PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

27 May 2011

Cuti Sekolah

Sebelum cuti sekolah, cikgu matapelajaran ada membekalkan pelajar 5 Amanah kerja sekolah. Antara matapelajaran yang membekalkan kerja sekolah adalah, add math, math mod, b.Melayu, b.Inggeris dan Sejarah. Sememangnya banyak kerja sekolah yang dibekalkan oleh cikgu, tetapi itu semua bermakna bagi saya dan pelajar lain kerana menerusi kerja sekolah, kita dapat mempratikkan kemahiran kita dan mengulang kaji pelajaran walaupun cuti sekolah. Kerja sekolah juga mampu mendidik pelajar supaya berdisiplin dalam belajar dan bermain. Pada waktu cuti, pelajar akan membahagikan masa mereka untuk bermain dan berlajar. Ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dan berdisiplin dengan masa seperti kata perpatah masa itu emas. Emas pada hari ini semakin tinggi nilainya,
begitu juga masa, kalau kita leka seketika, masa tidak boleh di beli dengan wang ringgit. Harga masa tersangat mahal dan tidak ternilai dengan wang ringgit. Oleh itu semasa cuti sekolah ini buatlah kerja sekolah dan bahagikan masa anda sebagai pelajar sekolah. Jangan leka dengan hiburan semata-mata.
Semasa cuti sekolah juga, pihak sekolah telah mengadakan kelas tambahan secara terancang. Sekiranya pelajar tidak hadir, mereka boleh di kenakan tindakan dimerit. Sistem merit telah dilaksanakan oleh pihak sekolah semenjak tahun lepas lagi. Sememangnya sistem merit ini amat menyusahkan pelajar tetapi disebaliknya, sistem merit ini mampu mendisiplin pelajar. Kelas tamabahan hanya dijalankan pada minggu pertama cuti persekolahan. Bermula pada hari Sabtu ( 28/5/2011) hingga hari Rabu (1/6/2011). Pada hari ini memang ramai pelajar hadir dan ada setengahnya pergi ke Pelawanan Badminton yang diadakan di Parit Bilal. Tetapi mereka yang terlibat dengan perlawanan badminton itu telah memberitahu ckigu masing-masing bahawa mereka tidak hair pada hari ini. Pada hari ini, pelajar yang hadir belajar mengenai subjek Bahasa Melayu. Cikgu telah mengajar tentang membina ayat, tatabahasa, imbuhan, kesalahan ejaan, peribahasa dan banyak lagi. Memang banyak input yang saya dan pelajar lain terima. Kelas hari ini hanya satu subjek sahaja. Pada hari Isnin pula subjek B.I dan ICT, Selasa subjek Math dan hari Rabu subjek Add Math.
Kesimpulannya, semua pelajar harus melaksanakan kerja sekolah yang diberi dan menghadiri kelas tambahan terancang yang diadakan di sekolah. Ini semua untuk kebaikkan kita yang akan menuntut SPM pada tahun ini.

No comments :

Post a Comment

[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket