PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

24 August 2011

Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011


Jadual rasmi peperiksaan SPM, telah pun di keluarkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh yang demikian, para pelajar yang menduduki peperiksaan SPM bagi tahun 2011, haruslah bersedia dari segi mental dan fizikal. Semua pelajar haruslah berusaha untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan ini. Selain itu, bagi pelajar beragam Islam, marilah kita banyak-banyakkan ibadah sunat seperti solat hajat, membaca Al-Quran, dan berdoa kepada Allah supaya permudahkan soalan SPM bagi tahun 2011 ini.
Bagi pelajar tingkatan 5 SMK Tunku Putra, jangan lupa untuk berusaha kerana peperiksaan sudah makin hampir. Selepas cuti Hari Raya, pelajar tingkatan 5 akan menghadapi peperiksaan percubaan SPM. Oleh yang demikian, jangan leka lagi. Masa semakin mencemburui kita. Tn Hj. Ismail pun pernah berpesan bahawa pihak sekolah amat berharap tahun ini kerputusan SPM kita cemerlang dan antara yang terbaik di daerah Batu Pahat. Marilah kita sahut pesanan
Tn Hj. Ismail yang merupakan guru Kurikulum SMK Tunku Putra. Disamping itu juga, Pn Chook, guru HEM SMK Tunku Putra turut berharap perkara yang sama kerana keputusan PMR kita yang lepas amat membanggakan pihak sekolah. Mari kita tunjuk "TARING" lagi, bagi membanggakan nama baik sekolah dan nama baik kita. Saya sebagai wakil pelajar tingkatan 5 SMK TUNKU PUTRA turut mengharap pekara yang sama akan berulang iaitu kepertusan SPM yang cemerlang. Oleh yang demikian, kita perlulah ambil yang jernih, buangkan yang keruh bagi menghadapi peperiksaan ini kelak. BERUSAHALAH SEBELUM TERLAMBAT!!!
Intihannya, semua pelajar yang menduduki haruslah berusaha dan sentiasa bedoa kepada Alah untuk memperoleh result yang cemerlang dan membanggakan ibubapa kita yang penat menjaga kita selama ini. Kita hadiakan keputusan yang cemerlang itu kepadanya, tentu ibubapa kita amat gembira. Tidakkah kamu inginkannya.. SELAMAT BERJAYA SEMUA!!!

KLIK LINK DIBAWAH UNTUK MEMUAT TURUN JADUAL WAKTU SPM 2011

No comments :

Post a Comment

[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket