PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

16 May 2016

Selamat Hari Guru 2016

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun yang sama 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee ) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.
1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
2. Menarik perhatian ibu bapa , murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
3. Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya.
6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
Tema sambutan Hari Guru 2016 iaitu sambutan bagi kali ke 45 ialah Guru: Pembina Negara Bangsa

Dikesempatan ini, admin ingin berterima kasih kepada semua warga pndidik tidak kira sama ada, guru di Tadika, Pra Sekolah, Sekolah Rendah, Sekolah Menangah, Kolej-kolej, dan di peringkat universiti sekalipun dianggap sebagai warga pendidik. Merekalah yang sangat menyumbang harapan negara untuk maju kehdapan. 
Tanpa mereka sebagai warga pendidik di negara ini, maka tiadalah wujudnya seorang Perdana Menteri, pegawai Polis, Tentera, Bomba, Doktor, Paramedik dan lain-lain lagi jawatan yang ada. 
Admin ingin ucapkan terima kasih dan SELAMAT HARI GURU untuk warga pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra, Batu Pahat, Johor yang telah mendidik serta melahirkan insan yang cemerlang dalam pelajaran dan kerjaya. Jasamu dikenang.
TERIMA KASIH GURU dan SELAMAT HARI GURU kepada semua warga pendidik di negara ini.

No comments :

Post a Comment

[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket