Di dalam kitab suci Al-Quran, istilah ‘khamar’ digunakan bagi semua bahan yang memabukkan atau boleh menghilangkan kewarasan akal fikiran.Oleh yang demikian,dadah boleh dikategorikan sebagai salah satu daripada jenis ‘khamar’.Secara umumnya,dadah bermaksud sebarang bahan kimia yang psikoaktif,samada berbentuk asli atau tiruan,apabila dimasukkan ke dalam tubuh badan secara disuntik,dihidu,dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.Terdapat pelbagai jenis-jenis dadah.Antaranya ialah syabu,ketamin,heroin,ganja,morfin dan kokain.Apabila dibangkitkan isu mengenai dadah sudah tentu remajalah yang selalu dikaitkan dengan gejala ini.Berdasarkan statistik dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK)didapati sejumlah 126,153 orang penagih dadah ditemui sepanjang tahun 2004-2010.Bilangan penagih dadah paling tinggi yang dikesan adalah dalam lingkungan umur 25-34 dan 18-24 tahun.Hal ini jelas membuktikan bahawa betapa seriusnya masalah dadah dalam kalangan remaja.Jika remaja yang merupakan bakal peneraju tampok kepimpinan negara pada masa hadapan ini sendiri tidak mencerminkan akhlak dan contoh yang baik.Siapakah yang akan membela nasib Negara kita pada masa hadapan?
Pelbagai usaha yang boleh dilakukan oleh remaja bagi menangani masalah dadah yang kian berleluasa ini . Antaranya ialah,mendapatkan didikan agama yang secukupnya.Zaman remaja merupakan zaman yang paling manis dalam hidup seseorang manusia.Namun begitu,pelbagai cabaran dan dugaan tetap akan dihadapi oleh setiap remaja dalam menghadapi tahap transisi antara zaman kanak-kanak dengan zaman remaja.Dalam hal ini,didikan agama amatlah penting untuk membimbing mereka menyelesaikan masalah secara positif.Hadis Rasulullah S.A.W ada mengatakan bahawa ‘ilmu tanpa agama adalah buta manakala agama tanpa ilmu adalah lumpuh”.Hadis ini menerangkan kepada kita betapa pentingnya aspek agama dalam kehidupan seseorang dan menekankan bahawa bekal ilmu dari sekolah perlulah diimbangi dengan ajaran agama.Jika remaja mempunyai pegangan agama yang utuh dan teguh ,sudah pasti mereka tidak akan terjebak ke dalam kancah negatif seperti pengambilan pil khayal atau dadah yang akan mengheret mereka ke lembah jenayah.Pegangan agama sudah pasti dapat menjadi benteng yang kukuh untuk menangkis segala anasir-anasir negatif seperti ini dalam kehidupan mereka.Oleh itu,remaja haruslah berpegang teguh dengan ajaran agama untuk menangani masalah dadah.