PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

06 November 2011

Selamat Menghadapi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011

         

Setelah dua tahun kita (pelajar tingkatan 5 2011) belajar, maka pernantian yang di tunggu-tunggu dan merupakan penentu percapaian kita selama ini akan tiba akhirnya. Adakah anda semua (pelajar tingkatan 5) sudah mempersiapkan diri untuk menghadapi SPM? Adakah anda semua sudah memahami dan berusaha untuk SPM? Mari kita renung-renungkan. Hampir dua tahun kita belajar, apa yang kita dapat selama dua tahun ini? Adakah dapat mengikuti pelajaran selama ini? Hrmm,, oleh yang demikian banyak-banyakkan lah berdoa kepada Allah disamping berusaha untuk saat-saat akhir bagi pelajar yang leka selama ini dan bagi pelajar yang berusaha selama ini teruskan usaha anda cemerlang dengan jayanya bagi SPM 2011.
          Mari lah kita mencari kecemerlangan dan hindarkan kegagalan. Tetapi setiap kecemerlangan ada kegagalannya. Maka jangan putus asa dalam setiap perjuangan tidak kiralah perjuangan sebagai seorang pelajar, tentera mahupun menegakkan agama Islam.

Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha

"Maka kerjkanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur" - Surah Al-Kautsar ayat 2

"Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yan sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu" - Surah Al-Haj ayat 37

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1432 H dari admin@5AMANAH Md.Hafiz.R

29 October 2011

Tips Dua Minggu Sebelum Menghadapi SPM

Tergerak hati ini hendak berkongsi tentang ''Tips Dua Minggu Sebelum Menghadapi SPM'' yg dimana peperiksaan SPM akan tiba pada dua minggu lagi iaitu pada 14/11/2011. Diharap para calon SPM tahun ini bersama-sama membaca artikel yang bermanfaat ini,
Antara Tips Dua Minggu Sebelum Menghadapi SPM adalah :
a) Selalu mendekatkan diri dengan ALLAH.
   - Anda perlu melakukan perkara wajib iaitu solat 5 waktu dan sebagai lauknya anda boleh solat sunat seperti solat sunat hajjat, taubat, mahupun tahajjud. Membaca Al-Quran juga penting untuk menenangkan hati dan fikiran sebelum mahupun semasa peperiksaan SPM berlangsung.
b) Mengulang Kaji contoh-contoh soalan SPM.
   - Kebanyakkan soalan SPM akan mempunyai persamaan dengan soalan percubaan dan soalan SPM bagi tahun sebelumnya. Oleh yang demekian, ringankan tangan anda untuk mengulang kaji soalan SPM pada tahun sebelumnya mahupun menjawap kertas soalan percubaan untuk negeri lain.

27 September 2011

Tema Melunas Rindu Tingkatan 4

Harap maklum kepada semua pelajar sekolah daerah Batu Pahat, selama ini tema yang kita pelajari iaitu 'ketabahan hati seorang saudara baru mencari ibu kandungnya' adalah bukan tema yang betul bagi novel Melunas Rindu dan ternyata tema tersebut salah sejak azalinya lagi. Baru hari ini cikgu Bahasa Melayu SMKTP memberitahu kelas 5 Amanah tentang tema selama ini adalah salah.
Reaksi pelajar 5 Amanah :
a) Terkejut dan hampa kerana selama ini belajar tema yang salah.
b) Segelintir pelajar turut marah dan kesal ke atas pihak Kementerian Pelajaran dan juga buku rujukan yang kebanyakkan mencetakkan tema yang salah kepada pelajar.
Menurut kata cikgu Bahasa Melayu, kebanykkan sekolah di daerah negeri Johor sudah mengetahui permasalahan ini, cuma tinggal sekolah di daerah Batu Pahat yang ketinggalan tentang permasalahan ini. Diharap para pelajar SPM mengetahuai tentang permasalahan ini supaya cemerlang dalam menjawab soalan berkaitan novel Melunas Rindu.
Tema yang sebenarnya bagi novel Melunas Rindu adalah kasih sayang. [huraian tema akan diberitahu pada masa akan datang]

Sekian sahaja makluman dari saya...

03 September 2011

Persediaan Sebelum Peperiksaan




Peperiksaan hampir tiba. Macam-macam akan difikirkan. Adakah saya telah habiskan salibus? Adakah faham semuanya dan sebagainya. Pelajar cemerlang semestinya telah bersedia lebih awal untuk menghadapi peperiksaan. Mereka telah bersedia dari beberapa segi. Persediaan yang dimaksudkan ialah,



1. Persediaan Emosi
Sila pastikan emosi anda berada dalam keadaan stabil. Kawalan emosi merupakan satu faktor yang akan membantu anda untuk berjaya. Antara persediaan emosi yang perlu di jaga ialah,
a. Elakkan perselisihan faham dengan rakan - perselisihan faham dengan rakan sedikit sebanyak boleh mengganggu emosi anda. Cuba anda selesaikan semua sengketa yang berlaku antara kawan sebelum hari peperiksaan. Persengketaan berterusan akan menjadikan emosi anda tidak stabil. Ia akan mengganggu konsentrasi belajar anda. Contoh, rakan merajuk tentang sesuatu dengan anda dan enggan bercakap dengan anda. Cuba cari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah berkenaan agar tidak terus berpanjangan.

02 September 2011

Doa Menghadapi Peperiksaan



Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA)

(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin, wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)


Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

28 August 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011



Sempena bulan Syawal yg akan tiba, saya menyusun sepuluh jari ( masih normal lagi kerana tidak main mercun), ingin memnita ampun dan maaf sekiranya ada tersalah bahasa atau informasi di blog nie tidak menarik. Disamping itu juga, saya ingin berpesan kepada pelajar kelas 5 Amanah supaya tidak beraya berlebihan kerana naik cuti nanti ada peperiksaan percubaan SPM yang menanti kita. Oleh itu berayalah berpada-pada.
SELAMAT HARI RAYA" sy ucapkan kepada semua Umat Islam yang sudi singgah di blog ini. Sekian sahaja.

24 August 2011

Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011


Jadual rasmi peperiksaan SPM, telah pun di keluarkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh yang demikian, para pelajar yang menduduki peperiksaan SPM bagi tahun 2011, haruslah bersedia dari segi mental dan fizikal. Semua pelajar haruslah berusaha untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan ini. Selain itu, bagi pelajar beragam Islam, marilah kita banyak-banyakkan ibadah sunat seperti solat hajat, membaca Al-Quran, dan berdoa kepada Allah supaya permudahkan soalan SPM bagi tahun 2011 ini.
Bagi pelajar tingkatan 5 SMK Tunku Putra, jangan lupa untuk berusaha kerana peperiksaan sudah makin hampir. Selepas cuti Hari Raya, pelajar tingkatan 5 akan menghadapi peperiksaan percubaan SPM. Oleh yang demikian, jangan leka lagi. Masa semakin mencemburui kita. Tn Hj. Ismail pun pernah berpesan bahawa pihak sekolah amat berharap tahun ini kerputusan SPM kita cemerlang dan antara yang terbaik di daerah Batu Pahat. Marilah kita sahut pesanan

01 August 2011

PRA PERCUBAAN SPM


Pra Percubaan SPM akan bermula 2 Ogos 2011 dan akan berlangsung selama seminggu. Ujian ini berlangsung ingin menguji tahap percapaian pelajar sebelum menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM selepas Hari Raya tahun ini. Selain itu, ia juga amat bermanfaat kepada pelajar untuk bersedia lebih awal untuk menghadapi SPM bagi tahun 2011.

28 July 2011

Fadhilat Bulan Ramadhan




Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

26 July 2011

Bulan Ramadhan Akan Tiba



Bersempena kedatangan bulan yang penuh mulia iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak, Persatuan Pendidikan Islam di SMK Tunku Putra telah merangka beberapa program serta pertandingan yang menarik. Antaranya adalah pertandingan bersajak, menulis karangan jawi, khutbah, menulis khat, kuiz dan membuat video pendek. Semua pertandingan ini berdasarkan dan berlandaskan Islamic. Pertandingan akan berlangsung sepanjang bulan Ramadhan yang melibatkan semua pelajar SMKTP.

15 July 2011

Fadhilat Bulan Syaban

FADHILAT SYA'BAN
sumber: http://members.tripod.com/~DarulUlum/BH2
1. Telah memberitahu kepada kami Abdullah bin Yusuf Telah memberitahu kami Malik daripada Abi An-Nadhri daripada Abi Salamah daripada Sayyidatina 'Aishah telah berkata : Rasulullah S.A.W berpuasa sehingga kita mengatakan dia tidak berbuka dan baginda S.A.W berbuka sehingga kami berkata dia tidak berpuasa. Dan aku tidak pernah melihat Rassulullah S.A.W menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda S.A.W banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya'ban.
( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya )
2. Telah memberitahu kami Muaz bin Fudhalah telah memberitahu kami Hisham daripada Yahya daripada Abi Salamah sesungguhnya sayyidatina 'Aishah telah memberitahunya dengan berkata : Nabi S.A.W tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya'ban, dan baginda S.A.W telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya'ban. Dan adalah baginda S.A.W bersabda : Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan ( mewajib )kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W adalah sembahyang(sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda S.A.W apabila mendirikan sembahyang maka baginda S.A.W sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.
( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya)

13 July 2011

Semakan Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2012


Semakan untuk PLKN telah boleh dilakukan bagi para pelajar yang lahir pada tahun 1994. Semakan boleh dilakukan sama ada secara online atau pun SMS.
Saya pun tak dapat tawaran PLKN..huh,,Tapi bagi sesiapa yang ingin menyemak nama anda. Sila layari laman web rasmi PLKN iaitu www.khidmatnegara.gov.my.
Harap maklum sekarang laman PLKN agak sibuk sedikit. Sememangnya susah nak layari laman web PLKN. Oleh itu, anda boleh juga semak melalui sms.
Taip "PLKN SEMAK IC Number dan hantar ke 15888.

07 July 2011

Amalan Gaya Hidup Sihat


Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.


.
..........Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakan kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang.
.
..........Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar

04 July 2011

Remaja Dan Kesalahan Juvana

Penglibatan golongan remaja dalam masalah juvana


Mengikut perundangan juvana, orang muda dan remaja membawa maksud yang sama, iaitu seseorang yang berumur antara 10 hingga 18 tahun dan boleh diiktiraf sebagai mengetahui akibat perlakuan "tanggungjawab jenayah".


Penglibatan remaja dalam kes juvana dilaporkan dalam tempoh dua tahun 1997-1998, 685 kes, bulan Januari-Mei 1999, 121 kes. Manakala jumlah tangkapan terhadap golongan remaja bagi tempoh 1997 hingga bulan Mei 1999 sebanyak 1354 orang. Perangkaan yang ada menunjukkan bahawa penglibatan remaja dalam jenayah yang membabitkan peringkat umur 16 hingga 18 tahun adalah yang paling tinggi bagi tempoh tahun 1997 (326 orang), manakala pada tahun 1998 (439 orang), dan antara bulan Januari hingga Mei 1999 (160 orang).


01 July 2011

KOLEKSI AYAT-AYAT MENARIK


Ayat-ayat menarik ini boleh digunakan di dalam penulisan karangan. Diharap karangan anda semua menarik di baca oleh cikgu mahupun pemeriksa kertas soalan anda. Selamat mencuba menggunakan ayat-ayat menarik di dalam karangan anda..
1. …masyarakat kita sekarang ini makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan…
2. .kekuatan ekonomi yang cukup ampuh mampu membuatkan Malaysia setanding negara lain di dunia..
3. …kita sepatutnya tidak harus akur kepada ledakan arus materialistik…
4. ….apa jua yang kita rancang perlu menagih komitmen dan pengertian yang serius daripada semua pihak..
5. …masyarakat pada masa kini masih lagi dibelenggu dengan pemikiran yang sempit..
6. ..remaja harus sedar pelbagai cabaran yang bakal menghambat…
7. …..remaja perlu mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang..

25 June 2011

Gejala Vandalisme

Isu ini disebabkan tajuk karangan Bahasa Melayu pada minggu ini. Oleh yang demikian saya ingin berkongsi isu ini kepada para pembaca dan pelajar lain.


Faktor-faktor Berlakunya Vandalisme

i. Pengaruh Rakan Sebaya
Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan vandalisme. Golongan remaja biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga. Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan remaja dalam kumpulan, Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya.
ii. Ibu Bapa dan Keluarga
Ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan remaja. Contohnya, ketika memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buah-buahan seperti rambutan dan limau di samping tidak menghiraukan papan tanda had kelajuan. Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif. Menurut kajian yang dijalankan vandalisme dendam dilakukan oleh remaja yang ingin bebas dan berlatarkan keluarga yang bermasalah. Selain itu kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini.
iii. Pengaruh Media Massa

04 June 2011

Masalah Sosial Di Kalangan Remaja


Pengenalan
Belakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini diutarakan. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama.
Pengertian masalah sosial remaja
Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.
Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta

01 June 2011

NEVER GIVE UP


Adakah anda paham dengan klip video ini?
Cuba perhatikan semangat monyet itu untuk lepas dari dibaham oleh buaya. Tidakkah anda berasa kagum. Monyet itu tidak pernah putus asa untuk meneruskan hidupnya, tetapi di dalam hidup anda, pernahkah anda berputus asa. Sememangnya anda pernah berputus asa kan. Marilah kita mengambil pengajaran daripada tindakan monyet tersebut

27 May 2011

Cuti Sekolah

Sebelum cuti sekolah, cikgu matapelajaran ada membekalkan pelajar 5 Amanah kerja sekolah. Antara matapelajaran yang membekalkan kerja sekolah adalah, add math, math mod, b.Melayu, b.Inggeris dan Sejarah. Sememangnya banyak kerja sekolah yang dibekalkan oleh cikgu, tetapi itu semua bermakna bagi saya dan pelajar lain kerana menerusi kerja sekolah, kita dapat mempratikkan kemahiran kita dan mengulang kaji pelajaran walaupun cuti sekolah. Kerja sekolah juga mampu mendidik pelajar supaya berdisiplin dalam belajar dan bermain. Pada waktu cuti, pelajar akan membahagikan masa mereka untuk bermain dan berlajar. Ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dan berdisiplin dengan masa seperti kata perpatah masa itu emas. Emas pada hari ini semakin tinggi nilainya,

20 May 2011

Motivasi Alihan Pelajar



Motivasi Alihan Pelajar ataupun MAP sememangnya sebuah program motivasi yang mantap dan amat bermanfaat untuk para pelajar yang menyertainya. Program motivasi ini dapat memberi motivasi, keyakinan dan semangat untuk pelajar-pelajar yang lemah. Program motivasi ini bukan sahaja disampaikan melalui program sahaja, tetapi ia turut di bukukan dalam Buku Motivasi Pelajar. Saya sebagai pembaca buku tersebut berasa teruja apabila mengetahuai pelbagai cara untuk belajar, menghilangkan stress dan pelbagai lagi. Memang tidak rugi kalau kita sebagai pelajar menyertai program motivasi seumpama ini dan membaca buku motivasi. Oleh yang demikian, pelajar di Malaysia harus motivasi dan muhasabah diri untuk

10 Langkah Mempertahankan Ketajaman Daya Ingatan

Agar daya ingat anda tetap tajam pada berapapun usia anda, ikuti 10 langkah yang dicadangkan Paul Takahashi, M.D, specialist geriatrics (ahli penyakit yang berhubungan dengan penuaan) di Mayo Clinic, Rochester.

Langkah 1:

Latihlah fikiran anda. Seperti halnya aktiviti fizikal agar kuat dan sihat, aktiviti mental diperlukan untuk menjaga ketajaman daya ingat. Jika anda tetap terus belajar dan berfikir secara kritis, otak anda akan tetap berkembang.

Tanpa memperhatikan usia, otak yang aktif akan menghasilkan sel saraf baru, yang saling terkait dan saling berkomunikasi satu sama lain. Hal ini membantu otak untuk menyimpan dan memulihkan kembali informasi secara lebih mudah, berapapun usia anda.

Bagaimana menciptakan kreativiti bagi otak anda?

Cubalah:

18 May 2011

Pemanasan Global Jejas Kesihatan.

Aktiviti pemanasan global meningkatkan suhu bumi hingga boleh menjejaskan kesihatan manusia. Menurut kajian yang dilakukakn oleh Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO), perubahan iklim yang telah terjadi sejak tahun 1970-an telah menyebabkan 150 ribu kematian setahun akibat peningkatan kejadian penyakit.

Jangkitan virus, bakteria dan kuman pembawa penyakit dikatakan akan semakin berleluasa. Jika dahulu, penyakit influenza hanya akan menyerang ketika di musim dingin (di negara empat musim) atau di musim hujan ( di Negara iklim tropika), tetapi kini sudah mula menyerang tidak mengira musim lagi.

Oleh itu, berwaspadalah dan pelihara kesihatan anda setiap waktu. Berhati-hati dengan penyakit-penyakit akibat bakteria dan kuman. Ikuti beberapa panduan di bawah:

05 May 2011

Mengesan Ciri-ciri Pelajar Ponteng Sekolah

PERANGKAAN terkini bilangan pelajar yang terlibat dengan gejala ponteng sekolah ialah seramai 34,628 orang. Meskipun angka tersebut dianggap kecil berbanding lebih 4 juta bilangan pelajar keseluruhan, ia tidak boleh dipandang sebelah mata dan dianggap remeh terutama oleh pihak yang terlibat secara langsung dalam dunia pendidikan iaitu ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan masyarakat keseluruhan.



Langkah Kementerian Pelajaran melancarkan Kempen Basmi Ponteng Sekolah adalah tepat pada waktunya dan merupakan satu inisiatif terpuji.

Namun begitu, pihak kementerian boleh merencanakan pelbagai program dan guru bertindak sebagai pelaksana, namun segalanya itu akan menjadi sia-sia jika kerjasama daripada seluruh anggota masyarakat tidak diperolehi. Guru boleh melaksanakan pelbagai program yang bersifat merangsang pelajar untuk hadir ke sekolah, mengenakan denda dan hukuman yang bersesuaian kepada pelajar yang ponteng. Namun segalanya pasti tidak akan terjawab tanpa kerjasama dan penglibatan seluruh anggota masyarakat dalam usaha untuk membasmi gejala yang negatif itu.

Tanggungjawab ibu bapa sangat jelas iaitu dengan cara memastikan anak-anak selamat dalam perjalanan ke sekolah dan juga pada ketiga yang sama selamat sampai ke sekolah.

01 May 2011

I Love Living Life. I Am Happy.

Watch This Video and Learn To Love Yourself!!!


Peperiksaan Setengah Tahun


Akan diadakan pada bulan Mei ini. Jadual peperiksaan sudah diedarkan, dan akan bermula pada 5 Mei 2011. Tarikh tersebut sudah dapat di pastikan. Peperiksaan ini adalah setara Batu Pahat dan bagi pelajar Melayu 5 Amanah, peperiksaan akan bermula dengan subjek ICT. Diharap semua pelajar tingkatan 5 bersiap sedia dengan ilmu untuk menghadapi peperiksaan ini.

29 April 2011

OBESITI ATAU GEMUK

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyatakan bahawa majoriti penduduk di negara ini mengalami masalah obesiti atau lebihan berat barat. KKM telah mengaitkan masalah ini dengan sistem pemakanan di sekolah. Makanan seperti nasi lemak, makanan ringan, dan minuman ringan harus dielakan penjualannya di setiap sekolah. Sememangnya makanan ini haruslah diambil secar sedikit ataupun tidak diambil terus kerana jika diambil berlebihan kita akan mengalami masalah obesiti. Menurut KKM lagi, pengambilan makanan seimbang harus dilaksanakan di bangku sekolah lagi seperti melentur bulur

NADWAH 2011

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,
Untuk maklumat para pembaca blog sekalian, SMK Tunku Putra akan mengadakan Program Nadwah untuk pelajar Islam ting.3 dan 5. Program ini untuk kelas LH,A,B, dan C sahaja yang merupakan kelas terbaik yang diharap menjadi kelas yang mampu menyumbangkan kecemerlangan untuk sekolah serta melonjak nama sekolah. Program ini akan diadakan pada 29 April hingga 1 Mei dan tempatnya di Sungai Sudah,Muar. Objektif program ini adalah untuk memberi motivasi, membina keyakinan diri pelajar dan memupuk semangat untuk belajar dalam diri setiap individu yang begelar pelajar sekolah. Oleh yang demikian, sediakan fizikal dan mental untuk peserta Nadwah tahun ini..

27 April 2011

Memartabatkan Pelajar Lelaki, Mempekasakan Pelajar Perempuan


Program ini telah di anjurkan oleh pihak sekolah bagi memartabatkan pelajar lelaki dan mempekasakan pelajar perempuan. Program ini bertujuan untuk persaingan belaku antara pelajar perempuan dengan pelajar lelaki. Menurut kata guru kaunselor, prestasi pelajar lelaki dalam bidang akademik semakin menurun dan pelajar perempuan semakin meningkat. Dengan adanya program seumpama ini, diharap semua pelajar lelaki mampu mengatasi kembali pelajar perempuan yang selama ini semakin mendominasi dalam bidang akademik mahupun kokurikulum sekolah. Program ini telah disambut baik oleh Adun Seri Gading, malah beliau telah menyumbangkan wang untuk menjayakan program ini. Guru kaunselor telah menerangkan tujuan program ini diadakan dan diharap program ini berjaya dengan harapan pelajar lelaki haruslah bangkit dari lena yang panjang. Sememangnya pelajar lelaki semakin leka dengan hiburan, dan semakin melupakan kepentingan pelajaran pada masa

GEJALA SOSIAL - MUHASABAH DIRI

Gejala sosial bukan sahaja gejala yang menghantui kita di
dunia, tetapi ia juga akan menghantui kita di akhirat
nanti. Di dunia, hidup kita jadi porak peranda dengan seribu
satu masalah. Di akhirat pula, kita bakal diheret ke dalam api
neraka untuk diazab dengan seribu satu jenis siksaan Tuhan
yang begitu menakutkan. Lantaran itu, kita wajib mencari jalan
untuk selamat daripadanya. Ia bukan satu persoalan yang
melibatkan golongan pemimpin sahaja, tetapi juga setiap
individu yang bergelar hamba Allah di muka bumi ini.

Untuk selamat, kita mesti mencari pemimpin yang bertaqwa.
Allah yang Maha Pengasih itu sudah tentu tidak akan
membiarkan hamba-hamba-Nya kehilangan punca. Di setiap
zaman, Tuhan ada menyiapkan 'orang-orang-Nya' yang menepati
kriteria pemimpin yang bertaqwa ini. Hanya mereka,
yakni orang-orang Tuhan ini yang benar-benar faham tentang
masalah manusia kerana mereka diberi faham oleh Tuhan yang
merupakan Pencipta manusia yang Maha Bijaksana. Dan hanya
mereka yang mampu menyelesaikan masalah manusia
kerana mereka bergantung kepada kekuatan Tuhan dan bukan
kekuatan makhluk-Nya yang sangat terhad itu. Ibarat anak-
anak bergaduh dan berkrisis sesama mereka, bukankah orang
tua mereka yang lebih mampu mendamaikan?

Kita, manusia biasa yang lemah ini tidak perlu bersusah payah
memerah otak memikirkan cara untuk menyelesaikan
gejala sosial kerana kita bukan orang yang selayaknya. Bila
bukan kita orang yang Tuhan kehendaki dan izinkan untuk
menyelesaikan masalah masyarakat ini, walaupun wang
berjuta ringgit dibelanjakan, tenaga yang begitu banyak dikerahkan
dan apa juga usaha lain yang dijalankan, masalah
ini semakin lama menjadi semakin runlit, semakin kronik. Dan
inilah senario yang sedang melanda masyarakat kita. Semakin
lantang suara yang memperkatakan tentang gejala sosial,
semakin meningkat pula masalah dadah, bohsia, rogol, pembunuhan,
pencabulan, pecah amanah, pergaduhan, vandalisme
dan lain-lain lagi. Apakah ini bukan bukti yang cukup
nyata?

Sebenarnya, laluan yang Tuhan berikan untuk kita selamat
dari gejala sosial ini cukup mudah. Kita hanya perlu mencari
pemimpin yang bertaqwa dan bernaung di bawah kepimpinannya.
Cuma persoalannya, sudahkah kita benar-benar
mencari pemimpin tersebut?


Diambil daripada Halaqah

Memartabatkan bahasa Melayu



Oleh PROF. DR. AWANG SARIYAN
BAHASA Melayu sejak lebih daripada satu alaf telah memiliki martabat sebagai bahasa besar. Sejak abad ke-7 Masihi, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kerajaan, bahasa perdagangan, bahasa pengajian agama dan lingua franca bagi rantau Kepulauan Melayu di bawah kerajaan Sriwijaya. Pada zaman kesultanan Melayu dari sekitar abad ke-13 hingga abad ke-19, bahasa Melayu mencapai puncak kegemilangan sebagai bahasa tamadun Melayu baharu, dengan menjadi bahasa pentadbiran, bahasa diplomasi, bahasa undang-undang, bahasa ilmu dan falsafah, bahasa perdagangan, bahasa ketatanegaraan dan bahasa sastera tinggi.
Sarjana Belanda Francois Valentijn mengungkapkan kebitaraan bahasa Melayu pada abad ke-16 sebagai yang berikut:
``Bahasa mereka, bahasa Melayu, bukan saja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh kepulauan Melayu dan di negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana saja oleh setiap orang, tidak

20 March 2011

GERAK GEMPUR TINGKATAN 5

Gerak Gempur merupakan satu ujian yang mengadungi soalan tentang subjek yang dipelajari. Gerak Gempur ini akan berlangsung selama seminggu bermula dari 21.3.2011 hingga 25.3.2011 sebelum waktu rehat. Ia merangkumi soalan tingkatan 4. Di harap semua pelajar tingkatan 5 SMK Tunku Putra dapat memberi komitmen dalam menjawab soalan yang disediakan. INGAT!! USAHA TANGGA KERJAYAAN!!

14 March 2011

KELAS TAMBAHAN MASA CUTI SEKOLAH

Pada 14 Mac dan 15 Mac 2011, sekolah telah mengadakan kelas tambahan untuk semua pelajar tingkatan 3 dan 5. Kelas 5 Amanah yang diterajui Cikgu Azif turut terlibat dalam kelas tambahan. Walaupun hanya 2 hari sahaja kelas berlangsung, ia amat bermakna bagi saya sebagai admin blog ni, ini kerana saya dapat belajar bersama rakan2 di samping bertanya kepada cikgu akan perkara yang kurang paham semasa p&p hari sekolah biasa. Pada pendapat saya, kelas tambahan ini harus diteruskan oleh pihak sekolah kerana banyak manfaatnya kepada pelajar seperti saya. Ia juga mengisi masa terluang para pelajar dengan benda yang berfaedah dan mengelakkan para pelajar terjebak dengan gejala sosial.
Akhir sekali, kelas tambahan memang bermakna bagi saya.

02 February 2011

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN F5

Sinopsis

Novel ini memaparkan kisah pasangan suami isteri, Kamarudin seorang tentera dan Salmah,yang mempunyai sepasang anak kembar Faridah dan Rahayu. Apabila Kamarudin ditugaskan sebagai Pegawai Pemerintah di Pengkalan Hulu di Perak, dia telah berkahwin dengan Hamidah. Kamarudin diarahkan bertugas sebagai Atase Keselamatan di Pejabat Kedutaan Malaysia di Pontianak, Indonesia. Di sinilah bermulanya perpisahan pasangan kembar tersebut. Kamarudin telah membawa Rahayu tinggal bersama-samanya, manakala Faridah dijaga oleh Salmah.

Setelah dewasa, Rahayu berkawan dengan Azrul yang sama-sama belajar di Fakulti Ekologi Manusia, UPM. Faridah menjadi Sukarelawan PDK Suria. Rahayu telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kerana pengsan di perpustakaan. Rahayu disahkan menghidap kanser. Faridah pula membawa kanak-kanak istimewa ke Bukit Fraser. Sebelum pulang Faridah pergi ke Raub untuk mengisi minyak van dan membeli beberapa keperluan untuk perjalanan pulang pada pukul 2 petang nanti. Akibat terkejut dengan kehadiran Iqbal di dalam van, Faridah gagal mengawal pergerakan van, dan melanggar tembok pengadang jalan lalu menjunam ke dalam gaung. Faridah dan Iqbal tidak dapat dikesan oleh pasukan penyelamat. Setelah dua minggu usaha menyelamat gagal, operasi menyelamat dihentikan. Namun, bapanya, Kamarudin dan rakannya, Buyung berusaha meredah hutan mencari Faridah dan Iqbal. Mereka dijumpai di perkampungan orang Asli di Sungai Dua. Faridah dimasukkan ke hospital yang sama dengan Rahayu dalam keadaan koma. Rahayu melawat Faridah dan dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi Faridah. Selepas kematian Rahayu dan tamat pengajian di universiti, Azrul berhasrat menjadi penternak kambing yang berjaya, sebagaimana yang dicita-citakan oleh Rahayu semasa mereka sama-sama belajar.

Setelah sihat, Faridah berkahwin dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat bernama Ghazali. Tidak lama kemudian Salmah, ibu kepada Faridah dan Rahayu meninggal dunia kerana terlalu rindu akan Rahayu. Selepas itu, Ghazali pula meninggal dunia akibat kemalangan. Kemudian Faridah ditawarkan mengikuti kursus Community Services for Disable People di New Zealand selama enam bulan. Di situlah dia berkahwin dengan Soleh Johnsons dan dia terus menetap di sana. Mereka mendapat sepasang anak kembar, iaitu Melina dan Anne.

Melina berkenalan dengan Jabbar al – Anbia atau dikenali sebagai „Benny‟. Secara tidak sengaja, Anne pula bertemu dengan Zain yang membantunya semasa keretanya rosak. Akhirnya Melina berkahwin dengan Benny di Masjid al-Noor, Christchurch. Mereka berpindah ke Malaysia kerana Benny ditugaskan menerajui operasi minyak di situ. Mereka menetap di Terengganu. Di Malaysia, Benny berkawan baik dengan Mohamed Attar dan Mehmood yang cenderung mencapai sesuatu matlamat berhubung dengan Islam secara kekerasan. Muhamed Attar telah ditangkap oleh pihak berkuasa Interpol kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengganas. Benny yang bimbang akan keselamatan dirinya telah melarikan diri ke Dubai dengan bantuan keluarganya.
Faridah dan Soleh pulang ke Malaysia untuk berbincang tentang perkahwinan Anne dan Zain. Mereka menginap di Cameron Highlands. Di situlah Faridah mengetahui bahawa Zain ialah anak lelaki bekas teman lelaki adiknya, arwah Rahayu. Majlis perkahwinan mereka berlangsung dengan meriah.

Akhirnya, Melina yang sedang sarat mengandung ke Dubai bersama-sama dengan ayahnya, Soleh untuk berjumpa dengan Benny. Melina dan Benny menetap di Dubai. Anne dan Zain pula mengambil alih syarikat penternakan keluarga Johnson di New Zealand. Datuk Azrul dan Soleh Johnsons membuka perniagaan kotej di Cameron Highlands.

28 January 2011

KOMSAS T5 : Kabus Di Perbukitan

SINOPSIS

Bab 1 : Pucuk-pucuk Kayu di Hadapan Matanya

Rahayu sukar bangun pagi kerana menyiapkan tugasan pada malam sebelumnya. Badannya juga kurang sihat. Namun dia bergegas bangun kerana dia berjanji akan ke perpustakaan bersama-sama Azrul. Tepat pukul 8.00 dia tiba di perpustakaan. Azrul mengajak Rahayu bersarapan terlebih dahulu dan mereka berbual-bual tentang tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Rahayu memberitahu dia berasa lega apabila dapat menyiapkan tugasan. Azrul pula menceritakan rancangannya untuk ke KLCC pada hujung minggu kerana menyertai kempen Persatuan pencinta Alam. Kempen itu dinamakan Save Our River untuk menyelamatkan sungai yang tercemar. Rahayu berminat ikut serta dan niat itu dipersetujui oleh Azrul. Mereka berdua memang akrab dan berhasrat untuk berkahwin. Malahan perhubungan mereka juga tidak ditentang oleh ibu bapa masing-masing. Azrul sangat aktif dalam aktiviti alam sekitar. Dia sering menyertai ekspedisi mendaki gunung. Rahayu pula berminat dengan aktiviti Azrul tetapi dia menghidap penyakit asma. Dia merupakan pelajar dalam jurusan pembangunan manusia. Ketika di perpustakaan, tiba-tiba Ayu jatuh dan pengsan. Dia dikejarkan ke Pusat Kesihatan UPM. Ketika itu imbas kembali memaparkan kisah faridah dan Mastura. Faridah mahu ke Raub dengan memandu van. Dia ingin menenangkan fikirannya. Tunangnya telah memutuskan pertunangan mereka tanpa sebarang alasan. Dalam perjalanan tiba-tiba Faridah disapa oleh Iqbal, seorang muridnya yang mengalami sindrom down. Hal ini amat mengejutkan Faridah yang melihat Iqbal bersama-sama Mastura ketika dia bertolak. Faridah hilang kawalan terhadap vannya lalu melanggar penghadang jalan. Vannya terjatuh ke dalam gaung.

Bab 2 : Hilang Tanpa Jejak

Ghazali dan Said iaitu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ke rumah Faridah untuk menyampaikan berita kehilangan Faridah dan Iqbal. Salmah , ibu Faridah berasa sangat sedih menerima berita itu kerana Faridahlah tempat dia bergantung. Majlis sembahyang hajat dan doa selamat diadakan di kampung diketuai oleh Imam Haji Sohod. Ghazali dan Said pergi ke Bukit Fraser untuk mengetahui maklumat tentang kehilangan Faridah. malam itu mereka ditemani oleh pegawai-pegawai polis telah ke tempat kejadian. Namun mereka hanya dapay melihat van yang berada lebih kurang 50 kaki di dalam gaung. Pihak penyelamat akan menarik van itu keluar dengan bantuan anggota tentera. Malam itu Ghazali dan Said bermalam di Rumah Rehat Gap di Bukit Fraser. Mereka ditemani oleh beberapa orang pegawai polis termasuk Sarjan Yusoff. Keadaan yang terlalu sejuk menyebabkan Ghazali mengenang nasib Faridah dan Iqbal yang masih hilang. Semua usaha yang dijalankan termasuk menggunakan pasukan Senoi Praak untuk mengesan mangsa menemui jalan buntu. Sarjan Yusoff mencadangkan agar mereka menggunakan bomoh kerana bimbang ada pengaruh makhluk halus dalam kejadian tersebut. Akan tetapi Ghazali kurang bersetuju dengan cadangan itu. Mereka hanya mampu berdoa dan akan mendapatkan bantuan helikopter Tentera Udara untuk meneruskan usaha menyelamat.

Bab 3 : Bersarang di Dalam Dada

Berita kehilangan Faridah disampaikan kepada bapanya Mejar(B) Kamarudin yang sudah berkahwin dengan Hamidah tidak memberitahu isterinya tentang Faridah yang merupakan kembar seiras Rahayu. yang membezakan kedua-dua beradik itu ialah Faridah mempunyai lesung pipit dan Rahayu tidak memilikinya. Namun Hamidah tidak menghalang suaminya pergi ke tempat kejadian. Sepeninggalannya Kamarudin , Hamidah mendapat berita tentang Rahayu yang dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan, cheras. Pihak hospital mahu berjumpa dengan ibu bapa Rahayu untuk membincangkan masalah kesihatan Rahayu. Azrul menunggu Hamidah ketika wanita itu sampai. Setelah bertemu dengan Rahayu yang terbaring di katil. hamidah diminta untuk bertemu dengan Dr. Susan yang merawat Rahayu. Melalui pemeriksaan Dr. Susan, terdapat tompok-tompok dikesan melalui x-ray dalam dada Rahayu. Tompok-tompok putih itu mula menjalar ke pangkal leher dan menyebabkann leher Rahayu membengkak. Pihak hospital meminta kebenaran agar ujian biopsi ke atas Rahayu dapat dijalankan untuk mengesan sel-sel kanser. Hamidah memberikan kebenaran agar ujian biopsi dijalankan terhadap Rahayu. Setelah menjalani ujian tersebut Rahayu dibenarkan pulang. Azrul membantu Rahayu ketika Rahayu di rumah. Nota-nota kuliah dan tugasan disampaikan kepada Rahayu.

Catch us if you can (NOVEL FORM 5)

Para pelajar memuat turun nota Catsh us if you can di link bawah ini.
Selamat Belajar
http://www.4shared.com/document/SbjZGrns/Form_5_-_Catch_us_if_you_can.html

16 January 2011

Sastera Bahasa Melayu

Aku ada jumpa nota sastera bm untuk spm, ingatkan nak copy paste, tp cam malas pulak. anyway, korg pergi jelah kat blog ni. Cikgu Jana

Selamat Belajar...
[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket