PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

24 March 2017

11 Khasiat dan Manfaat Buah Pisang Kepada Kesihatan

Buah pisang sangat berkhasiat dan sedap. Ia mengandungi beberapa nutrisi yang sangat penting untuk badan – penghadaman, kardiovaskular dan mampu mengurangkan berat badan.

Artikel kali ini akan membincangkan 11 khasiat dan manfaat buah pisang untuk dinikmati oleh semua peringkat umur.

Khasiat + Manfaat Buah Pisang Ke Atas Kesihatan

Berikut adalah di antara manfaat buah pisang ke atas kesihatan anda jika anda mengamalkannya mulai hari ini.

1. Pisang Banyak Nutrisi Penting

Buah pisang merupakan buah popular di dunia ini. Ia senang untuk didapati di seluruh pelusuk dunia, murah, senang ditanam dan senang untuk dimakan.
Buah ini berasal dari Asia Tenggara, ia mempunyai banyak variasi dan jenis – warna, saiz dan bentuk. Yang paling biasa ditemui adalah berwarna kuning.
Pisang mempunyai kadar serat yang sangat tinggi, serta antioksida. Satu buah pisang yang bersaiz sederhana (118g) boleh mengandungi:
  • Potassium: 9% dari KH
  • Vitamin B6: 33% dari KH
  • Vitamin C: 11% dari KH
  • Magnesium: 8% dari KH
  • Copper: 10% dari KH
  • Manganese: 14% dari KH
  • Karbohidrat: 24 gram
  • Serat: 3.1 gram
  • Protein: 1.3 gram
  • Lemak: 0.4 gram
*KH – keperluan harian
Setiap buah pisang mengandungi 105 kalori sahaja. Karbohidrat yang terkandung semasa buah ini masak adalah kanji, tetapi apabila sudah masak, kanji itu tadi akan bertukar kepada gula (glukosa, fruktosa dan sukrosa)

2. Pisang Boleh Menstabilkan Kadar Gula Dalam Darah

Buah pisang sangat kaya dengan serat yang dikenali sebagai pektin, yang memberikan bentuk dan strukturnya.
Pisang yang tidak masak mengandungi kanji tahan (resistant starch), yang mana bertindak sebagai serat larut dan tidak dicerna.
Kedua-dua pektin dan kanji ini boleh menstabilkan kadar gula dalam darah selepas makan, dan mengurangkan rasa lapar dengan melambatkan pengosongan perut.
Pada masa yang sama, bagi orang yang menghidap kencing manis, tidak digalakkan untuk memakan buah pisang dalam kadar yang banyak.

3. Pisang Boleh Memperbaiki Sistem Penghadaman

Serat yang terdapat di dalam buah pisang boleh memperbaiki sistem penghadaman.pisang membantu sistem pencernaan
Pisang yang bersaiz sederhana mengandungi 3 gram serat, menjadikannya satu sumber serat yang baik.
Buah pisang secara umumnya mengandungi 2 jenis serat:
Pektin: Berkurangan semasa pisang masak
Kanji: Didapati di dalam pisang belum masak
Kanji ini tidak dicerna dan akan berakhir di usus besar, di mana ia menjadi makanan kepada bakteria baik di dalam usus besar. Perkara ini boleh memudahkan anda membuang air besar, lawas orang cakap.
Tambahan lagi, kajian ada mencadangkan bahawa pektin boleh membantu kita mencegah daripada kanser kolon.

4. Buah Pisang Boleh Membantu Mengurangkan Berat Badan

Tiada kajian khusus yang dijalankan berkaitan kesan pemakanan pisang ke atas berat badan. Namun begitu, buah pisang mengandungi beberapa kelebihan yang membuatkannya sesuai untuk diet.
Pertama sekali, pisang mengandungi kalori yang sangat rendah. Secara purata, ia hanya mengandungi 100 kalori, dan masih berkhasiat dan mengenyangkan.
Kedua, pisang tinngi serat. Pengambilan serat yang banyak dari buah dan sayuran telah dikaitkan dengan penurunan berat badan.
Tambahan lagi, buah pisang separat masak penuh dengan kanji, ia memberikan rasa kenyang dan mengurangkan rasa cepat lapar.

5. Pisang Boleh Menyokong Kesihatan Jantung

Potassium merupakan mineral yang sangat penting untuk kesihatan jantung, terutama dalam mengawal kadar tekanan darah.
Walaupun begitu, masih ramai yang tidak mendapat kadar potassium yang mencukupi dalam diet dan pemakanan harian mereka.
Buah pisang ini pula, tinggi kandungan potassiumnya. Satu buah pisang bersaiz sederhana (118 gram) mengandungi 9% dari keperluan harian.
Pemakanan yang tinggi potassium boleh mengurangkan kadar tekanan darah, dan orang yang makan banyak potassium boleh mengurangkan risiko sakit jantung sebanyak 27%.
Pada masa yang sama, buah pisang juga mengandungi kadar magnesium yang agak banyak. Mineral ini juga memainkan peranan di dalam kesihatan jantung.

6. Buah Pisang Mempunyai Antioksida

Seperti kebanyakan buah dan sayuran, pisang juga mengandungi kadar antioksida yang tinggi – dopamine dan catechins.
Antioksida ini sering kali dikaitkan dengan kebaikan kesihatan, seperti mengurangkan masalah jantung.
Apa yang sering orang salah faham adalah dopamine, yang dikatakan bahawa boleh bertindak sebagai peransang penghasilan bahan kimia (rasa sedap) di otak.
Namun, pada hakikatnya, dopamine yang terdapat di dalam buah pisang tidak mendatangkan masalah itu. Ia hanya sekadar bertindak sebagai satu antioksida yang kuat –bukannya mengubah hormon atau mood.

7. Membantu Anda Berasa Kenyang

Kanji yang terdapat di dalam buah pisang merupakan sejenis karbohidrat yang tidak boleh dicerna. Ia berfungsi sebagai serat larut di dalam badan.
Semakin hijau buah pisang itu, semakin tinggi kadar kanji ini. Bagi buah pisang yang kuning pula, ia kurang kandungan kanji, tetapi tinggi kadar serat larut.
Kedua-dua pektin dan kanji telah terbukti boleh mengurangkan rasa lapar, pada masa yang sama boleh membuatkan kita rasa kenyang dengan lebih lama.

8. Pisang Belum Masak Boleh Meningkatkan Sensitiviti Insulin

Insulin resistance merupakan salah satu faktor risiko kepada penyakit diabetes (kencing manis), terutama tahap 2.
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa 15-30 gram kanji dari pisang setiap hari boleh memperbaiki sensitiviti insulin sebanyak 33-50%, dalam jangka masa sebulan.
Buah pisang yang belum masak adalah sumber terbaik kanji ini (resistant starch), dan ia boleh membantu meningkatkan sensitiviti insulin.

9. Pisang Boleh Memperbaiki Kesihatan Buah Pinggang

Potassium merupakan mineral yang penting untuk mengawal tekanan darah dan menjamin kesihatan buah pinggang.
Satu kajian ke atas wanita menunjukkan bahawa dalam jangka masa 13 tahun, orang yang makan 2-3 buah pisang seminggu boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit buah pinggang sebanyak 33%.
Kajian yang lain pula mendapati bahawa orang yang makan buah pisang 4-6 sekali seminggu boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit buah pinggang sebanyak 50%, berbanding dengan orang yang tidak mengamalknannya.

10. Buah Pisang Boleh Membantu Senaman

Buah pisang sering dikaitkan sebagai buah yang sesuai untuk orang bersukan dan para atlet.buah pisang dan senamanHal ini kerana kadar mineral yang tinggi dan karbohidrat yang senang dicerna.
Pengamalan memakan buah pisang boleh membantu mengurangkan kekejangan otot dan kesakitan, yang biasa dialami oleh orang yang bersukan.
Kekejangan berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan elektrolit dan kekurangan air di dalam badan (dehidrat).
Walaupun begitu, kajian mendapati beberapa hasil yang bercanggah berkaitan dengan pisang dan kekajangan otot. Ada yang mendapat hasil, dan ada juga yang tidak mendapat apa-apa kesan.
Apa-apa pun, buah pisang membekalkan nutrisi yang banyak sebelum dan selepas melakukan senaman.

11. Buah Pisang Senang Untuk Dimakan

Bukan sahaja buah pisang ini sangat berkhasiat kepada badan, malah ia juga senang untuk dimakan dan dijadikan snek.
Buah pisang sesuai dimakan semasa sarapan, dijadikan smoothie ataupun jus. Ia juga boleh dijadikan sebagai kek atau jemput-jemput.

Kesimpulan

Secara ringkas dan padat, khasiat pisang ini sangat banyak. Bukan itu sahaja, ia juga boleh dimakan dengan mudah serta sesuai untuk semua peringkat umur.
Harap artikel ini mendedahkan kebanyakan manfaat buah pisang kepada anda. Sila kongsikan artikel ini di media sosial kegemaran anda agar orang lain juga mendapat manfaat.


Sekian~

No comments :

Post a Comment

[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket