PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

17 September 2015

RANGKA KARANGAN TERBUKA - KEDAH 2015

Soalan 1
Dimensi           : Diri
Format             : Tiada
Tema             : Dunia Semakin Canggih (Tingkatan 4)
Aras               : Rendah

Penggunaan telefon bimbit seolah-olah menjadi kemestian dalam kalangan pelajar di sekolah walaupun mendatangkan pelbagai implikasi.
Jelaskan implikasi penggunaan alat komunikasi tersebut kepada pelajar.

Kehendak soalan:
a. Pelajar perlu menghuraikan kesan / implikasi penggunaan telefon bimbit kepada
    pelajar sama ada pelajar sekolah atau IPT.
b. Jawapan pelajar mestilah mempunyai kebaikan dan keburukan penggunaan
    telefon bimbit
c. Pelajar mestilah menghuraikan dua kebaikan dan tiga keburukan atau tiga
    kebaikan dan dua keburukan atau dua kebaikan dan dua keburukan.
d. Jika pelajar menghuraikan satu kebaikan dan empat keburukan atau satu
    keburukan dan empat kebaikan, markah maksimum : Baik atas

Cadangan isi
kesan positif:
Isi 1 : memudahkah para pelajar menghubungi ahli keluarga
Isi 2 : memudahkan pembelajaran pelajar

Kesan negatif :
Isi 1 : menjejaskan pelajaran pelajar
Isi 2 : membazirkan masa para pelajar
Isi 3 : memudaratkan kesihatan para pelajar

16 September 2015

(Contoh Karangan) USAHA MEMBENDUNG KENAIKAN HARGA BARANG


Belakangan ini, kenaikan harga barang telah melanda negara kita. Kenaikan ini menyebabkan perbelanjaan rakyat Malaysia semakin bertambah. Bagi golongan yang hidup seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang atau kurang berada ini, kenaikan ini sudah pasti menimbulkan beban kepada mereka. Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menghadapi kenaikan ini, bak kata pepatah, ingat sebelum kena jimat sebelum habis.


Satu daripada langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini ialah setiap rakyat Malaysia perlulah mempraktikkan amalan berjimat cermat. Amalan ini dapat dilaksanakan dengan mengurangkan perbelajaan atau ikat perut. Sebagai contohnya, jika pada suatu ketika dahulu kita berbelanja sebanyak 100 peratus, perbelanjaan tersebut hendaklah dikurangkan kepada 50 atau 60 perataus sahaja. Wang selebihnya hendaklah kita simpan. Melalui cara ini, kita dapat mengurangkan pengaliran wang di pasaran dan seterusnya dapat mengurangkan permintaan terhadap sesuatau barangan sekali gus dapat mengurangkan kenaikan harga barang.

15 September 2015

(Contoh Karangan) KELUARGA IMPIAN SAYA


"Rumahku, syurgaku". Kenyataan ini menunjukkan betapa pentingnya peranan ahli keluarga dalam kehidupan seseorang. Keluarga impian saya ialah keluarga bahagia. Apakah ciri-ciri yang harus ada pada sesebuah keluarga bahagia? Cuba fikirkan sejenak! Bertitik tolak daripada manifestasi tersebut, setiap individu harus memikul dan melaksanakan kewajipannya untuk mewujudkan keluarga bahagia. 

Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapalah yang akan membentuk keperibadian dan sahsiah anak-anak. Ibu bapalah yang akan membekalkan kehidupan sempurna kepada anak-anak. Anak diibaratkan sebagai sehelai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa depannya. Ibu bapanya yang merupakan guru terdekat harus menunjukkan teladan yang baik. Ibu bapa ialah teladan anak-anak, bak kata pepatah ,”bagaimana acuan, begitulah kuihnya”.

Pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak untuk membezakan “yang mana intan, yang mana kaca”. Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Selain itu, ibu bapa harus mencurah kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak seperti “menatang minyak yang penuh” . Didikan agama dan moral yang teguh harus disemai dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi, bak kata pepatah“melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Seseorang yang tidak mempunyai pegangan agama dan moral yang teguh diibaratkan seperti “kapal tanpa nakhoda”. 

09 September 2015

KARANGAN TERBUKA SPM 3 – KEDAH 2015

DIMENSI MASYARAKAT

SOALAN:
Semangat kejiranan merujuk aspek kesefahaman dan hubungan erat sesama jiran. Kerajaan telah melancarkan slogan ‘Jiran Sepakat Membawa Berkat’ untuk mengembalikan semangat kejiranan yang kian luntur dalam kalangan masyarakat di negara ini. Anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk “Langkah-langkah Memupuk Semangat Kejiranan dalam Kalangan Masyarakat”.
Tulis rencana anda itu selengkapnya.

Dimensi           : Masyarakat dan negara
Format             : Rencana
Tema               : Senario Masyarakat Kita: Tradisi Kejiranan dalam Masyarakat (Tingkatan 4)
Aras                 : Sederhana


Kehendak soalan:
  • Calon dikehendaki menulis rencana yang bertajuk “Langkah-langkah MemupukSemangat Kejiranan dalam Kalangan Masyarakat”
  • Karangan mestilah dalam bentuk format rencana yang betul.
  • Karangan berformat    : Tajuk ( - 1m jika tiada)
                                            : Nama penulis (Berunsurkan nama manusia) (-1m jika tiada)
  • Jika calon tidak menulis mengikut format, markah maksimum kepujian (66 – 79).

RANGKA KARANGAN TERBUKA 4 – KEDAH 2015

DIMENSI GLOBAL

SOALAN:
Aktiviti  pemerdagangan manusia di peringkat global sangat membimbangkan dan meninggalkan kesan negatif kepada negara yang terlibat.
Bincangkan.

Dimensi           : Antarabangsa
Format             : Tiada
Tema               : Rumah Terbuka Rakyat Malaysia: Kemanusiaan Sejagat  (Tingkatan 5)
Aras                 : Tinggi

Kehendak soalan:
  • Pelajar mesti menyatakan kebimbangan aktiviti pemerdagangan manusia oleh pelbagai pihak termasuklah kerajaan dan rakyat di seluruh dunia.
  • Pelajar hendaklah memberikan contoh negara-negara yang sering berlaku kes pemerdagangan manusia.
  • Pelajar hendaklah memahami konsep pemerdagangan manusia.

Cadangan isi (kesan):
1.      Mencemarkan imej negara di mata dunia
-       Kedudukan Malaysia dalam senarai 16 negara berprestasi buruk dalam mengekang isu   
     permerdagangan manusia mencemarkan imej negara di mata dunia - Menunjukkan negara lemah 
     dalam mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang - Negara dianggap sebagai sarang jenayah.

(Contoh Karangan) PERANAN IBU BAPA DALAM MEMBERIKAN SOKONGAN DAN DORNGAN KEPADA ANAK-ANAK DEMI MEMASTIKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK ANAK-ANAK

Keluarga boleh ditakrifkan sebagai kaum kerabat atau sanak saudara yang saling mengasihi, mencintai dan bersifat belas kasihan terhadap saudaranya yang lain. Tambahan pula, keluarga merupakan aset terpenting dalam kehidupan setiap insan. Seseorang yang tidak mempunyai keluarga, iaitu hidup sebatang kara, tidak mempunyai tempat bergantung untuk menumpang kasih serta hidup bagaikan layang-layang terputus tali. Pada tahun 2003, Malaysia pernah digemparkan dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Nur Amalina yang amat membanggakan. Hal ini kerana beliau berjaya mendapat 17A1 sekali gus menjadikan beliau pelajar cemerlang SPM 2003. Kejayaan ini adalah kerana Nur Amalina mempunyai sebuah keluarga yang penyayang dan sanggup memberikan sepenuh sokongan dan dorongan dalam bidang akademik beliau. Jelaslah bahawa faktor kejayaan anak-anak dalam bidang akademik banyak bergantung kepada dorongan dan sokongan daripada keluarga. Terdapat pelbagai jenis sokongan dan dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk memastikan kecemerlangan anak-anak kerana keluarga bahagia pemangkin kecemerlangan anak-anak.

(Contoh Karangan) Langkah-langkah untuk Menggalakkan Orang Ramai Menggunakan Pengangkutan Awam


Zaman beralih, musim bertukar”, selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun yang telah lama menghantui rakyat, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang rancak sekali. Untuk menyesuaikan diri dalam mata dunia dan memenuhi kehendak rakyat, Malaysia telah mengalami pelbagai anjakan paradigma, kerajaan telah berusaha menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem pengangkutan awam berjalan lancar. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan sebagai pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan monorel. Jikalau bukan kita yang sebagai warganegara Malaysia menyokong pengangkutan awam, siapakah lagi menyokong? Lantaran itu, langkah-langkah yang proaktif dan drastik hendaklah diimplementasi untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam.


Menurut satu kajian yang dibuat dalam kalangan rakyat, banyak rakyat mengatakan bahawa kepelbagaian sistem tiket untuk menggunakan rangkaian perkhidmatan awam yang berlainan telah mengurangkan minat mereka untuk bergerak dari tempat asal ke tempat destinasi dengan penukaran rangkaian perkhidmatan awam. Oleh itu, kerajaan haruslah melaksanakan sistem tiket bersepadu yang dapat menggalakkan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam. Kerajaan haruslah menubuhkan sebuah Lembaga Pengangkutan Awam (PTA) untuk menguruskan pengangkutan di negara kita. Pertubuhan tersebut dapat mempercepat proses perlaksanaan sistem tiket bersepadu yang masih dalam peringkat kajian. Selain itu, kerajaan juga harus mengambil contoh negara barat seperti Melbourne, di negara Melborune penumpang hanya perlu membeli satu tiket untuk menaiki kereta api dan bas. Seperti kata peribahasa serampang dua mata, pendekataan ini bukan sahaja dapat menjimatkan wang tetapi juga dapat memudahkan rakyat untuk mengatur pejalanan laluan. Jikalau sistem tiket bersepadu direalisasikan, jumlah penumpang pastilah dapat mencapai sasaran yang telah diramalkan oleh pengendali.
[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket