PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

20 January 2017

Bagaimana Cara Menghilangkan Rasa Letih (7 LANGKAH)

Badan kerap berasa penat dan letih bukanlah sesuatu yang biasa untuk orang yang sihat, dan tidak sepatutnya berlaku seperti itu. Oleh itu, jika bada anda berasa letih bukan pada masanya, maka anda mungkin perlu mengubah haya hidup.

Berikut adalah beberapa cadangan yang anda boleh lakukan untuk menghilangkan rasa letih pada badan.

7 Langkah Menghilangkan Rasa Letih

Langkah-langkah berikut tidak disenaraikan mengikut turutan, terpulanglah bagi anda mahu bermula dari mana-mana.

1. Dapatkan Tidur Yang Mencukupi

Tidak mendapat tidur yang mencukupi atau tidur tidak menentu boleh memberikan kesan yang negatif ke atas badan anda. Apabila badan tidak mendapat rehat yang cukup, ia akan menyebabkan sistem badan terganggu dan tidak dapat berfungsi dengan penuh optimum.

2. Jauhi Kafein dan Rokok

Bahan-bahan tersebut secara terbukti boleh mengganggu kitaran tidur anda. Ia boleh menyebabkan anda lebih sukar untuk terlelap.
Kafein sebagai contohnya, boleh meransang sistem saraf untuk kekal aktif. Ia lebih sesuai untuk diambil pada waktu pagi.

3. Pertingkatkan Kualiti Diet

Lebih peka dengan cara pemakanan anda boleh menyumbang kepada kesihatan badan secara total. Banyakkan makan makanan yang berkhasiat. Ambil supplement jika perlu.
Makan makanan yang tinggi kadar antioksida boleh membuang radikal bebas yang terdapat di dalam badan. Fish oil, atau minyak ikan juga sangat digalakkan untuk meningkatkan kadar peredaran serta mengurangkan tekanan darah.

4. Banyakkan Minum Air Masak

Air sangat penting untuk sistem badan. Anda boleh tahan lama tanpa makanan, tetapi tidak kalau air. Dengan pengambilan air, ia boleh memperbaiki sistem badan kita, menstabilkan bendalir di dalam badan.

5. Kawal Stress/Tekanan Diri

Stress atau tekanan boleh memberikan impak kepada emosi dan fizikal. Ia boleh memberikan kesan ke atas metabolisma badan. Sebelum anda masuk tidur, pastikan anda menghilangkan sebarang keresahan dan tekanan, agar ia tidak mengganggu tidur.

6. Bersenam

Kesihatan badan sangat bergantung kepada senaman dan pergerakan fizikal. Untuk kekal sihat dan bermaya, anda perlulah bersenam, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30 minit setiap sesi.

7. Dapatkan Nasihat Doktor

Kalau anda sudah melakukan semua perkara di atas tetapi tidak membantu, maka sudah tiba masa untuk berjumpa dengan doktor dan nyatakan masalah. Doktor mungkin boleh mencadangkan anda beberapa ubat atau menyarankan sesuatu yang lebih spesifik.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kerap rasa penat dan letih ini bukanlah sesuatu yang biasa berlaku pada orang yang sihat. Maka, jika anda mendapati badan cepat lesu dan tidak bermaya, maka ia mesti berkait dengan tahap kesihatan anda.
Oleh itu, pastikan anda mengamalkan gaya hidup yang sihat dan jauhi amalan yang merosakkan badan seperti merokok dan sebagainya. Jadilah orang yang bijak.
Harap artikel ini membantu anda untuk menghilangkan rasa letih, sekiranya ya silalah kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga agar mereka turut mendapat manfaat.
Sekian~

No comments :

Post a Comment

[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket