Rabun warna berlaku apabila anda (atau seseorang) tidak boleh melihat warna dengan biasa. Selalunya, orang yang mengalami masalah ini tidak dapat membezakan sesetengah warna, biasanya diantara warna hijau dan merah, kadang-kadang biru.
Di dalam retina mata (sel yang sensitif dengan cahaya), terdapat dua jenis sel yang mengesan cahaya, iaitu rod dan cones.
Rod hanya mengesan cahaya yang terang atau malap, manakala cones mengesan warna (merah, hijau dan biru). Otak kita menggunakan ketiga-tiga warna tersebut untuk memberikan warna yang sebenar.
Masalah mata ini akan berlaku apabila satu atau lebih sel warna cones tidak ada, gagal berfungsi dan sebagainya. Paling teruk adalah apabila ketiga-tiga sel warna tersebut gagal berfungsi, memberikan pesakit hanya dapat melihat dalam “hitam putih”.