidak ada, gagal berfungsi dan sebagainya. Paling teruk adalah apabila ketiga-tiga sel warna tersebut gagal berfungsi, memberikan pesakit hanya dapat melihat dalam “hitam putih”.

06 October 2017

365 Tips Motivasi Diri Yang Anda Wajib Tahu!

Hidup kita ini boleh dikatakan senang sepertimana kita menghirup udara segar, namun boleh juga dikatakan sukar sepertimana mendaki gunung.
Akan ada perkara yang boleh mengembirakan atau mengecewakan kita. Dalam apa-apa keadaan pun, anda perlukan seseorang ataupun sesuatu yang boleh membantu anda setiap hari. Sesetengah orang bergantung kepada Tuhan, keluarga, rakan-rakan, impian ataupun cita-cita.
Sekiranya anda diberikan satu hidup yang bahagia, bersyukurlah. Namun sekiranya anda mengalami masalah pada waktu ini, ingatlah bahawa esok merupakan satu misteri. Dan jawapan akan terbongkar dengan perubahan yang anda buat pada hari ini.
Saya berharap 365 tips inspirasi berikut boleh membantu anda sepanjang tahun.
Semua senarai ini adalah dipetik dari kata-kata ilmuan seluruh negara. Tiada yang berunsurkan hadis ataupun ayat-ayat al-Quran.

[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket