PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

27 April 2016

Contoh Peribahasa Dewan (A)

1. pt abu di atas tunggul prb Mn dgn mudah boleh tercampak atau terhalau, tidak bererti, tidak tetap (suami dlm rumah keluarga isterinya dlm masyarakat Minangkabau dan di tempat-tempat tertentu di NS);

2. terpegang di abu hangat prb Mn baru saja memulai sesuatu pekerjaan sudah mendapat kesusahan;

3. sudah jadi abu arang prb sudah rosak sama sekali, tidak ada gunanya lagi;

4. ada gulaada semut prb kalau orang kaya banyaklah kawannya;

5. ada airada (adalahikan = ada padangada belalang ada batangadacendawan tumbuh prb di mana pun kita duduk, ada rezeki;

6. adat bersendi syaraksyarak bersendi adat prb segala perbuatan hendaklah jangan bertentangan dgn adat dan agama;

7. adat diisilembaga dituang prb Mn mengerjakan sesuatu menurut adat kebiasaan;

8. adat gajah terdorong prb orang yg berkuasa biasanya menyalahgunakan kekuasaannya;

9. adat lama pusaka usang prb Mn adat yg tidak berubah-ubah sejak dahulu;

10. adat periuk berkerakadat lesung berdedak prb jika berkehendakkan keuntungan, haruslah susah;

11. adat sepanjang jalancupak sepanjang betung prb tiap-tiap perbuatan ada peraturannya, tiap-tiap negeri mempunyai kebiasaannya:

12. hidup dikandung adat mati dikandung tanah prb setiap orang harus mentaati adat selama hidup dan jangan pula melupakan bahawa dia akan mati;

13. hilang adat tegal muafakat prb adat lama itu boleh diubah asal dgn muafakat;

14. air beriak tanda tak dalam prb orang yg sombong (besar cakapnya tetapi tidak berisi atau kurang ilmunya);

15. air besar batu bersibak prb perselisihan yg besar akan mencerai-beraikan orang yg bersahabat atau bersaudara;

16. air cucuran atap jatuhnya ke pelimbahan juga = air di tulang bumbunganturunnya ke cucuran atap prb anak itu menurut sifat dan teladan orang tuanya (sesuatu itu menurut asalnya);

17. air dalam berenang (berkumbah), air dengkat bercebok prb perbelanjaan itu harus dipadankan mengikut banyak sedikitnya pendapatan;

18. air dicincang tiada putus = air ditetak tiada akan putus prb kerana perbalahan orang yg sekaum atau bersaudara tiada akan cerai-berai;

19. air diminum rasa durinasi dimakan rasa sekam = air diminum sembiluan prb dikatakan bkn orang yg dlm kesusahan (dukacita) sehingga tidak sedap makan dan minum;

20. air mata jatuh ke perut prb berdukacita dgn tiada ketara;

21. air mudik sungai semua teluk diranai prb orang yg boros tiada memilih barang, mana yg melintas dibelinya;


22. air pun ada pasang surut prb untung malang tiada tetap, selalu berganti-ganti;

23. air sama airsampah ke tepi jua prb jika kita mencampuri pergaduhan orang yg bersanak saudara, apabila mereka berbaik balik, kita juga yg tersisih dr mereka;

24. air setitik dilautkantanah sekepal digunungkan prb membesar-besarkan perkara yg kecil;

25. air tenang jangan disangka tiada buaya prb orang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut;

26. air tenang menghanyutkan prb orang yg pendiam dapat melakukan pekerjaan yg payah-payah;

27. air yg dingin juga yg dapat memadami api prb kata yg lemah lembut juga yg dapat mendinginkan hati orang yg sedang marah (dapat menghilangkan dendam);

28. ada air adalah ikan prb barang di mana kita tinggal ada juga rezeki (setiap negeri ada adat resamnya sendiri);

29. adakah dr telaga yg jernih mengalir air yg keruh prb adakah di mulut orang baik-baik keluar perkataan yg keji;

30. bagai air di daun keladi prb a) tiada lekat pengajaran; b) tiada tetap hatinya (pendiriannya);

31. bagai air titik ke batu prb amat sukar hendak memasukkan pengajaran yg baik kpd orang jahat dan degil;

32. bagai membendarkan air ke bukit prb pekerjaan yg sia-sia;

33. bagai menampung air dgn limas pesuk prb pengajaran yg lekas sekali dilupakan (orang yg dipercayai menyimpan wang tetapi memboroskan wang itu);

34. bagai minum air bercacing prb hal orang yg enggan disuruh mengerjakan sesuatu pekerjaan;

35. bakarlah air ambil abunya prb benda yg mustahil boleh diperoleh;

36. bermain air basahbermain api letup prb setiap pekerjaan ada akibatnya;

37. buang air keruhambil air jernih prb memulai penghidupan baru;

38. bukan air muara yg ditimbasudah disauk dr hulunya prb bukan khabar angin, tetapi didapati dr pangkalnya (sumbernya) yg benar;

39. dimandikan dgn air segeluk prb diberi pertolongan yg tiada bererti;

40. menepuk air di dulang prb menceritakan aib sendiri atau aib kaum keluarga;

41. mengadu air dgn garam prb kasih yg sia-sia (tidak sempurna);

42. merajukkan air di ruang (hendak karam ditimba juga) prb marah yg tiada sampai, apabila perlu ditolong juga;

43. sekali air bahsekali pasir berubahsekali air gedang (besar), sekali tepianberanjak prb lain kepala (ketua) lain kemahuannya;

44. selama air hilirselama gagak hitam prb tetap selama-lamanya;

45. spt air dlm kolam (terenang) prb dikatakan kpd orang yg tenang sikap dan tingkah lakunya;

46. tak air hujan ditampungtak air peluh diuruttak air talang dipancung prb segala daya upaya dilakukan asal maksud tercapai;

47. terbit air kerana dipercikterbit minyak kerana dikempa prb mahu melakukan sesuatu kerana dipaksa;

48. terseberang pd air besar prb terpelihara drpd bahaya besar;

49. umpama air digenggam tak tiris prb perihal orang yg kikir;

50. itik diajar berenang tak usahlah diajar anak buaya berenangia sudahpandai prb mengajar orang yg lebih banyak pengalaman;

51. dalam sudah ajuk, dangkal sudah keseberangan prb telah diketahui benar isi hatinya.

52. akal akar berpulas tak patah prb orang yg pintar tidak mudah kalah dlm bersoal jawab;

53. akal tak sekali datangrunding tak sekali tiba prb tidak ada usaha yg serta-merta jadi sempurna;

54. ilmu dan akal dihalai-balaikan itulah tanda orang yg lalai prb janganlah lengah menyelidiki ilmu-ilmu dan menambah pengetahuan;

55. lubuk akal tepian ilmu prb dikatakan kpd orang yg pandai;

56. akar terjumbai tempat siamang berpegang (bergantung) prb drpd perkataannya dapat diketahui kesalahan seseorang;

57. bergantung pd akar lapuk prb mengharapkan pertolongan pd orang yg lemah;

58. jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi teguhapakah ditakutkan ribut prb orang yg banyak berjasa tidak perlu takut akan orang lain;

59. kalau pandai mencencang akar mati lalu ke pucuknya prb kalau pandai, dgn satu tindakan sahaja dapat mengalahkan semua orang lain;

60. tiada rotan akar pun berguna prb sementara belum ada yg lebih baik bolehlah dipakai yg ada dahulu;

61. alah bisa tegal (keranabiasa prb segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa;

62. alah limau oleh benalu prb orang yg lama terdesak oleh orang yg baru;

63. alah mahu bertimbang enggancungkil merih akan pembayar prb dikatakan kpd orang yg tidak menepati janji hingga bergaduh;

64. alah membeli menang memakai prb tidak apalah mahal sedikit harganya, asal barang itu kuat (tahan dsb);

65. alah menang tak tahubersorak boleh prb dikatakan kpd orang yg tidak tahu selok-belok pergaduhan tetapi mengatakan siapa yg akan kalah;

66. alah sabung menang sorak prb biarpun kalah, namun cakap masih besar;

67. tak bertepat janjitak berteban taruhtak bertangkapmengamang-ngamangalah di darat sahaa prb peperangan (atau perkelahian) yg tidak mempunyai tipu daya akan alah percuma sahaja;

68. tak sesak alam tempat diamtak berbumi tempat tegak prb berasa sangat malu sehingga tidak dapat menyembunyikan dirinya lagi;

69. alang berminyak biar licin alang mandi biar basah alang berdakwat biarhitam prb kalau mengerjakan sesuatu janganlah sekerat jalan;

70. alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan prb kalau sudah terlanjur jahat, biarlah sampai beroleh hasilnya;

71. habis alur maka beralu-alu prb jika dgn jalan mesyuarat tidak tercapai persetujuan, baharulah digunakan kekerasan;

72. masuk ambung tak masuk bilang prb kalau mengerjakan sesuatu yg besar, yg kecil-kecil tidak diperhatikan;

73. ampang sampai ke seberangdinding sampai ke langit prb dikatakan bkn persahabatan yg sudah putus dan tidak akan berbaik lagi atau bkn pekerjaan yg tidak alang kepalang;

74. busut juga ditimbun oleh anai-anai prb orang kaya juga yg bertambah kekayaannya atau orang yg pernah bersalah juga yg dituduh jika terjadi sesuatu kejahatan;

75. sbg anai-anai bubus prb berduyun-duyun, berkerumun (melihat sesuatu dll)

76. anak baik menantu molek prb kalau orang mendapat untung baik, maka keuntungan itu datang berganda-ganda;

77. anak di pangku dilepaskanberuk di rimba disusui anak di riba diletakkan,kera di hutan disusui prb menguruskan hal orang lain sedangkan hal sendiri diabaikan;

78. anak harimau tidak akan menjadi anak kambing prb anak orang besar biasanya jadi orang besar juga;

79. anak kunci jahatpeti derhaka prb kalau suami jahat isterinya akan berkhianat kelak;

80. anak orang anak orang juga prb seseorang yg asing bagi kita akan tetap asing juga;

81. anak seorang menantu malim prb dikatakan kpd seseorang yg beruntung mempunyai anak perempuan;

82. anak seorang penaka tidak prb dikatakan kpd seseorang yg mempunyai sesuatu barang yg tidak ada gantinya;

83. anak sendiri disayanganak tiri dibengkeng prb bagaimana sekalipun keadilan orang kepentingan sendiri juga yg diutamakan;

84. bagai anak sepat ke tohor prb dikatakan kpd orang yg bermalas di tempat orang lain;

85. bagai menggantang anak ayam bagai menyukat anak ayam (masuk empatkeluar lima) prb mengerjakan pekerjaan yg tidak mungkin dilakukan;

86. dengarkan cerita burunganak di pangku dilepaskan prb mendengarkan tutur manis orang, pekerjaan sendiri diabaikan;

87. kalau tiada hak sendiri anak mata terdiri-diri prb kalau tak ada hak sendiri makin besar pula keinginan kita kalau melihat kepunyaan orang;

88. kasihkan anak tangan-tangankankasihkan bini tinggal-tinggalkan sayang dianak dilecutisayang di negeri ditinggalkan prb yg disayangi ituhendaknya janganlah terlalu dimanja-manjakan;

89. kecil-kecil anak harimau prb kecil tetapi berbahaya juga;

90. kecil-kecil anakkalau sudah besar onak prb anak itu apabila kecil menyukakan hati, kalau besar mendatangkan kesukaran;

91. menggerek bagai anak nangoi prb dikatakan kpd seseorang yg beranak banyak tetapi malas mencari nafkah;

92. rosak anak oleh menantu prb mendapat kerugian kerana perbuatån orang kepercayaan atau yg dikasihinya;

93. spt anak ayam kehilangan ibunya prb berpecah-pecah kerana kehilangan tempat tumpuan (pengharapan);

94. spt ayam patuk anak nya = spt kerbau menanduk anak dgn kaparan tanduk,bukan dgn hujung prb memarahi anak atau kekasih bukanlah kerana benci, tetapi kerana hendak mengajar;

95. tergising-gising bagai anak tiada diaku terkesot-kesot bagai anak tidakdiaku prb mendekati orang yg tidak mahu dihampiri oleh kita;

96. belum beranak sudah berbesan (dahulubelum beranak sudah ditimang prb keuntungan belum tentu akan dapat sudah bersenang-senang;

97. angin berputarombak bersabung prb dikatakan bkn suatu perkara yg sangat sukar diselesaikan;

98. angin bersiru kami tahu prb Mn kami sudah tahu bahawa hal (niat) seseorang telah berubah;

99. angin tak dapat ditangkapasap tak dapat digenggam prb (Lampung) khabar-khabar yg ganjil itu tidak dapat disembunyikan (disimpan);

100. ke mana angin yg deraske situ condongnya = spt sepohon kayudi manaditiup angindi sanalah ia condong prb dikatakan kpd orang yg tidak tetap pendiriannya;

101. kalau tiada angin bertiup takkan pokok bergoyang tak sebab kerana angin,pokok kayu maukah bergoyang prb tentu ada sebabnya maka terjadi sesuatu hal;

102. tahu di angin turun naik prb orang-orang yg arif bijaksana tahu akan keadaan susah atau senang;

103. anjing galakbabi berani prb berani sama berani, kuat sama kuat;

104. anjing diberi makan nasi bilakan kenyang prb sia-sia memberi nasihat yg baik kpd orang jahat;

105. anjing ditepuk menjungkit ekor prb orang yg tidak berbudi, jika dihormati akan menjadi sombong;

106. anjing itu jika dipukul sekalipunberpulang juga ia ke tempat yg banyaktulang prb orang yg tamak dan tidak bermalu itu tidak peduli akan nama baiknya (tidak terhalang oleh hukuman);

107. anjing itu meski dirantai dgn rantai emas sekalipunnescaya berulang-ulangjuga ia ke tempat najis prb orang yg bertabiat jahat itu, walau bagaimana sekalipun, tidak akan berubah lakunya;

108. anjing mengulangi bangkai prb laki-laki yg mengulangi perbuatan yg tidak senonoh (perempuan jahat dll);

109. anjing menyalak bukit mahukah runtuh beberapa pun ~ menyalak bukitbolehkah runtuh prb bagaimanapun orang yg jahat mencela orang yg baik tidak akan ada akibatnya;

110. anjing tiada bercawat ekor prb sesuatu yg hina dan tidak berguna tidaklah indah pd mata sekalian orang;

111. bagai anjing beranak enam prb dikatakan kpd perempuan yg kurus sekali kerana melahirkan anak;

112. bagai anjing melintang denai prb seseorang yg sombong menunjukkan kesombongannya;

113. bagai anjing menyalak di ekor (di pantatgajah prb orang yg lemah hendak melawan orang yg berkuasa;

114. bagai anjing tersepit di pagar prb seseorang yg dlm kesusahan serba salah halnya;

115. bangsa anjing kalau biasa makan tahitak dimakandicium ada juga prb orang yg biasa berbuat jahat itu walau bagaimanapun akan teringat juga akan perbuatan yg jahat;

116. bagai disalak anjing bertuah prb tidak dapat bertangguh, permintaan mesti dikabulkan (bkn anak-anak yg tidak dapat ditolak kehendaknya);

117. melepaskan anjing tersepit (sesudah lepas dia menggigitprb menolong orang yg tidak tahu membalas budi;

118. sbg anjing terpanggang ekor prb dikatakan kpd seseorang yg mendapat kesusahan yg amat sangat, sehingga kian ke mari mencari pertolongan;

119. spt anjing berebut tulang prb dikatakan kpd orang tamak yg merebutkan harta;

120. spt anjing berjumpa pasir prb orang yg selalu ria hati kerana mendapat benda yg disukainya;

121. spt anjing beroleh bangkai prb dikatakan kpd orang tamak yg mendapat sesuatu dgn mudahnya;

122. spt anjing dgn kucing prb ibarat orang yg selalu berbantah;

123. spt anjing kedahuluan prb Mn seseorang yg didahului oleh orang yg lebih mulia (kaya) dlm hal meminang gadis dll;

124. spt anjing kepala busuk prb orang yg telah diketahui kejahatannya, ke mana ia pergi dihinakan orang juga;

125. spt anjing lapar mendapat tulangdaging segumpal dan sekeping apam prb orang yg melakukan sesuatu kebajikan hanya kerana mengharapkan keuntungan;

126. spt anjing menggonggong bangkai prb dikatakan kpd orang laki-laki yg membawa perempuan jahat;

127. spt anjing menggonggong tulang prb orang tamak yg hendak memiliki harta orang, akhirnya harta sendiri yg habis;

128. umpama anjing makan muntahnya prb orang yg tamak itu tidak membezakan yg baik dgn yg jahat.

129. laksana antah melukut (lemukut), lapar sangat baru berguna prb barang sesuatu yg tidak berharga dan kurang baik berguna juga dlm masa kekurangan;

130. tidak tahu antah terkunyah prb tidak berasa bahawa telah melakukan sesuatu yg tidak patut.

131. antan patah lesung hilang prb tertimpa berbagai-bagai kecelakaan (kesusahan);

132. bagai antan pencungkil duri canggung spt antan dicungkilkan duri prb melakukan pekerjaan yg sia-sia;

133. bertelingkah antan di lesungayam juga yg kenyang prb berselisih antara dua saudara tentang sesuatu, orang lain yg beruntung;

134. bertelingkah bagai antan di lesung prb orang yg sama sepekerjaan itu, jikalau bersalahan dan berkecil hati, jadi rosaklah pekerjaannya.

135. api itu pd tatkala kecil jadi kawan apabila besar jadi lawan prb kejahatan yg kecil itu hendaklah lekas diperbaiki sebelum berbahaya;

136. api kecil baik padam prb kejahatan itu harus diperangi semasa kecil;

137. api padam puntung berasap prb perkara yg telah selesai tetapi timbul kembali;

138. api padam puntung hanyut prb Mn perkara yg sudah putus tidak ada sambungannya lagi;

139. bagai api dgn asap prb tidak dapat dipisahkan;

140. bagai rabuk dgn apiasal berdekat menyalalah ia prb dikatakan kpd dua orang yg sentiasa berbantahan;

141. bermain api latur (letupprb barang siapa yg melakukan kejahatan, akan kena akibatnya kelak;

142. bersuluh menjemput (mintaapi prb bertanyakan sesuatu yg diketahui;

143. di mana api berpupukdi situlah asap keluar prb setiap kejadian itu tentu meninggalkan bekasnya;

144. di mana api padamdi situlah puntung tercampakdi mana periuk pecahdisitulah tembikar tinggal prb di mana kita mati, di situlah dikuburkan;

145. kalau tak ada apimasakan ada asap prb tentu ada sebabnya terjadi sesuatu hal;

146. meletakkan api di bumbungan prb sengaja mencari bahaya;

147. spt api makan lalang keringtiada dapat dipadamkan lagi prb suatu marabahaya yg berlaku pd orang yg lemah, tidak berdaya menolaknya;

148. spt api makan (dalamsekam prb sesuatu yg berlaku dgn diam-diam;

149. spt meniup api di atas air prb melakukan pekerjaan yg hampir tidak memberi harapan akan berhasil;

150. spt rabuk dgn api prb dua orang yg bertujuan sama dlm suatu perkara hanya menanti peluang yg baik saja lagi utk dikerjakan;

151. sudah ke tengah makan api prb Mn suatu perselisihan yg susah didamaikan;

152. laksana apung dipermainkan ombak prb peri kesusahan anak dagang yg miskin di rantau orang;

153. darah yg terapung di atas air; terapung tak hanyutterendam tak basah prb tidak ada keputusannya (mengenai sesuatu perkara);

154. terapung sama hanyutterendam sama basah prb kesenangan atau kesusahan bersama-sama ditanggung;

155. asal (untungsabut terapungasal (untungbatu tenggelam prb kalau nasib baik selamat, kalau nasib malang celaka;

156. bagai menanti ara hanyut prb menanti sesuatu yg mungkin datang tetapi lambat, ataupun yg tidak datang-datang;

157. menanti ara tidak bergetah prb mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin dapat;

158. pinjam (hutangkayu ara prb jikalau meminjamkan wang kpd orang besar jangan diharap akan kembali;

159. tinggi kayu ara dilangkahirendah bilang-bilang diselodoki prb melakukan sesuatu hendaklah menurut patutnya, walaupun kadang-kadang ganjil pd perasaan.

160. arak tidak berlari prb perbuatan bersama-sama yg menggirangkan hati tidak perlu diburu-burukan;

161. elok arak di hari panas prb orang yg sukacita kalau beruntung, sebab maksud tercapai;

162. arang di kening arang di muka prb mendapat malu;

163. arang habis besi binasa prb pekerjaan yg tidak membawa hasil sedikit pun;

164. arang itu jikalau dibasuh dgn air mawar sekalipun tiada akan putih prb orang yg bertabiat jahat itu, walau bagaimanapun tidak akan hilang perangainya;

165. berkerat rotanberpatah arang prb perselisihan yg tidak dapat diperbaiki lagi;

166. bintang di langit dapat dibilang tetapi tak sedar di mukanya arang prb orang yg suka menegur kesalahan orang, tetapi kesalahan sendiri yg lebih besar tidak disedari;

167. jika tiada tersapu arang di mukadrpd hidup baiklah mati prb lebih baik mati drpd hidup menanggung malu;

168. kalah jadi abumenang jadi arang prb kalah atau menang sama akibatnya (akan menanggung rugi);

169. membasuhkan arang yg terconteng di muka prb menghilangkan malu;

170. terpijak benang aranghitam tapak prb perbuatan jahat, jahat akibatnya;

171. asal ada kecil pun jadi (pada) prb kalau tidak ada banyak, sedikit pun cukup (memadai);

172. asal ayam pulang ke lumbungasal itik pulang ke pelimbahan prb tabiat orang tidak akan berubah;

173. asal berisi tembolok senang hati prb apabila cukup makan atau pakai, senanglah hati;

174. asal ditugal adalah benih prb janganlah disusahkan tidak ada pertolongan asal dimulai dahulu pekerjaan;

175. usul menunjukkan asal prb kelakuan (budi bahasa) orang menunjukkan asalnya (keturunannya);

176. usul-usulasal-asalasal jangan ditinggalkan prb dlm segala hal, haruslah ditilik puncanya;

177. belum dipanjat asap kemenyan prb belum berkahwin;

178. menggantang asap (mengukir langit) prb a) melakukan perbuatan yg sia-sia; b) berangan-angan (akan sesuatu yg tidak mungkin dicapai);

179. belakang parang sekalipun jika diasah tajam juga prb berapa bodoh pun orang kalau selalu diajar akan pandai juga;

180. asal ada kecil pun jadi (pada) prb kalau tidak ada banyak, sedikit pun cukup (memadai);

181. asal ayam pulang ke lumbungasal itik pulang ke pelimbahan prb tabiat orang tidak akan berubah;

182. asal berisi tembolok senang hati prb apabila cukup makan atau pakai, senanglah hati;

183. asal ditugal adalah benih prb janganlah disusahkan tidak ada pertolongan asal dimulai dahulu pekerjaan;

184. usul menunjukkan asal prb kelakuan (budi bahasa) orang menunjukkan asalnya (keturunannya);

185. usul-usulasal-asalasal jangan ditinggalkan prb dlm segala hal, haruslah ditilik puncanya;

186. asam di daratikan di laut (= garam di lautasam di gunungbertemu dlmbelanga = laksana garam dgn ~ prb kalau sudah jodoh akan bertemu juga betapa pun jauhnya (jodoh itu tidak dapat ditentukan);

187. sudah seasam dan segaramnya prb sudah tidak ada celanya (pekerjaan, perbuatan);

188. sudah banyak makan asam garam prb sudah banyak pengalaman;

189. belum dipanjat asap kemenyan prb belum berkahwin;

190. menggantang asap (mengukir langit) prb a) melakukan perbuatan yg sia-sia; b) berangan-angan (akan sesuatu yg tidak mungkin dicapai);

191. bagai aur dgn tebing prb dikatakan mengenai orang yg suka bertolong-tolongan;

192. spt aur ditarik songsang prb banyak sangkut-pautnya hingga susah hendak dilaksanakan.

193. ayam baru belajar berkokok prb baru saja cukup umur, baru mencuba hendakkan perempuan;

194. ayam beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makanke hutan jugaperginya prb orang dagang itu bagaimanapun senang di negeri orang, ingat juga akan negerinya sendiri;

195. ayam bertelur di atas padi mati kelaparan prb orang yg menderita kesusahan di tempat yg mewah;

196. ayam ditambat disambar helang, (padi ditanam tumbuh lalangprb untung ygmalang (spt isteri atau tunangan dirampas orang yg berkuasa);

197. ayam hitam terbang malamhinggap di pokok pandanbergeresek ada,rupanya tiada prb kejahatan yg sulit dan diketahui orang tetapi tidak ada bukti yg nyata;

198. ayam itik raja pd tempatnya prb setiap orang itu adalah penting pd tempatnya sendiri;

199. ayam menetaskan telur itikanaknya itu ke air juga suka ditujuinya prb perangai drpd baka yg asal tidak akan berubah juga;

200. ayam putih terbang siang, (hinggap di halamanmalih kpd mata orangbanyakprb perihal pekerjaan yg dilakukan dgn terang dan nyata dan diketahui orang;

201. ayam tak patukitik tak sudu prb dikatakan kpd seseorang yg hina atau sesuatu yg tidak berharga;

202. ayam terlepastangan bau tahi prb dikatakan kpd orang yg mengerjakan perbuatan yg dilarang itu akhirnya mendapat malu;

203. ayam tidur senang dlm rebanmusang yg susah beredar keliling prb orang yg berperasaan dengki, tidak suka melihat orang lain senang;

204. bagai ayam dimakan tungau prb dikatakan kpd orang yg kurus dan pucat kerana kena penyakit;

205. bagai ayam mabuk tahi prb dikatakan kpd orang yg pucat lesi dan lemah kerana sakit;

206. bagai ayam mengarang (mengeramtelur prb keelokan merah muka seseorang perempuan;

207. spt ayamkais pagi makan pagikais petang makan petang prb perihal orang miskin, tidak bekerja keras tidak dapat makan

No comments :

Post a Comment

[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket