PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

30 October 2015

REVISI KARANGAN RANGSANGAN SPM 5

MANFAAT PENGHAYATAN PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA (PEPERIKSAAN MRSM SEMESTER 1)

Sejak bangku sekolah lagi kita dididik dengan semangat prinsip Rukun Negara yang menjadi teras perpaduan rakyat pelbagai bangsa, dan agama di negara ini. Rukun Negara yang yang diperkenalkan secara rasmi pada 31 Ogos 1970  mengandungi lima prinsip iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan adalah antara resepi kejayaan negara dalam menyatupadukan rakyat. Walau bagaimanapun penghayatan Rukun Negara kini semakin terhakis dari jiwa rakyat Malaysia apabila mereka meningkat dewasa. Buktinya, masalah gejala sosial dalam kalangan remaja semakin meningkat sejak belakangan ini. Hal ini disebabkan oleh remaja pada alaf ini tidak menyedari kepentingan atau manfaat menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara. Persoalannya, apakah manfaat yang diperoleh melalui penghayatan Rukun Negara?
 Salah  satu manfaat Rukun Negara dihayati ialah amalan budi bahasa dapat disemarakkan seperti yang tercatat dalam prinsip yang kelima iaitu ‘Kesopanan dan Kesusilaan’. Setiap kaum di negara ini percaya bahawa bersopan santun dan kesusilaan dapat dilihat pada tingkah laku dan tutur kata seseorang. Bahasa yang lembut dan bersopan santun serta tingkah laku yang baik akan menjamin hubungan yang harmoni dalam masyarakat yang berbilang kaum di negara ini. Prinsip ini jika dipraktikkan akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang baik, berbudi bahasa, bersopan santun dan bersusila serta dapat mewujudkan masyarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua. Tegasnya, penghayatan Rukun Negara dapat menyemarakkan amalan berbudi bahasa dalam masyarakat kita hari ini selaras dengan kempen kerajaan ‘Budi Bahasa Budaya Kita’.

27 October 2015

REVISI KARANGAN RANGSANGAN 4

KESAN-KESAN BURUK PENGGUNAAN ALAT TELEKOMUNIKASI KEPADA REMAJA PADA MASA INI (PERCUBAAN MELAKA 2015)

Dalam menelusuri era globalisasi ini, alat telekomunikasi amat penting. Kewujudannya yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan semakin mewarnai pasaran di negara kita. Terdapat banyak alat komunikasi yang menguasai global pada hari ini seperti telefon bimbit, ‘facebook’, ‘instagram’,  dan sebagainya. Hampir setiap orang menggunakan alat komunikasi untuk berhubung dengan orang yang jauh di mata. Kemajuan ini menjadikan dunia semakin kecil  kerana semuanya terletak di hujung jari. Namun begitu, penciptaan alat telekomunikasi yang pada awalnya berniat murni, kini semakin ternoda dengan kesan-kesan negatif yang dihadapi oleh pelbagai lapisan masyarakat terutamanya oleh golongan remaja. Persoalannya, apakah kesan-kesan negatif  penyalahgunaan alat komunikasi kepada remaja pada masa ini?

22 October 2015

REVISI KARANGAN RANGSANGAN SPM 3

LANGKAH MEMELIHARA ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA (PERCUBAAN MRSM 2015)

(T) Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. (I) Namun demikian, mutakhir ini, arus modenisasi menderaskan lagi pembangunan negara. Pelbagai projek sosioekonomi dijalankan dengan begitu rancak namun secara tidak sedar alam sekitar sudah terjejas. Kita sebenarnya tersepit antara keinginan menjadi sebuah negara maju dengan alam sekitar yang perlu dipelihara, bak kata peribahasa ditelan mati mak, diluah mati bapa. (A) Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya mensyukuri nikmat pemberian Tuhan yang amat berharga ini. Oleh itu, langkah-langkah bersama yang pragmatik dan proaktif perlu diambil untuk memelihara anugerah ciptaan-Nya.
 (I) Salah satu langkah yang efektif dalam penjagaan alam sekitar adalah dengan menggalakkan tanaman hijau.(M)  Tanaman pokok seperti pokok-pokok bunga dan sayur-sayuran sangat berguna dalam kehidupan manusia. Kepentingan pokok terhadap alam sekitar umpama aur dengan tebing iaitu saling memerlukan. (BA) Sebagai contohnya, pihak ibu bapa atau pihak sekolah boleh menggalakkan aktiviti penanaman pokok seperti pokok-pokok bunga di kawasan persekitaran untuk menyahut

20 October 2015

REVISI KARANGAN RANGSANGAN SPM 2

LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT(PERCUBAAN KELANTAN 2015)

(T) Dari segi  konsepnya semangat kejiranan boleh ditakrifkan sebagai suatu perasaan yang harus dipupuk oleh setiap masyarakat di Malaysia tanpa mengira warna kulit bangsa dan agama dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan kaum demi negara yang tercinta. Biasanya semangat kejiranan merangkumi semua lapisan masyarakat tidak kira muda ataupun tua yang perlu kita amalkan. (I) Malangnya, dewasa ini, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita semakin hari semakin terpinggir. Masyarakat pada hari ini lebih mementingkan diri sendiri dan membudayakan hidup bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. (A) Jadi, sebelumbisul menjadi nanah, masalah komuniti ini perlu dirawat dengan segera. Oleh itu, langkah yang signifikan harus diambil bagi menerapkan semangat kejiranan kepada semua lapisan masyarakat.

18 October 2015

REVISI KARANGAN RANGSANGAN SPM 1

FAEDAH-FAEDAH AMALAN BERJIMAT CERMAT  (PERCUBAAN KEDAH 2015)

(I) Dasawarsa ini,  negara kita telah dilanda oleh gelombang inflasi secara global. Setiap pengguna tidak dapat melepaskan diri  daripada kepompong  inflasi. (T) Sehubungan dengan itu, segenap masyarakat diseru supaya mengimplementasikan amalan berjimat cermat dalam rutin hidup mereka untuk menghadapi keperitan itu. Semua ajaran agama mengajar penganutnya agar berjimat cermat dan tidak membazir dalam kehidupan. Memetik kata-kata azimat Laotze, “Kehidupan membazir dan tamak akan mendorong manusia ke arah kebinasaan.” (A) Hal inimemanifestasikan bahawa betapa manfaatnya amalan berjimat cermat dalam kehidupan sehari-harian kita. Oleh itu, terdapat beberapa faedah yang akan diperoleh jika amalan ini dibudayakan dalam kehidupan seharian kita.
(I) Salah satu faedah yang kita peroleh ialah amalan ini dapat mengurangkan perbelanjaan kita. (M) Dengan berjimat cermat, kita akan lebih berhati-hati ketika membelanjakan wang terutamanya dalam kehidupan marcapada yang keadaan ekonomi tidak stabil. Keadaan menjadi lebih terhimpit apabila harga barang basah dan dapur turut meningkat menyebabkan harga makanan di kedai makan turut meningkat. (BA) Oleh itu, ahli keluarga perlulah membudayakan amalan makan di rumah seperti makan malam dan pada waktu cuti. (K)  Situasi ini sudah tentu dapat mengurangkan perbelanjaan ahli keluarga dan sekali gus dapat mengelakkan pembaziran. Bukan itu sahaja, kesihatan ahli keluarga juga akan terjamin kerana makanan yang dimasak lebih berkhasiat dan bersih. Sudah jelas amalan makan di rumah memberikan pelbagai kemaslahatan (U) ibarat serampang dua mata. (P) Oleh itu, jelaslah bahawa amalan berjimat cermat dapat membataskan perbelanjaan kita dan mengelakkan pembaziran.

17 October 2015

(Contoh Karangan) Peranan Kita dalam Usaha Mengantarabangsakan Bahasa Melayu

PERENGGAN ISI:
Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah ingat bahawa orang lain, iaitu bangsa lain tidak akan menyebarkan bahasa Melayu ke seantero dunia, kecuali kita. Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah mempunyai iltizam untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa terpenting pada suatu hari nanti. Oleh itu, langkah yang pertama ialah kita perlulah memastikan bahawa bahasa Melayu mestilah diterima di tanah air sendiri. Jika bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga bahasa rasmi di negara kita ditolak oleh sebilangan besar rakyat di negara kita, bagaimanakah penduduk dunia mahu menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kedua mereka? Oleh hal yang demikian, kita mestilah menyokong segala usaha yang bertujuan meningkatkan atau memartabatkan bahasa Melayu di negara sendiri.

Selain itu, kita juga hendaklah mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui peranan kita sebagaiduta kecil ketika berada di luar negara. Sama ada kita sebagai pelajar, pelancong, atau pekerja, kita mestilah sentiasa berusaha untuk menyebarluaskan bahasa Melayu dengan pelbagai cara. Ketika berada di luar negara, apalah salahnya jika kita mengajar rakan kita dari negara lain untuk mempelajari bahasa Melayu. Untuk menarik perhatian mereka, kita juga mestilah bersedia untuk mempelajari bahasa mereka. Jika kita bersedia untuk mempelajari bahasa mereka, mereka juga pasti bersedia untuk mempelajari bahasa kita.

14 October 2015

(Contoh Karangan) KEPENTINGAN MEMULIHARA BANGUNAN BERSEJARAH


Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring dengan nama Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai negara yang sedang membangun. Banyak kilang perindustrian, pusat beli-belah dan rumah dibina yang menggunakan ruang yang luas sehingga memakan tanah yang berhektar-hektar. Antara isu yang hangat yang telah dibincangkan di kedai kopi sehingga sidang di Dewan Parlimen mutakhir ini ialah isu meruntuhkan bangunan bersejarah tetapi perbincangan itu telah membuat keputusan muktamad untuk tidak meruntuhkan bangunan tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat juga negara-negara yang telah merobohkan bangunan bersejarah seperti di Surabaya, Jakarta. Mengapakah ada kejadian seperti ini berlaku? Adakah perlu bangunan tersebut diruntuhkan? Tepuk dada tanyalah selera. Sebenarnya, terdapat pelbagai kepentingannya kita perlu mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita.

Satu daripada kepentingan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah bangunan bersejarah atau monumen dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era atau peristiwa sejarah yang telah berlaku. Monumen, mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat bermaksud bangunan yang dibina untuk memperingati seseorang atau peristiwa penting. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun, kesan yang ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British, Belanda dan Portugis masih dapat dilihat dan perlu dijaga dan bukanlah untuk dimusnahkan. Di samping itu, bangunan bersejarah amat penting untuk generasi kini dan juga generasi yang akan

06 October 2015

(Contoh Karangan) KESAN PEMANASAN GLOBAL


Bumi kini sedang mengalami “demam panas” akibat pemanasan global yang turut membawa bersamanya iklim dunia yang semakin kucar-kacir. Bagi kebanyakan orang, perubahan iklim dan pemanasan global lebih banyak mengganggu ekonomi berbanding dengan kesihatan diri. Walau bagaimanapun, kesan pemanasan global jauh lebih mendalam dan akan meninggalkan kesan kepada semua penduduk dunia. Mungkin juga ada antara kita yang melihat mereka yang terbunuh akibat bencana alam seperti taufan, banjir dan cuaca panas sebagai malang.

Tetapi, bagaimanakah pula bagi mereka yang terselamat? Adakah mereka bebas daripada sebarang ancaman kesihatan selepas terselamat daripada lemas, mati kesejukan atau dehidrasi? Percaya atau tidak, peningkatan suhu bumi telah membunuh lebih satu juta orang di seluruh dunia sejak tahun 2000 sama ada secara langsung ataupun tidak. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengeluarkan perangkaan tersebut menjelaskan separuh daripada jumlah kematian itu berlaku di Asia Pasifik, benua yang paling padat penduduk. Selain itu, jumlah berkenaan belum ditambah dengan 800,000 lagi mangsa yang terbunuh akibat pencemaran udara setiap tahun. 
[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket