PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

17 February 2017

6 Langkah Jauhi Jangkitan Kuman & Bakteria

Kuman dan bakteria boleh membawa kepada pelbagai jenis penyakit kepada kita semua, terutama bagi orang yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.

Oleh itu, sekiranya anda adalah orang yang mementingkan kesihatan dan tidak suka sakit, maka perlulah tahu bagaimana untuk jauhi jangkitan kuman dan bakteria tersebut.
Artikel kali ini akan menyenaraikan 6 langkah yang anda boleh ikuti untuk mencegah kuman.

Langkah-Langkah Jauhi Jangkitan Kuman

Ikuti beberapa langkah yang boleh diambil jika mahu menjauhi sebarang jangkitan kuma berjangkit.

1. Mandi Selepas Berjumpa Orang Sakit

Selepas berjumpa atau melawat orang yang sakit (terutama penyakit berjangkit), adalah terbaik jika kita mandi. Hal ini kerana untuk menghilangkan semua kuman dan bakteria yang mungkin melekat pada badan kita.
Gunakan sabun antibakteria seperti Dettol. Namun begitu, anda tidak perlu mandi jika anda berjumpa/melawat orang yang mengalami penyakit tidak berjangkit seperti migrain atau kanser.

2. Jangan Guna Sudu Garpu Orang Sakit

Elakkan makan makanan yang sudah disentuh oleh pesakit. Sebarang peralatan seperti sudu, garpu, cawan dan pinggan juga perlulah dielakkan.

3. Gunakan Wipes

Kerapkan membawa dan menggunakan wipes semasa berada di luar. Pilihlah wipes yang antibakteria kerana ia mudah dan senang untuk digunakan.
Sapu tangan anda semasa berada di luar rumah, terutama selepas bersalaman dengan orang lain. Atau, menyapu stering kereta dan sebagainya. Apa sahaja yang anda sentuh, dan berapa curiga, terus gunakan wipes.
Ini termasuklah tray supermarket, sapunya sebelum menggunakannya. Sebab sudah beribu orang memegangnya, dan kita tidak tahu apa yang sudah melekat padanya.

4. Tandas Awam

Setiap tandas akan menyediakan tisu tambahan di luar, oleh itu sebelum memasuki mana-mana tandas, ambil tisu di luar sebagai satu tambahan.
Untuk membuka pintu dan flush, anda disarankan untuk menggunakan tisu yang diambil tadi. Elakkan daripada menyentuh mana-mana bahagian tandas awam, kita tidak tahu berapa banyak kuman yang terdapat padanya.
Jika anda menggunakan tandas duduk, lapikkan tisu tambahan di atas seat tandas itu, sebagai alas.

5. Kerapkan Membasuh Tangan

Kuman dan bakteria tidak boleh masuk ke dalam badan melalui kulit. Namun, ia boleh melalui luka-luka, mulut, mata, hidung dan telinga. Oleh sebab itu, anda sangat disarankan untuk membasuh tangan terlebih dahulu sebelum menyentuh makanan.
Basuh tangan pula, hendaklah menggunakan sabun agar bakteria boleh dihapuskan.

6. Pakai Mask

Pemakaian mask bukan sahaja untuk orang yang sakit. Bahkan orang yang ingin menjauhi daripada dijangkiti kuman juga digalakkan untuk memakainya.

Amaran

Beramah mesra dengan orang lain. Ingin jaga kebersihan diri dan elak bakteria tidak menjadi alasan bagi anda untuk tidak bersalam atau berjumpa dengan orang lain.

Kesimpulan

Jauhi jangkitan kuman dan bakteria senang sahaja untuk dilakukan, cuma ia perlukan disiplin dan komitmen. Percayalah mencegah itu jauh lebih baik daripada merawat.
Harap artikel ini membantu anda, sila kongsikan artikel ini di laman sosial pilihan anda agar orang lain juga boleh mendapat manfaat.
Sekian~

No comments :

Post a Comment

[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket