PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

01 September 2017

3 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Sakit Belakang

Sakit belakang merupakan satu penyakit yang tidak asing lagi bagi golongan tua. Kebiasaannya, orang yang selalu mengangkat barangan yang berat dan orang yang kurang bersenam akan mendapat penyakit ini.

Majoriti orang akan mendapat penyakit ini walaupun sekali. Jadi tidak perlulah terlalu bimbang dan risau sekiranya anda tiba-tiba merasakan sakit belakang, terutama yang masih belum pernah merasakannya.

Perkara #1: 5 Punca Masalah Sakit Belakang

Sakit belakang boleh disebabkan oleh 3 perkara, iaitu penyakit belakang badan, masalah sakit puan, dan faktor dari bahagian badan yang lain. Secara terperinci dinyatakan di bawah:

Punca 1 : Masalah Pergerakan

Masalah pergerakan ataupun masalah mekanikal badan boleh dikesan sekiranya anda merasakan kesakitan apabila melakukan pergerakan yang melibatkan tulang belakang.
Pergerakan tersebut boleh merangkumi semasa anda berbongkok, semasa mengangkat barang yang berat dan selainnya. Kebiasannya masalah ini berlaku disebabkan tulang belakang anda sudah haus ataupun tulang belakang anda sudah tua.
Apabila ini berlaku, cakera (disc) yang menyambung tulang-tulang belakang akan hilang keberkesanan dan hilang fleksibel. Hal ini membawa kepada masalah sakit belakang sekiranya anda melakukan pergerakan yang berat dan kuat.

Punca 2 : Kecederaan

Kecederaan tulang belakang seperti terseliuh dan tulang patah boleh menyebabkan sakit belakang sama ada bersifat sementara atau kronik.
Terseliuh boleh berlaku sekiranya ligamen berpusing atau mengangkat secara tidak wajar. Vertebra yang patah sering daripada osteoporosis, satu keadaan yang menyebabkan lemah, tulang poros. Kurang biasa, sakit belakang boleh disebabkan oleh kecederaan yang lebih teruk akibat daripada kemalangan dan jatuh.

Punca 3 : Penyakit

Terdapat banyak masalah medikal boleh menyebabkan atau menyumbang kepada masalah sakit belakang. Ini termasuklah :
1. Scoliosis – Ini menyebabkan lengkunan kepada tulang belakang, biasanya mengakibatkan rasa sakit sehinggalah seseorang yang mengalaminya tua),
2. Spondylolisthesis – Ini merangkumi pelbagai jenis arthritis, (termasuklah osteoarthritis, rheumatoid arthritis, dan ankylosing spondylitis)
3. Spinal stenosis – Ini berlaku kerana tulang belakang yang membengkok dan memberikan tekanan kepada tulang belakang dan urat.
4. Endometriosis – satu kondisi di mana pembentukan tisu uterine yang berlaku di luar uterus.
5. Fibromyalgia – keletihan, kelemahan dan kesakitan pada otot badan.
6. Semasa dan selepas seseorang mengandung.
7. Penghidap batu karang, ataupun mengalami jangkitan semasa menghidapinya.
Masalah vertebrata selalunya berlaku kerana pesakit mempunyai osteoporosis, (kondisi yang menyebabkan tulang lemah dan rapuh). Walaupun osteoporosis tidak menyebabkan kesakitan, ia boleh memberikan kerapuhan yang teruk kepada tulang belakang.
Namun, sakit belakang jarang disebabkan oleh jatuh dari tempat yang tinggi ataupun kecederaan dari kemalangan.

Punca 4 : Jangkitan dan Barah

Walaupun punca ini bukanlah penyebab utama kepada masalah sakit belakang, namun jangkitan boleh menyebabkan rasa sakit jika melibatkan vertebrae, osteomyelitis, ataupun apaibla melibatkan disc di antara vertebrae (discitis).
Barah, juga diaggap jarang menyebabkan sakit belakang. Hal ini kerana barah jarang bermula dari belakang badan, selalunya bermula dengan organ-organ dalaman. Sekiranya berlaku barah pada tulang belakang, ia ada kemungkinan disebabkan barah yang bermula dari bahagian badan yang lain.

Punca 5 : Tekanan diri (Stress)

Walaupun sakit belakang sering kali dikaitkan dengan masalah fizikal, perlu diingat juga bahawa emosi dan tekanan jiwa boleh mengakibatkan sakit belakang, dan menentukan berapa lama ia akan bertahan.
Tekanan diri boleh memberikan kesan yang negatif kepada badan, termasuklah menyebabkan otot belakang menjadi tegang dan menyakitkan. Sekiranya tekanan diri anda tidak di atasi dengan betul, ia boleh berlarutan. Selain itu, insomnia dan kurang tidur juga boleh mengakibatkan sakit belakang.

Perkara #2: 6 Cara Mengesan Masalah Sakit Belakang

Terdapat beberapa cara di mana anda boleh mengesan dan menentukan jenis sakit belakang yang anda alami. Berikut adalah senarai cara-cara tersebut:
1. Pemeriksaan urin ataupun air kencing.
2. Ultrasonografi kepada abdomen dan pelvis.
3. Melakukan sinaran-x (x-ray) pada bahagian lumbar dan sacral.
4. Melakukan imbasan MRI pada tulang belakang.
5. Melakukan imbasan CT pada abdomen dan bahagian pelvic.
6. Melakukan pemeriksaan pada rektum dan prostat.
Sekiranya anda mendapat keputusan yang positif, anda perlu mengambil tindakan segera agar masalah sakit belakang tersebut boleh diatasi sebelum ia menjadi lebih teruk.
Di bawah kami ada menyenaraikan 12 cara mengatasi masalah tersebut.

Perkara #3: 12 Cara Merawat dan Menghilangkan Masalah Sakit Belakang

Dalam senarai ini, kami sediakan cara-cara dan petua untuk menghilangkan dan juga merawat sakit belakang.

1. Kurangkan Baring

Kajian menunjukkan bahawa seseorang yang menghidapi masalah sakit belakang jangka masa yang singkat mengalami kesakitan yang lebih jika mereka tidak kekal aktif dalam kehidupan seharian mereka.
Berdasarkan Mike Flippin, MD, pakar bedah tulang belakang di San Diego menyatakan bahawa sesiapa yang mengalami sakit belakang, perlu bergiat aktif dan kerapkan melakukan pergerakan badan.

2. Banyakkan Senaman

Pergerakan dan senaman boleh membantu perkembangan tulang belakang. Tidak kiralah senaman apa yang anda akan lakukan, bahkan dengan sekadar berjalan bersiar-siar di taman boleh membantu mengurangkan masalah tulang belakang.
Dengan berbuat demikian, anda boleh memperbaiki kedudukan badan, dan bukan hanya dengan duduk untuk jangka masa yang lama.

3. Beraktiviti Dalam Kedudukan Yang Betul

Kebanyakan masalah sakit belakang juga boleh dikaitkan dengan kedudukan yang tidak tepat semasa beraktiviti, ini
merangkumi semasa anda duduk, berdiri, berlari dan mahupun tidur.
Kedudukan yang tidak betul dan tepat dengan pergerakan yang anda lakukan boleh memberikan tekanan yang lebih
kepada tulang belakang. Ini menyebabkan anda merasa kesakitan semasa melakukan perbuatan tersebut. Kesakitan
tersebut boleh memberikan rasa sakit semasa ataupu selepas anda melakukannnya.

4. Dapatkan Nasihat Daripada Pakar

Dapatkan panduan dan senaman yang khusus adalah perkara yang penting sekiranya anda ingin mengatasi masalah sakit belakang yang kronik.
Sakit belakang ini tidak boleh dirawat dengan satu jenis ubat dan senaman. Anda perlu mencari seorang pakar dalam tulang belakang dan mendapatkan nasihat daripada mereka. Minta mereka mencadangkan cara untuk memperbaiki masalah tersebut.

5. Kuatkan Anggota Badan Anda

Mempunyai otot yang kuat boleh membantu anda dalam mengatasi masalah sakit belakang.
Selain itu dengan gabungan tulang belakang yang kuat, juga boleh membantu anda memperbaiki masalah sakit belakang. Dengan hal demikian, anda perlu mengambil makanan yang mempunyai kuantiti protein dan kalsium yang tinggi.

6. Pertingkatkan Tahap Fleksibiliti

Memberikan tekanan yang tinggi kepada badan boleh menyebabkan masalah sakit belakang. Hal ini boleh diatasi dengan anda meningkatkan tahap fleksibiliti badan anda. Dengan ini, badan anda boleh menyesuaikan diri dalam kebanyakan keadaan.
Boleh boleh tingkatkan tahap fleksibiliti badan dengan senaman memanaskan badan, sepertimana yang anda lakukan sebelum melakukan senaman yang berat. Perkara yang perlu dititik beratkan adalah renggangan pada badan anda.

7. Kurangkan Pendakap Badan

Pendakap badan ataupun pendakap otot (braces) boleh menguatkan otot badan anda. Pendakap boleh memberikan tekanan kepada badan seperti mana aktiviti mengangkat berat. Namun jangan terlalu memaksa, kerana boleh menyebabkan masalah lain kepada badan.
Anda boleh memakainya selama 15 minit dan berikan badan anda berehat seketika. Pemakaian yang berpanjangan akan menyebabkan badan anda lemah dan otot juga akan letih.

8. Ais dan Haba

Pad ais dan pad haba boleh melegakan otot semasa bersenam. Para doktor mencadangkan pemakaian pad ais 48 jam setelah mengalami kecederaan dan gantikannya dengan pad haba sejurus selepas itu.
AIS BOLEH MENGURANGKAN RASA SAKIT BELAKANG
Namun begitu, sekiranya terserah kepada anda. Jika anda lebih selesa dengan mana-mana pad, adalah terbaik anda memilihnya. Asalkan kulit dan kawasan yang sakit itu dilingdungi dengan baik.

9. Tidur Dengan Posisi Yang Betul

Dapatkan masa tidur yang cukup adalah penting, sama juga posisi anda tidur. Sekiranya anda tidur dalam posisi yang tidak tepat ataupun tidur diatas tilam yang tidak sesuai boleh menyebabkan sakit belakang.
Sekiranya anda dapati anda mengalami masalah tidur, mungkin beberapa tips ini boleh membantu:
  • Letakkan bantal di bawah buku lali anda. Ini boleh menetapkan posisi anda semasa tidur.
  • Elakkan tidur meniarap kerana boleh memberikan tekanan kepada belakang.

10. Berhenti Merokok

Selain menyebabkan kanser dan memusnahkan paru-paru anda, merokok juga salah satu faktor berlakunya masalah sakit belakang.
Kajian dilakukan oleh Jurnal Perubatan Amerika membuktikan bahawa perokok mempunyai kecenderungan untuk mendapat masalah sakit belakang berbanding dengan bukan perokok.
Nicotin boleh menyebabkan pengecilan urat darah dan menghadkan oksigen kepada tisu-tisu yang memerlukan. Dan ini menyebabkan rasa sakit dalam jangka masa yang lama.

11. Terapi

Emosi dan tekanan juga memainkan peranan dalam masalah sakit belakang. Dengan menjalani terapi, anda boleh meringankan kesakitan sakit belakang. Anda juga boleh merawat masalah ini secara total dengan kaedah dan pendekatan yang betul.

12. Menggunakan Teknik Penenang

Kajian membuktikan bahawa aktiviti seperti meditasi, mengambil nafas panjang, tai chi dan lain-lain boleh membantu menghilangkan sakit belakang.
Jiwa berhubung dengan anggota badan anda, sekiranya fikiran anda sedang bercelaru, ia akan memberikan kesan yang negatif kepada badan anda.

Kesimpulan

Sebagai kata penutup, masalah sakit belakang ini kerap berlaku kepada masyarakt yang tidak mengambil berat kepada kesihatan mereka.
Selain itu, dengan teknologi dan perkembangn pesat dalam dunia sains, kita boleh mengesan masalah sakit belakang tersebut dengan cara yang terbaik dan efektif.
Apa-apa pun, sekiranya anda mempunyai masalah ini, anda perlulah mengambil langkah untuk merawatnya dengan kadar yang segera dan meninggalkan semua perkara yang boleh membawa anda kepada penyakit belakang ini.

No comments :

Post a Comment

[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket