PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

27 March 2012

Arah Tuju Pelajar SPM 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..Admin sudah lama tidak menulis post terbaru di blog ini. Haraf maaf di ucapkan daripada pihak admin sendiri kerana kesibukan masa dan tidak sempat ingin menulis blog ini. Hari ini 28/3/2012, admin akan berkongsi hala tuju pelajaran bagi lepasan SPM 2011. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, admin pon merupakan pelajar lepasan SPM 2011 dan telah mengambil result SPM 2011 pada 21/3/2012. Alhamdulilah keputusan SPM 2011 admin tidak lah begitu teruk dan tidak lah begitu cemerlang, sederhana sahaja prestasi admin untuk SPM 2011. Tapi apa pun, admin bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada guru-guru dan ibu bapa yang sering membimbing admin. Admin turut menguncapkan tahniah kepada semua pelajar
SPM 2011 terutama sekali pelajar daripada kelas 5 Amanah sendiri. Bagi yang kurang cemerlang, jangan putus asa dan admin turut mengucapkan tahniah kerana anda berani menghadapi peperiksaan SPM dan telah berusaha untuk berjaya.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, bagi melanjutkan pelajaran lebih baik anda semua memasuki tingktan 6 bawah daripada mengambil diploma. Walaupun begitu admin sendiri memilih diploma daripada memasuki tingkatan 6. Mungkin sudah bosan dengan suasana sekolah yang ketat dengan disiplin nya atau mungkin tidak mahu menjadi senior kepada pelajar2 menegah rendah. Banyak kemungkinan yang menjadi 1001 sebab mengapa pelajar lepasan SPM mengelak daripada mengikuti tingkatan 6.
Bagi yang belum tahu, tingkatan 6 bawah hanya mengambil masa 1 tahun setengah berbanding diploma, sijil kolej dan matrikulasi/asasi. Walaupun begitu, ramai pelajar memilih selain memasuki tingkatan 6. Apa pun terpulang kepada empunya diri yang mampu berfikir untuk cemerlang di dunia mahupun di akhirat.
Haha,, admin tidak tahu nak huraikan apa lagi, semuanya ada di dalam gambar di atas dan anda hendaklah fikir untuk masa hadapan anda. 

Rasanya itu sahaja ingin berkongsi pada hari ini, sekiranya ada lagi info menarik admin akan berkongsi lagi. Sekian terima kasih, Assalamualaikum.

Sumber : Facebook kawan dan ayat di minda sendiri.

No comments :

Post a Comment

[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket