PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

30 December 2016

PERANAN REMAJA DALAM MENANGANI MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH

Di dalam kitab suci Al-Quran, istilah ‘khamar’ digunakan bagi semua bahan yang  memabukkan  atau  boleh menghilangkan kewarasan akal fikiran.Oleh yang demikian,dadah boleh dikategorikan sebagai salah satu daripada jenis ‘khamar’.Secara umumnya,dadah bermaksud sebarang bahan kimia yang psikoaktif,samada berbentuk asli atau tiruan,apabila dimasukkan ke dalam tubuh badan secara disuntik,dihidu,dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.Terdapat pelbagai jenis-jenis dadah.Antaranya ialah syabu,ketamin,heroin,ganja,morfin dan kokain.Apabila dibangkitkan isu mengenai dadah sudah tentu remajalah yang selalu dikaitkan dengan gejala ini.Berdasarkan statistik dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK)didapati sejumlah 126,153 orang penagih dadah ditemui sepanjang tahun 2004-2010.Bilangan penagih dadah paling tinggi yang dikesan adalah dalam lingkungan umur 25-34 dan 18-24 tahun.Hal ini jelas membuktikan bahawa betapa seriusnya masalah dadah dalam kalangan remaja.Jika remaja yang merupakan bakal peneraju tampok kepimpinan negara pada masa hadapan ini sendiri tidak mencerminkan akhlak dan contoh yang baik.Siapakah yang akan membela nasib Negara kita pada masa hadapan?

          Pelbagai usaha yang boleh dilakukan oleh remaja bagi menangani masalah dadah yang  kian berleluasa ini . Antaranya ialah,mendapatkan didikan agama yang secukupnya.Zaman remaja merupakan zaman yang paling manis dalam hidup seseorang manusia.Namun begitu,pelbagai cabaran dan dugaan tetap akan dihadapi oleh setiap remaja dalam menghadapi tahap transisi antara zaman kanak-kanak dengan zaman remaja.Dalam hal ini,didikan agama amatlah penting untuk membimbing mereka menyelesaikan masalah secara positif.Hadis Rasulullah S.A.W ada mengatakan bahawa ‘ilmu tanpa agama adalah buta manakala agama tanpa ilmu adalah lumpuh”.Hadis ini menerangkan kepada kita betapa pentingnya aspek agama dalam kehidupan seseorang dan menekankan bahawa bekal ilmu dari sekolah perlulah diimbangi dengan ajaran agama.Jika remaja mempunyai pegangan agama yang utuh dan teguh ,sudah pasti mereka tidak akan terjebak ke dalam kancah negatif  seperti pengambilan pil khayal atau dadah yang akan mengheret mereka ke lembah jenayah.Pegangan agama sudah pasti dapat menjadi benteng yang kukuh untuk menangkis segala anasir-anasir negatif seperti ini dalam kehidupan mereka.Oleh itu,remaja haruslah berpegang teguh dengan ajaran agama untuk menangani masalah dadah. 

23 December 2016

Ayat Motivasi Mingguan


Tujuan pendidikan bukan hanya pengetahuannya, akan tetapi juga tingkah laku dan perbuatanya.
Pedang akan berkarat apabila tidak diasah, manusia yang tidak belajar akan tertinggal.
Daripada menghias diri dengan intan berlian, lebih baik membekali diri dengan ilmu pengetahuan. 

20 December 2016

13 Khasiat Minyak Ikan (Fish Oil) Kepada Kesihatan [TERBUKTI]

Khasiat minyak ikan, atau fish oil ini banyak, terutama dalam aspek kesihatan. Bahkan minyak ikan digunakan sebagai rawatan kepada penyakit-penyakit termasuklah: masalah jantung, ADHD, keresahan, kolestrol tinggi, masalah perut, athritis, alzheimer, eczema, kencing manis, kanser, imun lemah dan masalah otot.

Pada masa yang sama, ia turut dipercayai boleh membantu orang menguruskan badan, masalah mandul, kecantikan kulit dan meningkatkan tenaga badan.
Kebanyakan khasiat kesihatan fish oil adalah datang dari omega-3 fatty acids, sepertiDocosahexaenoic acid (DHA) dan Eicosapentaenoic acid (EPA).

16 December 2016

FAKTOR REMAJA LARI DARI RUMAH

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis,barisan hakim yang arif lagi bijaksana,Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Permai,Puan Intan Binti Isa, guru guru,dan rakan seperjuangan sekalian.

        Terlebih dahulu,saya ingin memperkenalkan diri dan tajuk pidato saya pada hari ini. Saya,Nur Ain dari Tingkatan 4 Melati telah memilih tajuk “Masalah Remaja Lari Dari Rumah”. Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih lanjut,saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya berdiri di sini dan menyampaikan pidato saya pada hari ini.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,.
         Dalam kepesatan pembangunan ekonomi, masyarakat kita berhadapan dengan gelombang perubahan sosial yang mencabar institusi sosial dan keluarga di negara ini. Akibatnya remaja di Malaysia sedang melalui kemelut sosial yang semakin berleluasa. Penglibatan remaja kita dalam kegiatan seks bebas, melepak, jenayah juvana, lari dari rumah dan penagihan dadah memberi tamparan hebat kepada semua lapisan masyarakat serta menjadi tanda tanya kepada pembangunan dan pemodenan yang dikecapi.

        Gejala remaja melarikan diri dari rumah berpunca daripada keadaan keluarga yang sunyi dan membosankan. Dewasa ini, ibu bapa terlalu sibuk mengejar kebendaan dan kemewahan. Akibatnya, interaksi dan komunikasi sesama keluarga menjadi renggang dan anak-anak terabai. Keadaan ini menyebabkan anak-anak yang ketagih kasih sayang mengalami perasaan kecewa dan tekanan jiwa. Apabila keadaan ini berterusan, anak-anak mula membenci ibu bapa dan keluarga serta sering bertindak meninggalkan keluarga mereka.

        Keruntuhan institusi keluarga atau rumah akibat pertelingkahan antara ibu bapa menyebabkan anak-anak lari dari rumah. Ketiadaan persefahaman dan kurangnya kemahiran mengurus rumah tangga di kalangan suami isteri sering menyebabkan konflik dan keretakan rumah tangga. Akibatnya, keharmonian dan kestabilan keluarga terjejas. Apabila keadaan ini berterusan, anak-anak menjadi bosan dan menanggung penderitaan jiwa lalu bertindak memberontak terhadap keadaan ini dengan melarikan diri dari rumah.

       Desakan dan dorongan  rakan-rakan sebaya juga memainkan  peranan penting dalam kes anak-anak lari dari rumah. Remaja yang terabai dan ketagih kasih sayang bergantung kepada kawan-kawan mereka. Mereka lebih mudah meniru, terikut dan terpengaruh dengan rakan sebaya. Malahan rakan sebaya mengisi sebahagian besar kehidupan mereka. Dalam keadaan ini, mereka sanggup berbuat apa sahaja demi rakan mereka dan bertindak meninggalkan keluarga semata-mata memenuhi kehendak rakan-rakan.

       Di samping itu, tarikan kuat dunia luar dan negara berikutan pengaruh budaya Barat turut menjadi punca utama. Golongan remaja masa kini sering terpengaruh dengan idea kebebasan dan  individualistik. Malahan  gaya hidup bebas yang penuh keseronokan menjadi idola  ramai  remaja. Apabila ibu bapa mereka cuba menerapkan nilai-nilai baik dan terpuji, anak-anak menganggap ibu bapa cuba mengongkong kebebasan mereka. Jika keadaan ini berlarutan, anak-anak tidak teragak-agak lagi untuk meninggalkan rumah mereka.

      Gejala remaja lari dari rumah juga sering berpunca daripada sikap remaja itu sendiri. Kebanyakan remaja masa kini tidak memiliki ketahanan diri. Malahan mereka memiliki emosi yang rapuh. Keadaan ini sering berpunca daripada kurangnya pendidikan agama dan asuhan moral yang efektif. Asuhan yang tidak menyeluruh menyebabkan keperibadian remaja tidak begitu mantap dan stabil. Mereka mudah terpengaruh dan  tidak berupaya menilai sesuatu keadaan. Akibatnya, mereka tidak dapat menangani rintangan-rintangan dalam kehidupan  mereka. Justeru, mereka sering bertindak terburu-buru apabila menghadapi masalah dan salah satu jalan penyelesaian  utama adalah dengan melarikan diri dari rumah.

Hadirin sekalian,
      ‘Pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara’ merupakan ungkapan yang menjelaskan kepada kita bahawa remaja merupakan tonggak negara dalam menerajui kepimpinan negara.Justeru, masalah sosial dalam kalangan remaja haruslah diberi perhatian dan tidak wajar dianggap remeh.Semua pihak haruslah memainkan peranan masing masing dengan baik supaya dapat mengelakkan fenomena ini daripada terus berleluasa,terutamanya golongan ibu bapa. Hal ini kerana,keluarga menjadi wadah paling utama dalam membentuk keperibadian remaja. Oleh yang demikian, segala kepincangan sosial terutamanya di kalangan remaja wajar dirujuk kepada keadaan keluarga dan sistem sosial secara menyeluruh.

09 December 2016

Ayat Motivasi Mingguan

"Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi, jadilah seperti yang kamu inginkan, karena kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan." 
"Tujuan sekolah bukan hanya sekadar mendapatkan ijazah. Ilmu yang terpenting yang harus didapat. Percuma dapat ijazah tapi sedikit ilmu yang didapat dari sekolah."
[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket