PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

29 October 2011

Tips Dua Minggu Sebelum Menghadapi SPM

Tergerak hati ini hendak berkongsi tentang ''Tips Dua Minggu Sebelum Menghadapi SPM'' yg dimana peperiksaan SPM akan tiba pada dua minggu lagi iaitu pada 14/11/2011. Diharap para calon SPM tahun ini bersama-sama membaca artikel yang bermanfaat ini,
Antara Tips Dua Minggu Sebelum Menghadapi SPM adalah :
a) Selalu mendekatkan diri dengan ALLAH.
   - Anda perlu melakukan perkara wajib iaitu solat 5 waktu dan sebagai lauknya anda boleh solat sunat seperti solat sunat hajjat, taubat, mahupun tahajjud. Membaca Al-Quran juga penting untuk menenangkan hati dan fikiran sebelum mahupun semasa peperiksaan SPM berlangsung.
b) Mengulang Kaji contoh-contoh soalan SPM.
   - Kebanyakkan soalan SPM akan mempunyai persamaan dengan soalan percubaan dan soalan SPM bagi tahun sebelumnya. Oleh yang demekian, ringankan tangan anda untuk mengulang kaji soalan SPM pada tahun sebelumnya mahupun menjawap kertas soalan percubaan untuk negeri lain.

c) Baca nota yang dijangka keluar untuk SPM
   - Pada saat2 akhir ini, bacalah nota yg dijangka akan keluar untuk soalan SPM pada tahun ini. Tetapi jangan lupa juga yang nota lain dari bab2 yang tidak penting juga hendaklah dibaca ringan-ringan juga bagi mengelakkan anda terlalu stres kerana nota yang anda jangka keluar untuk SPM tidak keluar pula. Sediakan Payung Sebelum Hujan.
d) Memohon maaf dengan orang lain.
   - Sekiranya anda membuat salah atau tidak mohonlah maaf dengan kenalan rapat seperti ibu bapa, guru dan sahabat andai. Dengan memohon maaf ini, hati kita akan tenang dan akan bersemangat untuk menjawap peperiksaan. Tidak percaya?? Cubalah memohon maaf dengan ibubapa di pagi hari sebelum peperiksaan bermula. Ternyata hati anda akan terasa bersemangat untuk menjawap soalan disamping hati anda tenang daripada masalah sebelum ini. (Berdasarkan pengalaman semasa PMR dahulu)
e) Sediakan alat tulis yang secukupnya.
   - Alat tulis seperti pensel 2B, pemadam, pen dan pembaris haruslah disediakan untuk menghadapi peperiksaan yang akan datang disamping mengelakkan daripada kita meminjam dengan kawan lain semasa peperiksaan dijalankan.
Saya rasa setakat itu sahaja yang ingin dibicarakan setakat ini. Sekiranya ada kesilapan bahasa ataupun terkasar bahasa diharap maafkanlah. Selain itu juga saya sebagai penulis blog @ admin blog 5 AMANAH ini ingin memohon maaf kepada sahabat blog lain dan kepada pembaca blog ini sekiranya ada maklumat yang salah ataupun terkasar bahasa di dalam artikel-artikel yang sebelumnya. Di harap maafkanlah. Selain itu, doakan kerjayaan untuk calon SPM seluruh Malaysia yang akan menghadapi SPM pada tahun ini. Semoga kita calon SPM 2011 mampu mencipta rekod baik dengan cemerlang dengan jayanya dalam SPM pada tahun ini. Selamat Menghadapi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.


[Sumber : Pengalaman sendiri dan bahan bacaan] Md.Hafiz.R

No comments :

Post a Comment

[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket