PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

04 October 2016

MUDAHNYA NAK CANTIK DAN SIHAT DENGAN BIJI TEMBIKAI

Buah Tembikai

Buah tembikai bukan sahaja terkenal dengan rasanya yang manis, segar dan mudah disediakan, Ia juga kaya dengan vitamin A dan C,tiada lemak dan tinggi kandungan air serta serat.
Tembikai ini sangat sesuai dijadikan makanan ketika hari panas atau sebagai alas perut sementara menunggu waktu makan.

Ketika menikmati tembikai, apakah kebiasaan yang kita lakukan dengan bijinya? buang atau telan sekali dengan isi?
Sekiranya anda tahu akan khasiat biji tembikai, pasti anda akan merasa kesal kerana memilih untuk membuang biji tembikai berbanding menelannya atau mengunyahnya.
Ini kerana biji tembikai bukan sahaja dapat membantu anda mengekalkan kecantikan kulit anda, turut bermanfaat kesihatan anda. 

Fakta Tentang Biji Tembikai

  • Penuh dengan nutrien termasuk asid lemak, protein,tiamin,niacin, folat dan pelbagai jenis mineral termasuk magnesium, potasium, mangan, zat besi, zink, fosforus dan tembaga.
Tahukah Anda? Di negara Asia dan Timur Tengah, biji tembikai dipanggang dan dimakan sebagai snek atau dicampur dengan salad. Di Nigeria pula, biji tembikai dijadikan antara bahan dalam penyediaan sup.

 Manfaat kepada kesihatan tubuh

  • Mengandungi likopen yang dapat menambahkan seri wajah dan meningkatkan kesuburan lelaki
  • Sumber terbaik vitamin B yang penting dalam mengekalkan kesihatan darah,sistem saraf dan memelihara sistem pertahanan badan
  • Air rebusannya (selama 45 minit) mampu mempercepatkan proses penyembuhan dan menajamkan ingatan
  • Memiliki asid amino lengkap yang dapat membantu serapan kalsium, pembentukan kolagen dan tisu sambungan serta meningkatkan metabolisma, sistem kardiovaskular dan kesihatan seksual
  • Kaya dengan magnesium yang penting dalam memastikan fungsi sihat jantung, mengekalkan tekanan darah normal, menyokong metabolisma dan sintesis protein
  • Sumber tenaga, asid lemak,omega,protein dan kalori yang baik yang dapat membantu masalah kekurangan protein dalam badan. ( 1 cawan biji tembikai = 30g protein )
  • Kandungan minyak tembikai baik untuk penjagaan kulit supaya ia sentiasa gebu dan lembut, bebas daripada masalah jerawat dan masalah penyakit kulit yang lain serta mampu mengelakkan masalah penuaan pramatang
  • Minyaknya juga menjadikan rambut sihat,subur dan berkilat.
Jadi amalkan mengunyah biji tembikai untuk kesihatan dan kecantikan anda.
Ni baru bijinya, isi tembikai juga tak hebat juga manfaatnya, nantikan perkongsian tentangnya di entri mendatang.

No comments :

Post a Comment

[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket