PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

29 July 2016

LANGKAH LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN

 Perpaduan merupakan antara elemen terpenting dalam pembentukan sesebuah negara yang harmoni. Perpaduan ini dapat dipupuk dengan semangat kejiranan yang utuh. Sememangnya tidak dapat disangkal bahawa masyarakat yang bersatu padu bermula dengan adanya semangat kejiranan yang tersemai dalam jiwa. Oleh itu,setiap individu haruslah memiliki semangat kejiranan yang tinggi demi mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara yang berbilang kaum. Namun begitu,semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan masyarakat kini. Justeru,senario ini haruslah disusuli dengan langkah yang efektif supaya dapat dibendung sebelum masalah seumpama ini terus menular menjadi barah yang akan menjejaskan keharmonian negara.

        Antara langkah yang boleh diambil dalam usaha memupuk semangat kejiranan termasuklah mengamalkan amalan ziarah-menziarahi. Amalan ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama jiran. Malah,amalan ziarah-menziarahi ini sangat digalakkan dalam Islam. Misalnya,apabila jiran bertandang ke rumah,sudah semestinya kita akan menyambut baik kedatangan mereka dan melayan mereka dengan penuh adab sopan. Hal ini seterusnya akan melahirkan rasa hormat dan kasih sayang sesama individu. Oleh itu,amalan ziarah-menziarahi wajar dibudayakan dalam masyarakat.

22 July 2016

Panduan Umum Menghadapi Peperiksaan

Sebelum menjawab


1. Tidak perlu risau kerana anda telah hampir sampai ke penghujung. Sudah semestinya segala persediaan telah dilakukan.
2. Baca doa sebelum menjawab 
3. Patuhi arahan pengawas peperiksaan.
4. Pastikan tempat duduk seperti kerusi dan meja dalam keadaan baik dan selesa. Jika tidak sila maklumkan kepada pengawas.
5. Pastikan alat tulis anda lengkap. Bawa sekurang-kurangnya 2 batang pen bermata bulat berwarna hitam atau biru. Jangan gunakan pen berwarna selain hitam dan biru.
6. Pastikan anda membawa kad pengenalan dan slip peperiksaan.
7. Tidur awal pada malam peperiksaan. Selesaikan urusan peribadi seperti buang air, sarapan dan sebagainya sebelum masuk ke dalam dewan.
8. Berpakaian kemas (impression kepada pengawas).
9. Jangan bising dan jangan berbual dengan kawan-kawan apabila sudah berada di dalam dewan terutama selepas kertas peperiksaan diedarkan.
10. Jangan bawa sebarang kertas, nota atau catatan ke dalam dewan peperiksaan. Anda mungkin dibenarkan membawa masuk botol air minuman.

15 July 2016

7 Petua Mudah Ingat Apa Yang Dipelajari

Petua 1
Petua yang pertama ialah ‘tumpukan sepenuh perhatian’ kepada apa yang anda mahu anda ingat. Begini, dalam kehidupan seharian kita, terlalu banyak benda dan perkara yang berlaku disekeliling kita. Jika anda berada di dalam kelas, ada bunyi kipas, bunyi kawan-kawan sedang bercakap, bau makanan yang datang dari kantin, suara cikgu sedang mengajar, bunyi tapak kaki pelajar di luar kelas, pokok-pokok yang bergoyang di luar kelas dan sebagainya.
Walaupun banyak perkara yang berlaku, minda anda hanya boleh fokuskan kepada satu perkara sahaja pada satu masa. Jika anda fokuskan kepada pokok-pokok yang sedang bergoyang, anda tidak akan sedar tentang perkara lain. Masalahnya, jika anda fokuskan kepada pokok-pokok yang bergoyang semasa guru anda mengajar, anda akan ingat tentang pokok bergoyang juga semasa peperiksaan nanti. Ini sama seperti kejadian hilang kunci di rumah. Pernahkah anda terlupa di mana anda letakkan kunci rumah hingga puas anda cari seluruh rumah?
Mengapa anda lupa di mana anda letak kunci tersebut? Menurut kajian, sebab utamanya ialah anda tidak menumpukan perhatian kepada kunci itu semasa anda meletakkannya di sesuatu tempat. Maksudnya, semasa anda tidak sengaja meletakkan kunci tersebut di dalam peti ais, fikiran anda sedang sibuk fokus kepada perkara lain seperti rancangan di televisyen atau masakan tengahari.Jadi jika anda mahu ingat apa yang guru anda ajarkan, semasa guru mengajar:

  • Abaikan perkara lain yang berlaku disekeliling anda. Beri tumpuan sepenuhnya kepada apa yang guru anda sedang katakan dan cuba fahami maksudnya. Tukarkan kata-kata guru anda kepada gambar di dalam minda anda. Katakan guru anda sedang bercerita tentang kesan asap kilang kepada pencemaran udara, bayangkan anda sedang melihat asap tersebut dan anda dapat lihat bagaimana udara menjadi kotor disebabkan asap tersebut. Kadang-kadang gangguan boleh datang daripada kawan anda sendiri. Ada pelajar yang suka bercakap dan bertanya kepada anda semasa guru sedang mengajar. Ini sangat mengganggu. Walaupun kawan anda mahu tanya tentang pelajaran, dia tidak sepatutnya tanya anda sewaktu guru sedang mengajar. Jika mereka mahu tanya, mereka patut tanya guru. Jika anda ada kawan yang selalu mengganggu konsentrasi anda, anda patut berterus terang dan bercakap kepadanya dengan baik. Jika dia tidak berubah, anda patut fikir jika anda perlu ubah tempat demi memajukan pelajaran anda.
  • Jika anda ada apa-apa yang tidak faham, tanya guru anda bukan kawan di sebelah anda. Jika anda tanya kawan disebelah, guru akan sangka anda sedang berbual dan tidak menumpukan perhatian. Tambahan lagi, kawan anda mungkin tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan anda.

Anda perlu tahu, anda tidak ingat sesuatu dengan tidak sengaja. Anda tidak boleh ingat fakta sejarah dengan tidak sengaja. Anda perlu fokuskan sepenuh tumpuan anda kepada apa yang anda pelajari. Proses mengingat akan jadi jauh lebih mudah jika anda fokus. Teknik ini boleh anda gunakan semasa belajar apa sahaja.

08 July 2016

Ayat Motivasi Mingguan

Ilmu tanpa budi adalah kerapuhan jiwa.
Belajar bukan hanya sekadar untuk mendapatkan nilai yang baik.
“Pendidikan adalah senjata paling mematikan di dunia, karena dengan itu Anda dapat mengubah dunia” – Nelson Mandela 
“Pendidikan adalah tiket ke masa depan. Hari esok dimiliki oleh orang-orang yang mempersiapkan dirinya sejak hari ini” – Malcolm X 
“Tujuan dari belajar adalah terus tumbuh. Akal tidak sama dengan tubuh, akal terus bertumbuh selama kita hidup” – Martimer Adler  
 
 
 

07 July 2016

Selamat Hari Raya Maaf ZAhir Batin 2016


Admin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya 2016. Maaf Zahir dan Batin kepada semua Umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia. Mari kita sama-sama meraikan hari ini dengan penuh meriah dan tidak lupa untuk bermaafan di hari yang berbahagia ini.


Katak kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.

Seiring salam seharum ganja
Kasih sebening heroin,
Dengan hati seputih syabu,
Walaupun ada dosa sekecil extacy.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

01 July 2016

RAHASIA DAN KEISTIMEWAAN ANGKA 7 ( TUJUH )

Alhamdulillah segala puja dan puji syukur bagi Allah yang menciptakan semesta alam, dan yang menguasainya. Shalawat serta salam selalu tercurahkan kepada Nabi besar Muhammad yang senantiasa membimbing setiap perjalanan menuju keutamaan yang hakiki yaitu jalan yang penuh terang benderang, dalam jalan agama Islam. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya di hari Kiamat yang selalu kita nantikan bersama.
Perenungan untuk memahami al-Quran adalah suatu keharusan dalam menambah wawasan ketakwaan dan keilmuan, sehingga kita semua terjaga dari bahya keterpurukan iman. Selain itu sikap perenungan untuk memahami al-Quran dapat menjadikan pikiran semakin luas, arif dan bijaksana dalam menyikapi permasalahan, tidak serta merta membenarkan atau menyalahkan dengan taklid buta. Itulah jalan kebenaran dengan al-Quran sebagai pedoman dan petunjuk kehidupan.
Fenomena alam memang begitu rumit, tetapi selama masih berhubungan dengan dunia, maka semua itu mungkin untuk dipelajari dan dipahami. Tidak dapat dipungkiri, angka tujuh adalah salah satu angka istimewa dan fenomenal, angka ini memiliki keistimewaan dalam berbagai rutinitas ibadah, alam semesta, dan juga sejarah. Lalu apa rahasia dibalik angka ini yang menjadikan angka tujuh tersebut istimewa? Berikut sekilas tentang keistimewaaan angak tujuh.
[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket