PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

22 July 2016

Panduan Umum Menghadapi Peperiksaan

Sebelum menjawab


1. Tidak perlu risau kerana anda telah hampir sampai ke penghujung. Sudah semestinya segala persediaan telah dilakukan.
2. Baca doa sebelum menjawab 
3. Patuhi arahan pengawas peperiksaan.
4. Pastikan tempat duduk seperti kerusi dan meja dalam keadaan baik dan selesa. Jika tidak sila maklumkan kepada pengawas.
5. Pastikan alat tulis anda lengkap. Bawa sekurang-kurangnya 2 batang pen bermata bulat berwarna hitam atau biru. Jangan gunakan pen berwarna selain hitam dan biru.
6. Pastikan anda membawa kad pengenalan dan slip peperiksaan.
7. Tidur awal pada malam peperiksaan. Selesaikan urusan peribadi seperti buang air, sarapan dan sebagainya sebelum masuk ke dalam dewan.
8. Berpakaian kemas (impression kepada pengawas).
9. Jangan bising dan jangan berbual dengan kawan-kawan apabila sudah berada di dalam dewan terutama selepas kertas peperiksaan diedarkan.
10. Jangan bawa sebarang kertas, nota atau catatan ke dalam dewan peperiksaan. Anda mungkin dibenarkan membawa masuk botol air minuman.



Semasa menjawab

1. Baca arahan dengan teliti dan jangan abaikan dengan tidak membaca arahan. Arahan kemungkinan berbeza daripada biasa.
2. Gunakan sebaik-baiknya masa yang diperuntukan. Masa yang diperuntukkan adalah tempoh yang sesuai untuk menjawab semua soalan.
3. Jangan terlalu menumpukan kepada soalan tertentu sahaja sebaliknya bahagikan masa dengan bijak agar soalan lain dapat dijawab.
4. Praktikkan apa yang telah ditunjukkan oleh guru semasa di dalam kelas, jangan buat perubahan pada saat akhir.
5. Walaupun anda boleh keluar awal kerana telah selesai menjawab, anda dinasihatkan supaya berada di dalam dewan sehingga masa tamat kerana apabila anda telah melangkah keluar dewan, anda tidak dibenarkan masuk semula.
6. Tulisan buruk tidak mengapa asalkan bersih dan kemas.
7. Bagi setiap bahagian soalan, gunakan helaian/halaman berasingan. Susun mengikut urutan selepas selesai menjawab jika ada helaian tambahan.
8. Kertas jawapan jangan diikat terlalu ketat, berikan ruang supaya pemeriksa boleh menyelak dengan senang.


Selesai menjawab.

1. Pastikan angka giliran dan no kad pengenalan telah ditulis di skrip jawapan.
2. Pastikan semua jawapan telah diikatkan bersama.
3. Letakkan skrip jawapan dan kertas soalan di atas meja sebagaimana yang diarahkan.
4. Jangan keluar dewan sehingga diarahkan.
5. Jangan berbual atau berbuat bising.
6. Pastikan kad pengenalan dan slip peperiksaan telah disimpan.
7. Sila keluar dewan apabila diarahkan.
8. Anda tidak digalakkan berbincang tentang kertas yang telah lepas, tumpukan kepada kertas yang akan datang.

Selamat berjaya!

No comments :

Post a Comment

[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket