| Peribahasa | Maknanya |
|---|---|
| Ada air, adalah ikan. | Ada negeri tentulah ada rakyatnya. |
| Ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang. | Kasih sayang hanya waktu berhadapan saja, setelah berjauhan lalu dilupakan. |
| Ada angin, ada pokoknya (= pohonnya). | Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya. |
| Ada bangkai, adalah hering. | Ada perempuan jahat, adalah lelaki jahat yang mengunjunginya. |
| Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh. | Di mana juga kita tinggal, akan ada rezeki kita. |
| Ada batang, cendawan tumbuh. | Tiap-tiap negeri ada undang-undang dan adat resamnya masing-masing. |
| Ada beras, taruh dalam padi. | Rahsia hendaklah disimpan baik-baik. |
| Ada biduk, serempu pula. | Tidak puas dengan apa yang sudah dimiliki. |
| Ada bukit, ada paya. | Ada baik, ada jahat; ada miskin, ada kaya. |
| Ada gula, ada semut. | Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul. |
| Ada hari, ada nasi. | Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. |
| Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas. | Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. |
| Ada jarum hendaklah ada benangnya. | Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya. |
| Ada kerak, ada nasi. | Tiap-tiap suatu kejadian itu tentu ada bekasnya. |
| Ada laut, ada perampok. | Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya. |
| Ada nasi di balik kerak. | Masih ada sesuatu yang belum diselesaikan atau belum diperhatikan. |
| Ada nyawa ada rezeki. | Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. |
| Ada padang, ada belalang | Ada negeri tentulah ada rakyatnya. |
| Ada padi masak, adalah pipit. | Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul. |
| Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras. | Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai. |
| Ada padi, segala menjadi. | Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai. |
| Ada pasang surutnya. | Untung dan malang tidak tetap. |
| Ada persembahan ada kurnia. | Berbuat baik dibalas baik. |
| Ada rotan , ada duri. | Dalam kesenangan tentu ada kesusahannya. |
| Ada rupa, ada harga. | Harga barang menurut rupanya (= keadaannya). |
| Ada sampan hendak berenang. | Sengaja bersusah payah. |
| Ada seperti tampaknya apung-apung. | Barang yang dihajati telah ada tetapi belum tentu dapat diambil atau dipakai. |
| Ada sirih hendak makan sepah. | Ada yang baik, hendakkan yang buruk. |
| Ada tangga hendak memanjat tiang. | Berbuat sesuatu dengan tidak menurut aturan. |
| Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas. | Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. |
| Ada ubi ada talas, ada budi ada balas. | Berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat dibalas jahat. |
| Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak . . | Tiap-tiap usaha memerlukan ketabahan dan kerajinan. |
| Adat pulau limburan pasang. . | Adat hidup ialah bantu-membantu, yang kaya membantu yang miskin dan yang berilmu membantu yang bodoh, yang berkuasa melindungi yang lemah. |
| Adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung . . | Segala perbuatan ada adat dan peraturannya masing-masing. betung = Sejenis buluh besar. |
| Adat teluk timbunan kapal (= kapar). (kapar = kayuan yang hanyut di sungai dan sebagainya.) . | Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya. |
| Adat tua menahan ragam. . | Orang tua-tua terpaksalah menahan (menderita) berbagai-bagai godaan yang tak menyenangkan hati kerana perbuatan anak cucunya yang tiada berjalan di atas kebenaran. |
| Adat yang kawi, syarak yang lazim. (kawi = kuat, sakti.). | Adat kebiasaan merupakan undang-undang yang berlaku dalam pergaulan dan hukum-hukum agama merupakan undang-undang negeri yang berjalan seiring. |
| Adat yang menurun, syarak yang mendaki. . | Adat dapat menuju kerendahan dan tidak sanggup menghadapi pergolakan masa, tetapi syarakmenuju ketinggian dan dapat mengatasi segala gerakan yang menentangnya. |
| Agak lebih daripada agih. . | Banyak bicara, sedikit kerja. |
| Agak-agak bertutur malam hari. . | Mesti selalu beringat-ingat ketika memperkatakan sesuatu. |
| Agih-agih kungkang . (kungkang = kera kecil.). | Terlampau murah hati atau suka memberi, hingga menderita kesusahan sendiri. |
| Agung susut, pongah masih. (agung = besar; pongah = angkuh.) . | Kebesaran sudah hilang, tetapi keangkuhannya masih ada juga. |
| Air beriak tanda tak dalam. . | Banyak bercakap tanda tiada berilmu. |
| Air besar sampan tak hanyut. . | Maksud tidak tercapai. |
| Air besar, batu bersibak. (sibak = cerai, menepi.) . | Saudara dan sahabat berpecah-belah apabila timbul perselisihan besar. |
| Air cucuran atap, jatuhnya kepelimbahan. pelimbahan = tempat air yang kotor.. | Sesuatu itu, meskipun sedikit, akan menurut asalnya juga. |
| Air dalam karang menonggok, setanggi campur kemenyan , gula tertumpah pada kanji. (menonggok = melonggok, menimbun.) | Usaha yang berhasil baik. |
| Air dalam terenang. (terenang = tempat air daripada tanah liat.) | Hidup yang tenang dan tenteram. |
| Air dalam, berenang (= berkumbah); air dangkal, bercebok. kumbah = mencuci dalam air.. | Sesuaikanlah perbelanjaan menurut keadaan penghasilan kita. |
| Air di daun keladi (= talas). . | Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. |
| Air di tulang bumbungan, turunnya ke cucur atap. . | Sesuatu itu, meskipun sedikit, akan menurut asalnya juga. |
| Air dicencang tiada putus. . | Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan. |
| Air didih menganak sungai . . | Hiburan yang sangat mewah. |
| Air digenggam tiada tiris. . | Sangat berhati-hati mengeluarkan wang. |
| Air diminum sembiluan. . | Sangat sedih, sehingga tidak enak makan dan minum. sembiluan = rasa pedih seperti dihiris dengan sembilu. |
| Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam . . | Sangat sedih, sehingga tidak enak makan dan minum. |
| Air ditetak tiadakan putus. . | Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan. |
| Air gedang menghanyutkan. (gedang = besar) | Orang yang pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan yang besar-besar. |
| Air jernih, ikannya jinak. . | Negeri yang aman dan teratur, rakyatnya berbudi bahasa. |
| Air keruh, limbat keluar. . | Negeri yang huru-hara, orang jahat mencari keuntungan. |
| Air lalu kubangan tohor. (tohor = dangkal, kering.) . | Penghasilan tidak cukup; habis bulan habis gaji. |
| Air laut hijau siapa celup? . | Kemegahan dan kemewahan tidak payah diheboh-hebohkan. |
| Air mata jatuh ke dalam. . | Berdukacita dengan diam-diam. |
| Air mata jatuh ke perut. . | Berdukacita dengan diam-diam. |
| Air mudik sungai , semua teluk diranai. (ranai = jalani (boleh jadi ranahi). | Orang pemboros berbelanja tanpa perhitungan. . |
| Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut. . | Hendaklah patuh kepada undang-undang negeri yang kita diami. |
| Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa. . | Nasib manusia tidak dapat ditentukan. |
| Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga. . | Jangan ikut campur dalam perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali, kita akan tersisih ke tepi. |
| Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan. . | Membesar-besarkan perkara yang kecil. |
| Air surut kapar hilir bersama, air pasang ia tersangkut. . | Di dalam usaha yang tidak menguntungkan, diajak bersama-sama, dan apabila usaha itu berhasil, ditinggalkan. |
| Air susu dibalas dengan air tuba . . | Kebaikan dibalas dengan kejahatan. |
| Air tawar secawan dituangkan ke dalam laut, takkan dapat menghilangkan masinnya.. | Pertolongan yang sedikit tidak dapat meringankan beban kesengsaraan yang besar. |
| Air tenang menghanyutkan. . | Orang yang pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan yang besar-besar. |
| Air tuba dibalas dengan air susu . . | Kejahatan dibalas dengan kebaikan. |
| Air yang jernih, sayak yang landai. (sayak = tempurung kelapa .) | Segala sesuatu berlaku dengan adil dan benar. |
| Air yang keruh-keruh kerak, alamat buaya di hulunya. (keruh-keruh kerak = tiada jernih.) . | Daripada perkataan dapat dimaklumi niat di dalam hati. |
| Air yang tenang, jangan disangka tiada berbuaya . . | Orang yang diam jangan disangka pengecut. |
| Akal akar berpulas tak patah. . | Orang yang pandai, takkan mudah kalah dalam perdebatan. |
| Akal labah-labah ; di gua buruk suka merakut. (merakut = memasang jaring.) . | Orang jahat yang suka menipu orang. |
| Akal sebagai makan nasi lecek. . | Fikiran seperti anak-anak. |
| Akal tak sekali datang, runding (= fikiran) tak sekali tiba. . | Segala sesuatu tidak selesai sekali gus melainkan beransur-ansur. |
| Akan dijadikan tabuh, singkat; akan dijadikan gendang , berlebih. . | Ilmu pengetahuan yang serba tanggung. |
| Akan memikul tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung. . | Tiada berdaya mengerjakan sesuatu pekerjaan, kerana tiada berilmu atau tidak berwang. |
| Akan mengaji, surat 'lah hilang; akan bertanya, guru 'lah mati. . | Dalam keadaan yang serba salah. |
| Akan pembasuh kaki (= tangan). . | Hadiah kepada orang yang berjasa. |
| Akan surut, air 'lah besar; akan lalu, jalan 'lah semak. . | Dalam keadaan yang serba salah. |
| Akar terjumbai tempat siamang berpegang (= bergantung), dahan mengajur tempat tupai menegun. (jumbai = rumbai; menegun = berhenti sebentar.) . | Daripada keterangan, orang dapat mengetahui salah atau benarnya perbuatan seseorang. |
| Akik disangka batu. (akik = Sejenis batu berwarna.) . | Sesuatu yang menghina. |
| Aku alah engkaulah menang. . | Tidak mahu mengaku kalah. |
| Aku alah, engkau tak menang. . | Orang bodoh yang tak mahu mengakui kekalahannya. |
| Aku nampak olah (= olak), kelibatmu sudah kutahu. (olah = tingkah laku; kelibat = tabiat.) . | Kerana tingkah laku, maksudnya ketahuan. |
| Alah bisa, oleh (= kerana, tegal) biasa. . | Apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya; pengalaman praktis lebih baik daripada teori. |
| Alah di rumpun betung . | Kekalahan yang belum memuaskan hati kepada pihak yang kalah. |
| Alah limau oleh benalu. (benalu = tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di pohon lain.) . | Orang yang lama dialahkan oleh orang yang baru. |
| Alah mahu, bertimbang enggan; cungkil merih akan pembayar. . | Tidak menepati janji dan menentang balik orang yang diberinya janji itu. (merih = pembuluh nafas.) |
| Alah membeli, menang memakai. . | Barang yang baik memang mahal, tetapi dapat lama dipakai. |
| Alah menang tak tahu, bersorak boleh. . | Tidak berpihak ke mana-mana dalam sesuatu perlawanan. |
| Alah pinta dibuat sempena. . | Biar bagaimanapun diharapkan, kalau bukan hak tidaklah diperoleh. |
| Alah sabung, menang sorak. . | Biarpun kalah, tetapi masih tetap tinggi juga cakapnya. |
| Alang berjawab, tepuk berbalas. (alang = pemberian, hadiah.) . | Baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat. |
| Alang dijawat, tepuk dibalas. (alang = pemberian, hadiah.) .. | Baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat. |
| Alang-alang berdakwat , biarlah hitam. (alang-alang = tanggung-tanggung.) . | Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. |
| Alang-alang berminyak, biar licin. . | Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. |
| Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. . | Kalau sudah terlanjur jahat, biarlah diperoleh hasil daripadanya. |
| Alangkan baik (= elok) berbini tua, perut kenyang pengajaran (= pemanja) datang. . | Orang beristeri tua biasanya beroleh kesenangan kerana disayangi oleh isterinya. |
| Alim bagai katak di tepi air. . | Orangnya alim (banyak ilmu) tetapi dia sendiri tidak mendapat faedah daripada ilmunya itu. |
| Alim biasa menghukum syarak . . | Hanya orang yang alim saja yang boleh membuat hukum syarak . |
| Alpa negeri alah, sia-sia hutang tumbuh. . | Alpa dan lalai mengakibatkan bencana. |
| Alu pencungkil duri. . | Tak mungkin dilakukan; pekerjaan yang sia-sia. |
| Alur bertempuh, jalan berturut. . | Dilakukan menurut adat yang biasa. |
| Amak berlela, amak berupa. . | Banyak tabiat, banyak olehnya. (amak = terlalu banyak.) |
| Ambil pati, buangkan ampas. . | Yang baik dipakai, yang tak baik dibuang. |
| Amra disangka kedondong . (Amra = Sejenis mangga.) . | Sesuatu yang baik disangka buruk, hanya kerana melihat rupanya sama dengan yang buruk. |
| Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat. . | Orang yang tidak berilmu tidaklah mungkin mendapat kedudukan baik. |
| Anak ayam kebasahan bulu. . | Gelisah resah; menjijikkan. |
| Anak badak dihambat-hambat. . | Sengaja mencari bahaya (kesukaran dan sebagainya). |
| Anak baik, menantu molek. . | Sangat berbahagia. |
| Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusu i. . | Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. |
| Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusu kan. . | Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. |
| Anak harimau diajar makan daging. . | Orang yang zalim diberi perangsang untuk membuat aniaya. |
| Anak harimau jangan diajak bertampar, ingat-ingat kukunya. . | Jangan mencari musuh dengan orang yang lebih kuat dan lebih persediaan alat senjatanya. |
| Anak harimau jangan dibela pelihara. . | Jangan berbuat baik dengan orang yang suka berbuat jahat. |
| Anak harimau takkan menjadi anak kambing]. . | Orang yang berani takkan penakut. |
| Anak ikan dimakan ikan, tahu makan tahu simpan. . | Jikalau tahu membuat sesuatu kerja, hendaklah tahu menyimpan rahsianya. |
| Anak kambing takkan menjadi anak harimau. . | Orang yang pengecut tetap pengecut. |
| Anak kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking. . | Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. |
| Anak kera di hutan disusu i, anak sendiri di rumah kebuluran. . | Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. |
| Anak kera hendak diajar memanjat. . | Hendak mengajar orang yang sudah ahli. |
| Anak kucing menjadi harimau. . | Orang miskin menjadi kaya, atau rakyat biasa menjabat pangkat tinggi dalam pemerintahan. |
| Anak kuda bulu kasap. . | Anak muda yang riang gembira. bulu |
| Anak kunci jahat, peti derhaka. . | Suami yang jahat, lambat-laun akan ditentang oleh isterinya. |
| Anak monyet di hutan disusu i, anak sendiri di rumah kekeringan. . | Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. |
| Anak orang, anak orang juga. . | Kalau bukan hak kita tidaklah ada gunanya. |
| Anak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng. . | Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. |
| Anak seorang, menantu malim. (malim = ahli agama.) . | Sangat berbahagia. |
| Anak seorang, penaka tidak. (penaka = boleh dipandang sebagai; semisal, seumpama.). | Mempunyai barang hanya sebuah saja. |
| Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang. . | Pendirian yang tidak tetap. |
| Angan lalu, faham tertumbuk. . | Sesuatu hal yang banyak halangannya; kemahuan ada tetapi tidak berdaya. |
| Angan-angan menerawang langit. | Selalu mencita-citakan segala sesuatu yang tinggi. |
| Angan-angan mengikat tubuh. | Besusah hati kerana memikirkan perkara yang bukan-bukan. |
| Angguk enggan, geleng ia. | Lain di mulut, lain di hati. |
| Angguk enggan, geleng mahu, unjuk tidak diberikan. | Lain di mulut, lain di hati. |
| Anggup-anggip bagai rumput di tengah jalan. (anggup-anggip = terkulai-kulai.) | Hidup yang serba susah. |
| Angin berputar, ombak bersabung. | Perkara yang amat sulit. |
| Angin bersiru, kami tahu. | Sudah tahu akan niat seseorang. (bersiru = beralih tujuan.) |
| Angin bersiru, ombak bersabung. | Perkara yang amat sulit. |
| Angin tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam. | Berita-berita yang buruk tak dapat disembunyikan, kelak akan tersiar juga. |
| Angkat batang keluar cacing gelang-gelang. | Berpenat-penat mengerjakan pekerjaan orang yang tinggal terbengkalai, tetapi suatu faedah pun tidak diperoleh daripadanya. |
| Angkuh terbawa, tampan tertinggal. | Baik rupanya, tetapi buruk sikapnya. |
| Angus (hangus) tiada berapi, karam tiada berair. | Menderita kesusahan kerana kematian atau kehilangan kekasih. |
| Anjing bercawat ekor. | Pergi atau menghindar kerana malu dan sebagainya. |
| Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga. | Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. |
| Anjing dengan tahi, tidak makan atau menjilat, tetapi mencium ada juga. | Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. |
| Anjing diberi makan nasi takkan kenyang. | Sia-sia memberi basihat yang baik kepada orang jahat. |
| Anjing ditepuk menjungkit ekor. | Orang hina apabila dihormati, sombonglah jadinya. |
| Anjing galak, babi berani. | Bertemu lawan yang sepadan; berani sama berani, keras sama keras. |
| Anjing itu, kalau dipukul sekalipun, berulang juga ia ke tempat bangkai yang banyak tulang. | Orang yang tamak, sekalipun dikata-katai, namun ia tidak akan malu. |
| Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis. | Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. |
| Anjing kepada orang, raja kepada kita. | Buruk baik anak sendiri juga. |
| Anjing menyalak bukit, takkan runtuh. | Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya. |
| Anjing menyalak di ekor (= dipanjat) gajah. | Orang lemah (hina) mencuba hendak melawan orang yang berkuasa, tentulah perbuatannya itu sia-sia saja. |
| Anjing terpanggang ekor. | Mendapat kesusahan besar sehingga tak tentu tingkah lakunya, meminta pertolongan ke sana ke mari. |
| Anjing tiada bercawat ekor. | Sesuatu yang hina dan tiada berguna. |
| Anjur surut bak bertanam. | Tipu muslimat dalam melakukan pekerjaan. |
| Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras. | Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya. |
| Antan patah, lesung hilang. | Kemalangan yang bertimpa-timpa. |
| Antara dua tengah tiga. | Sakit hampir mati. |
| Apa boleh buat, nasi sedap menjadi tawar. | Susah hati dapat mengubah perangai seseorang. |
| Apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat. | Sudah terlanjur, tak dapat diubah lagi. |
| Apa digaduhkan: pengayuh sama di tangan, perahu sama di air. | Tidak takut menghadapi lawan apabila sama-sama mempunyai kebolehan. |
| Apa guna bunga ditanam, jika tidak diberi kumbang menyerinya. | Apa guna anak perempuan, jika tidak diberi bersuami. |
| Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya. | Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. |
| Apa gunanya merak mengigal di hutan. (mengigal = menegakkan dan membentangkan bulu ekor.) | Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. |
| Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa. | Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. |
| Apa kurang pada belida, sisik ada tulang pun ada. | Cukup mempunyai segala yang diperlukan. |
| Apa payahnya menawakkan (= menaupkan) bibir atas bawah. (menawakkan = menggerakkan.) | Mudah menyebut, tetapi susah mengerjakannya. |
| Apa payahnya menggoyangkan lidah saja. | Banyak janji tetapi tidak ditepati. |
| Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis. | Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. |
| Apa sakit berbini janda, anak tiri boleh disuruh. | Alasan yang berlawanan dengan maksud yang sebenarnya. |
| Apa tampangnya, itulah tumbuhnya. (tampang = benih.) | Hasil sesuatu pekerjaan itu menurut ukuran usaha yang kita kerjakan. |
| Apabila orang miskin menghendaki wang, dia mendapat anak; apabila orang kaya menghendaki anak, dia mendapat wang. | Hasil yang berlawanan dengan keinginan; lain yang dihajati lain yang diperoleh. |
| Apabila tumbuh-nyiur itu patah, tumbuh-nyiur juga akan gantinya. (tumbuh-nyiur = tunas bibit kelapa .) | Ganti yang hilang mestilah yang sama pula. |
| Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku , kalau tidak dibakar. | Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja. |
| Apakah gunanya memasang dian di tengah hari, jika malam alangkah baiknya. | Perkara yang sudah diketahui orang tak perlu diterangkan lagi. |
| Apalagi sawa , ia berkehendakkan ayamlah| | Orang yang suka mencari barang-barang yang digemarinya. |
| Orang yang bertemu dengan barang kesukaannya. | |
| Api dengan air, alangkah bezanya. | Jahat dengan baik amat jauh bezanya. |
| Api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan. | Kejahatan yang sedikit itu hendaklah lekas diperbaiki supaya jangan sampai melarat. |
| Api kecil baik dipadam. | Basmilah kejahatan itu semasa ia kecil lagi. |
| Api makan sekam (= dedak ). | Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. |
| Api nan tak kunjung padam. | Semangat yang hidup selama-lamanya. kunjung = segera, lekas. |
| Api padam puntung berasap. (puntung = sisa kayu api yang dibakar.) | Perkara yang telah putus, tetapi ditimbulkan kembali. |
| Api padam puntung hanyut, kami tidak di situ lagi. | Cerita yang sudah tamat; benar-benar sudah selesai. |
| Apung di tengah lautan; dipukul ombak, sekejap ke tengah sekejap ke tepi. | Orang dagang yang melarat hidupnya. |
| Ara tak bergetah. | Suatu perkara yang mustahil. |
| Arang di dahi (= di kening, di muka). | Mendapat malu. |
| Arang habis besi binasa. | Pekerjaan yang sia-sia. |
| Arang habis binasa, tukang hembus penat saja. | Pekerjaan yang sia-sia. |
| Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih. | Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. |
| Asal ada kecil pun pada. | Kalau tak ada banyak, sedikit pun cukup juga. |
| Asal ayam hendak ke lesung , asal itik hendak ke pelimbahan. | Tabiat orang tak mungkin berubah. |
| Asal ayam pulang ke lumbung, asal itik pulang ke pelimbahan. | Tabiat orang tak mungkin berubah. |
| Asal berinsang ikanlah. | Tidak memilih (pekerjaan, makanan, perempuan dan sebagainya). |
| Asal berisi tembolok senang hati. | Sudah cukup makan dan pakai maka senanglah hati. |
| Asal besi pengapak kayu, asal emas menjadi penduk. | Darjat seseorang dapat ditentukan pada sifat perangainya. penduk = salut sarung keris. |
| Asal ditugal, adalah benih. (tugal = melubangi tanah kebun dengan kayu akan tempat menanam benih.) | Sesuatu usaha tentu ada hasilnya. |
| Asal sabut terapung, asal besi tenggelam. | Untung-untungan; kalau bernasib baik tentu selamat, kalau bernasib malang tentu jatuh. |
| Asal selamat ke seberang, biar bergantung di ekor buaya . | Sangat perlu akan pertolongan, betapa pun jua pertolongan itu akan diterimanya. |
| Asal terbang burunglah, asal berinsang ikanlah. | Tidak memilih (pekerjaan, makanan, perempuan dan sebagainya). |
| Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga. | Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya. |
| Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan. | Tak akan tercapai maksudnya, kalau tak mahu berusaha. |
| Atap rumbia perabung upih, rumah besar berdinding papan. | Barang yang baik dicampurkan dengan barang yang buruk. |
| Aur ditanam betung tumbuh. | Mendapat laba banyak dengan modal yang sedikit. |
| Aus telunjuk mencolek garam . | Hidup dalam kemiskinan. |
| Awak alah gelanggang usai. (usai = lengang.) | Ditimpa kemalangan yang tak dapat diatasi lagi. |
| Awak hendak hilir, ia telah hanyut. | Cita-cita yang telah didahului oleh orang lain. |
| Awak kecil makan hendak banyak, sayap singkat terbang hendak tinggi. | Mengangan-angankan sesuatu yang tidak sepadan dengan kesanggupan diri sendiri. |
| Awak kurus daging menimbun. | Orang kaya yang berpura-pura miskin. |
| Awak menangis diberi pisang. | Bujukan (pujukan) yang tepat. |
| Awak rendah sangkutan tinggi. | Besar belanja daripada pendapatan. |
| Awak sakit daging menimbun. | Orang kaya yang berpura-pura miskin. |
| Awak tikus, hendak menampar kepala kucing . | Melakukan sesuatu yang mustahil. |
| Awak yang celaka, orang yang diumpat. | Dirinya sendiri yang bersalah (kerana kemalangan, kecelakaan, kekalahan dan sebagainya), orang lain pula yang disesalkan. |
| Awak yang payah membelah ruyung, orang lain yang beroleh sagunya. (ruyung = batang pohon enau.) | Orang lain yang bersusah payah, orang lain pula yang mendapat faedahnya. |
| Awal dibuat, akhir diingat. | Sebelum membuat sesuatu pekerjaan hendaklah difikirkan masak-masak supaya selamat pekerjaan itu. |
| Awal dikenal akhir tidak, alamat badan akan rosak. | Orang yang tak berhati-hati lakukan pekerjaannya (yang baiknya saja yang diingat) tentulah akhirnya akan menyesal dan kecewa. |
| Ayam baru belajar berkokok. | Baru cukup umur. |
| Ayam berinduk, sirih berjunjung. | Tiap-tiap yang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan. |
| Ayam berlaga sekandang. | Berkelahi dengan orang serumah. |
| Ayam beroga itu, kalau diberi makan di pinggan emas sekalipun ke hutan juga perginya. (ayam beroga = ayam hutan.) | Bagaimana senangnya di negeri asing, ingat juga kita akan negeri sendiri. |
| Ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan. | Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur. |
| Ayam bertelur di atas padi. | Hidup senang dan mewah. |
| Ayam dapat, musang dapat. | Pencuri tertangkap, barang-barangnya pun tidak hilang. |
| Ayam ditambat disambar elang, padi di tangan tumbuh lalang. | Malang sekali; nasib yang buruk. |
| Ayam hitam terbang malam bertali ijuk, bertambang tanduk, hinggap di kebun rimbun. | Kejahatan (perkara dan sebagainya) yang dilakukan di dalam sulit, sukar diketahui. |
| Ayam itik, raja pada tempatnya. | Tiap-tiap orang ahli dalam urusannya masing-masing. |
| Ayam menang, kampuh (= kampung) tergadai. (kampuh = kain selimut yang dirangkap daripada tiga helai kain.) | Keberuntungan yang tidak ada faedahnya. |
| Ayam pulang ke pautan. | Sudah pada tempatnya. |
| Ayam putih terbang siang, hinggap di halaman, terang kepada mata orang banyak. | Perkara yang nyata mudah ketahuan. |
| Ayam seekor bertambang dua. | Gadis seorang, dua bujang yang ingin. |
| Ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam. | Orang yang telah jatuh melarat itu mungkin akan berubah nasibnya. |
| Ayam tak patuk, itik tak sudu. | Keadaan orang yang hina dalam masyarakat. |
| Ayam terlepas, tangan bau tahi. | Kejahatan yang tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata. |
| Ayam terlepas, tangan tercirit. | Kejahatan yang tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata. |
| Ayam tidur senang di dalam reban, musang yang susah beredar sekeliling. | Tidak senang melihat kebahagiaan orang. |
| Ayam yang tangkas di gelanggang. | Orang yang pandai berkata-kata di dalam majlis. |
No comments :
Post a Comment