PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

09 September 2015

RANGKA KARANGAN TERBUKA 4 – KEDAH 2015

DIMENSI GLOBAL

SOALAN:
Aktiviti  pemerdagangan manusia di peringkat global sangat membimbangkan dan meninggalkan kesan negatif kepada negara yang terlibat.
Bincangkan.

Dimensi           : Antarabangsa
Format             : Tiada
Tema               : Rumah Terbuka Rakyat Malaysia: Kemanusiaan Sejagat  (Tingkatan 5)
Aras                 : Tinggi

Kehendak soalan:
  • Pelajar mesti menyatakan kebimbangan aktiviti pemerdagangan manusia oleh pelbagai pihak termasuklah kerajaan dan rakyat di seluruh dunia.
  • Pelajar hendaklah memberikan contoh negara-negara yang sering berlaku kes pemerdagangan manusia.
  • Pelajar hendaklah memahami konsep pemerdagangan manusia.

Cadangan isi (kesan):
1.      Mencemarkan imej negara di mata dunia
-       Kedudukan Malaysia dalam senarai 16 negara berprestasi buruk dalam mengekang isu   
     permerdagangan manusia mencemarkan imej negara di mata dunia - Menunjukkan negara lemah 
     dalam mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang - Negara dianggap sebagai sarang jenayah.
2.      Mengancam keselamatan dan keamanan negara 
       -       Jenayah yang semakin berleluasa mengancam keselamatan terutamanya wanita dan kanak-kanak    
            yang diperalatkan bagi tujuan tertentu termasuk pelacuran, pusat hiburan, rumah urut dan  
            sebagainya - Sindiket atau mereka yang terlibat juga melakukan aktiviti jenayah lain untuk 
            mengumpulkan kekayaan.
3.      Menjejaskan hubungan diplomatik antara negara terlibat
-    Penyeludupan dan pemerdagangan manusia melanggar hak sesebuah negara dan isu-isu yang berlaku menjejaskan hubungan diplomatik antara negara.  Isu-isu seperti penderaan malahan pembunuhan pembantu rumah menimbulkan  rasa tidak puas hati antara negara yang terlibat.
4.      Peningkatan masalah sosial di negara terlibat
       -   Masalah sosial bertambah merebak dalam masyarakat seperti berpeleseran, pelacuran, seks bebas,  
           minum arak dan sebagainya.
5.      Penularan penyakit berjangkit. 

      -   Penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi, penyakit kelamin, hepatitis dan sebagainya kembali menular 

           dalam kalangan masyarakat.

No comments :

Post a Comment

[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket