PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

21 April 2017

13 Khasiat Kopi Untuk Semua

Khasiat kopi sebenarnya banyak. Ia dipenuhi dengan antioksida dan nutrisi-nutrisi bermanfaat yang boleh meningkatkan tahap kesihatan.
Malah, kajian membuktikan bahawa peminum kopi mempunyai risiko yang lebih rendah daripada mendapat penyakit.

Artikel kali ini bertujuan untuk mendedahkan 13 khasiat kopi untuk kesihatan semua. Ya, semua ini disokong dengan kajian saintifik.

Kebaikan & Khasiat Kopi

Penggemar kopi, maka anda pasti akan suka dengan senarai di bawah.

07 April 2017

KOSA KATA BAHASA MELAYU


Bil
Tarikh
Perkataan
Maksud
Contoh Ayat
1
2.1.2013
Absurd
mustahil, tidak masuk akal.
sesungguhnya adalah absurd berbuat demikian kerana subjeknya hanya diketahui oleh segelintir manusia.
2
3.1.2013
Abstrak
tidak berupa atau bersifat kebendaan tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pan­caindera
ke­matangan seseorang pelukis boleh dilihat dalam ciri-ciri abstraklukisannya.
3
4.1.2013
Adaptasi
penyesuaian dengan keadaan atau dengan sesuatu yang baru
Mereka harus tahu untuk membuat adaptasiterhadap kehidupan di tempat yang baharu itu.
4
7.1.2013
Ad hoc
sesuatu perkara yang dilakukan untuk tujuan tertentu tanpa perancangan awal
Pihak sekolah telah melantik jawatankuasa secara ad hoc bagi menangani kes keracunan itu.
5
8.1.2013
Adikarya
karya agung yang dianggap meng­gambarkan peradaban sesuatu bangsa
Hikayat Hang Tuah dianggap sebagaiadikarya dalam masyarakat Melayu.
6
9.1.2013
Afdal
lebih utama
Mereka harus melakukan perkara-perkara yangafdal berbanding perkara remeh.
7
10.1.2013
Agroteknologi
teknologi yang berkaitan dengan pembangunan pertanian
Agroteknologi mampu memajukan pertanian di negara kita.
8
14.1.2013
Akademi
sekolah tinggi (pusat pengajian) yang mengajarkan sesuatu pengetahuan
Halim memasuki akademiitu untuk mendalami ilmu pengetahuan tentang kesenian dan kebudayaan.
9
15.1.2013
Akauntabiliti
sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap sesuatu tindakan
Mereka yang mempunyai kepakaran perlu di­beri kebebasan mengkritik keputusan mah­kamah untuk memastikanakauntabiliti  institusi ke­hakim­an.
10
16.1.2013
Ancala
Gunung
Kejadian tanah runtuh berlaku akibat perbuatan tamak manusia menarahancala untuk tujuan pembangunan
11
17.1.2013
Antibodi
bahan yang terbentuk dalam darah yang dapat mencegah pembiakan bakteria atau memusnahkannya.
Tubuh yang sihat mempunyai antibodiuntuk mencegah bakteria berbahaya.
12
18.1.2013
Arif
yang mengetahui (biasanya dirujuk kepada seseorang yang memahami sesuatu dengan men­dalam)
Doktor pakar lebih arifdalam bidangnya berbanding doktor biasa.
13
21.1.2013
Asasi
menjadi dasar, yang menjadi pokok
undang-undang ini tidak mengganggu hak-hakasasi rakyat lain.
14
22.1.2013
Asimilasi
pemaduan bermacam-macam jenis atau berbagai-bagai unsur menjadi satu seperti kebudayaan
Masyarakat Baba Nyonya mengalami prosesasimilasi dengan masyarakat Melayu Melaka.
15
25.1.2013
Astaka
pentas khas yang dibina untuk sesuatu tujuan, terutamanya untuk acara tilawah al-Quran
Astaka itu dihias indah dengan pelbagai jenis bunga yang berwarna-warni.
16
29.1.2013
Aspirasi
keinginan atau kehendak yg kuat utk mencapai sesuatu
Para pemimpin yang dihormati sentiasa memahami aspirasi rakyat.
17
30.1.2013
Atmosfera
Lapisan udara yang mengelilingi bumi
Ruang atmosfera bumi kian menipis akibat pencemaran udara.
18
31.1.2013
Autoriti
kuasa atau hak (untuk memberi perin­tah, mengawal, membuat keputusan)
Sultan Melaka mempunyaiautoriti untuk menetapkan hukuman ke atas pesalah.
19
1.2.2013
Azali
sejak dahulukala, sejak permulaan zaman
Nasib tiap-tiap orang telah tertulis pada suratan azali.
20
4.2.2013
Azimat
bahan yang terdiri daripada tulisan yang ditulis pada kertas, kain, keratan kayu tertentu, yang dianggap mem­punyai sakti dan boleh mengelakkan penya­kit.
Segelintir masyarakat masih percaya bahawa tangkal azimat dapat mengelakkan mereka daripada penyakit.
21
5.2.2013
Babil
degil, tegar, keras kepala, kepala batu.
Usah bersikap babilterhadap orang tua kita.
22
6.2.2013
Bahana
kerana; oleh sebab
Tubuhnya kurus keringbahana menghisap dadah.
23
7.2.2013
Bahang
hawa panas yang dikeluarkan oleh sesuatu benda hangat.
Bahang unggun api itu terasa sampai ke sini.
24
8.2.2013
Baiah
perakuan sumpah setia kepada seseorang yang diberi kuasa
Mereka melakukan upacara baiah bagi menunjukkan taat setia kepada pemimpin.
25
12.2.2013
Baku
diterima dan diakui; sah dan benar
Pemidato  itu menyampaikan pisatonya dalam sebutan baku.
26
13.2.2013
Bantut
tidak jadi atau tidak dapat diteruskan (kerana terhalang)
Usaha itu bantut kerana tidak mendapat sokongan orang ramai.
27
14.2.2013
Batat
tidak mahu empuk, tidak mahu gembur.
Sudah sejam Ella merebus ubi itu, namun ubi itu masih batat.
28
15.2.2013
Batil
batal, sia-sia; 2. tidak benar; 3. palsu;
Hanya dengan berbuat demikian, perkara yangbatil akan terhapus.
29
18.2.2013
Becak
berair serta berlumpur
Ali melangkah dengan hati-hati supaya tidak terpijak tanah yangbecak.
30
19.2.2013
Becok
bercakap dengan bising dan tidak henti-henti
Mereka becok bercerita tentang hal masing-masing
31
20.2.2013
Begap
tegap dan besar (tubuh dll);
Walaupun sudah tua, Pak Mat masih begap dan mampu bersawah.
32
21.2.2013
Bekah
cabik (pada jahitan), sobek.
Kain yang bekah itu masih boleh dipakai jika dijahit semula.
33
22.2.2013
Bekam
mengeluarkan darah kotor daripada badan seseorang dengan cara membedah sedikit pada kepala atau belakang badan dan menghisap darah kotor dengan cawan panas
Kesan bekam jelas pada belakang badannya.
34
25.2.2013
Belak
belang putih pada kulit (kerana sesuatu penyakit). 2 telau pada kayu (kerana urat kayu).
Belak pada kayu  menyebabkan perabot itu kelihatan cantik.
35
26.2.2013
Benak
agak sukar atau lambat untuk menerima pelajaran atau sesuatu yang diajarkan
Termakan semut dipercayai boleh menyebabkan otak menjadi benak.
36
27.2.2013
Bening
jernih, hening
Suasana menjadi  beningtatkala tengah malam menjelma.
37
28.2.2013
Benyai
benyek, lembik (dan berair) seperti nasi yang banyak air, lemah (tidak bertenaga), lenyai, letih, tidak ada nafsu kerja.
Nenek berleter kepada Limah kerana nasi yang dihidang agak benyai.
38
1.3.2013
Bersil
terpersil, terkeluar, tersembul.

Akibat penyakit aneh, matanya kelihatan bersil.
39
4.3.2013
Betapa
peri, alangkah
sekarang dia menyedari betapa mustahaknya papan tanda tersebut
40
5.3.2013
Bicarawara
rancangan radio atau televisyen yang mengandungi temu bual antara pengacara dengan tetamu undangan, berkaitan dengan tajuk tertentu.
Rancangan bicarawara itu sangat sesuai ditonton oleh mahasiswa.
41
6.3.2013
Biduk
sejenis perahu yang digunakan untuk menangkap ikan atau utk memunggah barang-barang di sungai.
Pada zaman moden ini,biduk semakin tidak digunakan lagi.
42
7.3.2013
Bilas
dibasuh bagi kali kedua atau seterusnya, atau dijirus dengan air supaya bersih
Kita perlu bilas kain baju dengan air bersih.
43
8.3.2013
Bingkas
bergerak dengan cepat kerana disebabkan oleh sesuatu;
Ahmad bingkas bangun setelah namanya dipanggil oleh guru.
44
11.3.2013
Bintat
bengkak kecil pd kulit, biasanya gatal dan merah warnanya, akibat gigitan serangga, alahan, dan sebagainya
Bintat pada kulit biasanya akan sembuh setelah beberapa hari.
45
12.3.2013
Biodiversiti
kepelbagaian spesies tumbuhan dan haiwan dalam persekitaran semula jadinya
Sarawak ialah tempat yang memiliki biodiversitiyang tinggi
46
13.3.2013
Cabik
koyak-koyak, robak-robak.
Pengemis itu memakai baju yang cabik untuk menagih simpati orang ramai.
47
14.3.2013
Cakna
ambil peduli, ambil berat
Semua ibu bapa wajib bersikap cakna terhadap anak-anak mereka.
48
15.3.2013
Canggih
moden dan kompleks, menarik, hebat dan moden.
Sekolah itu dilengkapi makmal yang serbacanggih.
49
18.3.2013
cerakin
melakukan penyelidikan atas sesuatu untuk menge­tahui keadaannya
Jika kita cerakin  air, kita akan mendapati bahawa air terdiri daripada hidrogen dan oksigen.
50
19.3.2013
Cocok
Padan, sesuai benar.
Sungguh cocok pasangan mempelai yang sedang bersanding itu.
51
20.3.2013
Conget
menganjur keluar, tidak rata.
Disebabkan keadaan sanggulnya yang congek, Datin Rosnah terpaksa berdandan semula agar kelihatan anggun.
52
21.3.2013
Corot
Terbelakang, tertinggal di belakang sekali.
Dia ingin membuktikan bahawa bekas murid kelascorot mampu berjaya dalam kehidupan.
53
22.3.2013
Culas
sangat malas; tidak tangkas
Pekerja kilang itu diingatkan agar tidakculas ketika bekerja.
[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket