1. bagai babi merasa gulai prb dikatakan kpd orang yg hendak menyama-nyamaiorang besar (kaya dll);
2. badak makan anak prb membuang anak sendiri;
3. anak badak dihambat-hambat prb dgn sengaja mencari bahaya;
4. sayang anak badak tampung, cucu konon badak raya prb hairan, seseorang ygbukan bangsawan tetapi mengaku dirinya kerabat raja.
5. badan boleh dimiliki, tetapi hatinya tidak prb walaupun menjadi atau bersifatspt hamba atau orang lemah terhadap orang yg berkuasa, namun hatinyatidak begitu;
6. hancur badan dikandung tanah, budi baik terkenang juga prb budi bahasa ygtidak akan dilupakan orang;
7. rosak badan kerana penyakit, rosak bangsa kerana laku prb kerana penyakit,rupa kita boleh menjadi buruk dan kerana kelakuan jahat, nama baikbangsa atau suku itu boleh tercemar;
8. beroleh badar tertimbakan prb mendapat keuntungan yg tidak disangka-sangka;
9. melonjak badar, melonjak gerundang prb meniru-niru orang yg besar (kaya,mulia).
10. bahasa dan bangsa itu tiada dijual atau dibeli prb hendaklah menjaga budibahasa walau drpd kaum yg hina sekalipun (walaupun kaya kalau tiadabudi bahasa dihina orang juga);
11. bahasa menunjukkan bangsa prb drpd budi bahasa, orang dapat menilai kita;
12. memikul di bahu, menjunjung di kepala prb mengerjakan sesuatu pekerjaanharuslah menurut peraturannya supaya selamat;
13. tangan mencencang (menetak, memetik) bahu memikul prb siapa ygbersalah harus menanggung akibatnya;
14. buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali prb membuat pekerjaanbaik janganlah berlebih-lebihan, tetapi pekerjaan jahat jangan sekali-kalidibuat;
15. baju indah dr balai, tiba di rumah menyarungkan prb hukum yg telah putusdan tidak boleh dibanding lagi;
16. bagai memakai baju sempit prb perbuatan yg tidak sesuai dgn keadaan diri;
17. mengukur baju di badan sendiri prb kejahatan kita jangan dijadikan pengukurkejahatan orang lain (atau darjat kita jangan disamakan dgn darjat oranglain);
18. mencabik baju di dada prb menceritakan aib sendiri;
19. dibakar tiada hangus prb tidak dapat dipengapakan (kerana degil, berkuasa,dll);
20. bala lalu dibawa singgah prb dgn sengaja mencari kesusahan dll;
21. bagai balam dgn ketitir prb perihal dua orang yg tidak dapat bermuafakat,masing-masing membanggakan diri.
22. ada hujan ada panas, ada hari boleh balas prb akan datang masanya utkmembalas perbuatan jahat;
23. bandar terbuka dagangan murah, badan sudah tua prb keinginan (pekerjaan)datang waktu kita tidak berwang (lemah);
24. ayam bandung dua anak ayam yg keluar dr satu biji telur;
25. rumah bandung dua buah rumah yg dijadikan (bercantum menjadi) satu;
26. telur dua bandung, pecah satu pecah kedua prb orang yg satu hati, sehidupsemati.
27. bangkai gajah bolehkah ditudung oleh nyiru prb kejahatan yg besar itu tidakdapat disembunyikan;