PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

20 October 2017

Apakah Itu Rabun Warna dan Bagaimana Atasinya?

Rabun warna berlaku apabila anda (atau seseorang) tidak boleh melihat warna dengan biasa. Selalunya, orang yang mengalami masalah ini tidak dapat membezakan sesetengah warna, biasanya diantara warna hijau dan merah, kadang-kadang biru.
Di dalam retina mata (sel yang sensitif dengan cahaya), terdapat dua jenis sel yang mengesan cahaya, iaitu rod dan cones.

Rod hanya mengesan cahaya yang terang atau malap, manakala cones mengesan warna (merah, hijau dan biru). Otak kita menggunakan ketiga-tiga warna tersebut untuk memberikan warna yang sebenar.
Masalah mata ini akan berlaku apabila satu atau lebih sel warna cones tidak ada, gagal berfungsi dan sebagainya. Paling teruk adalah apabila ketiga-tiga sel warna tersebut gagal berfungsi, memberikan pesakit hanya dapat melihat dalam “hitam putih”.

Rabun warna biasanya dialami sejak kelahiran, tetapi terdapat juga kes di mana ia boleh dialami kemudian dalam kehidupan.

Apakah Simptom Rabun Warna?

Simptom masalah mata ini boleh dikategorikan dari mild hingga severe. Kebanyakan orang yang mengalami simptom mild biasanya tidak mengetahui bahawa mereka rabun warna.
Antara siptom-simpton rabun warna adalah:
1. Sukar melihat warna dan keterangan warna.
2. Kesukaran membezakan warna, terutama warna merah dengan hijau atau biru dengan kuning.

Siapa Yang Berisiko?

Kaum lelaki mempunyai risiko dilahirkan rabun warna lebih tinggi berbanding wanita. Dianggarkan 1/10 daripada lelaki mempunyai masalah ini.
Orang yang mengalami penyakit seperti glaucoma, Alzheimer, Parkinson, leukemia boleh meningkatkan risiko mendapatkannya.

Diagnosis dan Rawatan

Pakar mata (ahli ophthalmologist) boleh melakukan pemeriksaan ringkas sama ada anda mengalami rabun warna atau tidak.
Ujian rabun warna biasanya akan memaparkan anda dengan pattern yang mempunyai banyak dot berwarna. Sekiranya anda tidak mengalami masalah mata ini, anda akan dapat melihat dengan jelas nombor/huruf/bentuk yang dipaparkan di dalam dot warna tersebut. Sekiranya tidak, maka anda mengalami masalah buta warna.
Cuba anda lihat gambar dibawah, sekiranya anda boleh mengetahui apa yang ditulis di dalam bulatan ini, maka anda normal. Sekiranya anda gagal, maka anda mengalami masalah rabun warna:

ujian rabun warna

Mahukan ujian tambahan, sila ke link ini.
Tiada rawatan total kepada masalah penglihatan ini. Dan biasanya masalah ini tidaklah membawa kepada masalah kesihatan yang lain, cuma pesakit akan mengalami sedikit kesukaran dalam menjalani kehidupan mereka, seperti tidak dapat mengambil lesen kenderaan dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, terdapat satu jenis kanta lekap (contact lens) istimewa yang boleh membantu pesakit rabu warna untuk membezakan warna.
Di Malaysia, anda boleh mendapatkan kanta lekap khusus ini dari USJ Optometrist. (Maklumat lanjut, sila baca di bawah.)
kedai cermin mata usj optometriest taipanKanta penglihatan cahaya (color vision lens) boleh didapati sama ada dalam bentuk kanta lekap atau kaca mata yang dipreskripsikan kepada pesakit secara individu. Biasanya kepada yang mengalami masalah seperti dyslexia dan kepada orang yang mengalami masalah rabun warna.
Kanta ini berfungsi dengan mengubah light wavelength dan kadar setiap warna masuk ke dalam mata – membantu mereka untuk melihat warna dengan lebih jelas.
Kanta ini akan membantu pesakit untuk lulus beberapa ujian mata, termasuklah Ishihara Color Vision Test, Farnsworth D-15 Test, Pseudoisochromatic Plate (PIP) Color Vision Test,dan City University Color Vision Test.

No comments :

Post a Comment

[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket