PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

20 December 2016

13 Khasiat Minyak Ikan (Fish Oil) Kepada Kesihatan [TERBUKTI]

Khasiat minyak ikan, atau fish oil ini banyak, terutama dalam aspek kesihatan. Bahkan minyak ikan digunakan sebagai rawatan kepada penyakit-penyakit termasuklah: masalah jantung, ADHD, keresahan, kolestrol tinggi, masalah perut, athritis, alzheimer, eczema, kencing manis, kanser, imun lemah dan masalah otot.

Pada masa yang sama, ia turut dipercayai boleh membantu orang menguruskan badan, masalah mandul, kecantikan kulit dan meningkatkan tenaga badan.
Kebanyakan khasiat kesihatan fish oil adalah datang dari omega-3 fatty acids, sepertiDocosahexaenoic acid (DHA) dan Eicosapentaenoic acid (EPA).

Kesan Sampingan Kekurangan Omega-3
Kebanyakan masalah kesihatan boleh disebabkan oleh kekurangan omega-3 dan omega-6. Kedua-duanya perlu diambil dengan kadar yang seimbang, jika tidak boleh membawa kepada penyakit.
Salah satu punca utama kekurangan omega-3 adalah terlalu banyak makanan segera berminyak. Jika anda mengalami kekurangan omega-3, ia boleh membawa kepada beberapa masalah kesihatan seperti berikut:
  • Asma/Lelah
  • Masalah jantung
  • Kencing manis
  • Kanser
  • Masalah berat badan

13 Khasiat Minyak Ikan (Fish Oil)

Terdapat banyak khasiat minyak ikan, berikut adalah 13 daripadanya, yang sudahkhasiat minyak ikan fish oildibuktikan secara klinikal dan saintifik.

1. ADHD

Universiti Selatan Australia telah melakukan satu kajian, di mana menggabungkan minyak ikan dengan evening primrose oil bolehmengurangkan simptom ADHD.
Menurut pengkaji, “minyak ikan dipercayai boleh memperbaiki fungsi otak. 60% dari otak adalah daripada lemak, dan perlukan omega-3 dan omega-6. Ini mesti diperoleh melalui pemakanan seperti sayuran hijau, kekacang dan minyak ikan.”

2. Keresahan (Anxiety)

Jurnal Neurosains Eropah menerbitkan satu kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan minyak ikan boleh mengurangkan kesan keresahan dan kemurungan ke atas tikus makmal.
Kesan minyak ikan terbaik jika diambil semasa peringkat pertumbuhan dan perkembangan otak. Oleh itu, para ibu bapa disarankan untuk memberi anak-anak mengambil minyak ikan atau supplement omega-3.

3. Arthritis

Satu kajian yang ingin mengetahui bagaimana kesan daripada mengambil minyak ikan dan minyak biji borage dalam merawat pesakit rheumatoid arthritis.
Didapati bahawa semua kumpulan (1 kumpulan ambil minyak ikan, 1 kumpulan ambil biji borage, dan 1 lagi ambil kedua-duanya), mengalami peningkatan yang sangat baik.

4. Penyakit Alzheimer

Penyakit Alzheimer sangat berkait dengan otak. Dan sudah beberapa tahun kajian dilakukan dengan menggabungkan penggunaan minyak ikan ke atas pesakit Alzheimer. Hasilnya, sangat memberansangkan.
Dimana fatty acis yang terdapat di dalam minyak ikan bukan sahaja boleh memperbaiki sistem saraf, bahkan mencegahnya jika diambil pada masa muda.

5. Kanser

Minyak ikan sudah diyakini mampu mencegah beberapa jenis kanser termasuklah kolon, prostat dan payu dara. Ia bukan sahaja boleh membantu ubatan kanser yang sedia ada, bahkan ianya sendiri boleh mencegah kanser-kanser tersebut.
Menurut satu kajian di Taiwan, menyatakan bahawa EPA dan DHA adalah fatty acid utama dalam minyak ikan yang mengurangkan risiko kanser prostat. Selain itu, kajian di negara Czeh juga mengeluarkan kenyataan bahawa kandungan DHA di dalam minyak ikan boleh mencegah daripada perbentukan kanser kolon.

6. Kemurungan

Satu jurnal neurosains mengeluarkan satu hasil kajian yang melibatkan penggunaan minyak ikan ke atas orang yang mengalami kemurungan (depression).
Hasilnya adalah minyak ikan mengurangkan kadar kemurungan sebanyak 40%, pada masa yang sama meningkatkan kadar asid amino pada bahagian otak.

7. Kencing Manis

Brain Research mengeluarkan satu kajian yang minyak ikan boleh membantu orang yang mengalami masalah kencing manis (diabetes). Hasil kajian tersebut menyimpulkan dua perkara:
Minyak ikan boleh mengurangkan risiko kencing manis dengan memperbaiki defisit kognitif.
Ia boleh mencegah salah satu penyebab kepada kencing manis tahap 2, iaitu tekanan oksidatif.

8. Masalah Mata dan Penglihatan

Minyak ikan boleh mencegah daripada mendapat masalah mata seperti katarak. Satu kajian di Perancis, telah membuktikan bahawa dengan pengambilan EPA dan DHA dari minyak ikan boleh mengurangkan kadar masalah pada penglihatan mata.

9. Masalah Kardiovaskular (Jantung)

Menurut satu kajian yang dilakukan di Belanda, pengambilan minyak ikan boleh mengurangkan risiko daripada mendapat masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung.

10. Kuatkan Imun Badan

Dengan menggabungkan pengambilan minyak ikan dengan antioksida, anda bolehmeningkatkan daya tahan (imun) badan. Dengan ini, badan akan lebih kebal daripada dijangkiti penyakit-penyakit biasa, seperti demam, selesema dan batuk.

11. Kulit

Khasiat yang terdapat di dalam minyak ikan juga boleh memberikan manfaat kepada organ terbesar manusia, iaitu kulit. Disebabkan oleh minyak mengandungi banyak lemak asas, ia boleh menjamin kesihatan kulit dalam banyak keadaan.
Minyak ikan membekalkan lemak kepada kulit dan menyumbang kepada penyerapan vitamin larut lemak (A,D,E,K) – memberikan kulit lebih lembut. Pada masa yang sama, minyak ikan turut dikatakan boleh mencegah kedutan dan melambatkan proses penuaan kulit.
Bahkan satu kajian mendapati bahawa minyak ikan boleh mengurangkan risiko kanser kulit!
Kekurangan EPA dan DHA di dalam diet pemakanan boleh membawa kepada masalah kelemumur, rambut halus, ekzema dan psoriasis

12. Kehamilan – Khasiat Minyak Ikan Untuk Ibu Hamil

Satu kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan minyak ikan (lebih spesifik, omega-3minyak ikan untuk ibu hamil yang terdapat di dalam minyak ikan), boleh meningkatkan kadar kesuburan kepada lelaki dan perempuan. DHA yang terdapat di dalam minyak ikan memainkan peranan yang penting kepada pergerakan dan kesihatan air mani lelaki.
Minyak ikan terbukti boleh meningkatkan kesuburan wanita dengan mengurangkan keradangan, menstabilkan hormon dan mengawal kitaran haid. Selain itu, minyak ikan juga boleh merawat masalah seperti PCOS dan endometriosisyang mana membawa kepada masalah kemandulan.
Pada masa yang sama, minyak ikan sangat berfaedah kepada ibu hamil dan anak kandungannya. Omega-3 dan DHA boleh membantu perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan bayi dalam kandungan. Ia turut dipercayai boleh mengurangkan risiko keguguran.

13. Berat Badan

Satu kajian telah dilakukan ke atas kesan minyak ikan kepada proses penurunan berat badan. Hasilnya menyatakan bahawa orang yang mengambil minyak ikan dan bersenam boleh mengurangkan lemak dengan lebih banyak berbanding dengan orang yang tidak mengambil minyak ikan.

Pengambilan Supplement Minyak Ikan

Terdapat banyak jenis ikan yang digunakan untuk menghasilkan supplement minyak ikan. Antara yang paling biasa adalah: salmon, kod, kembung, sardin, halibut pollock dan ikan hering. Di Malaysia, kita lebih biasa dengan minyak ikan kod.
Semasa pengambilan minyak ikan, pastikan anda mengikut arahan label pada setiap botol.Jangan terlebih ambil. Dan perlu ingat bahawa setiap botol mungkin berbeza-beza cara pengambilannya.
Untuk kebanyakan orang, 1000mg setiap hari sudah cukup untuk setiap hari. Jika anda ingin mendapat semua khasiat minyak ikan yang dinyatakan di atas, bolehlah bermula amalkannya mulai sekarang.

Produk Cadangan

Terdapat banyak pilihan untuk supplement fish oil ini, namun cadangan saya adalah dapatkan daripada syarikat yang besar dan terkemuka, seperti:
  • Blackmores
  • Bio-Life
  • Kordel
  • Appeton (kanak-kanak)
Anda sudah boleh membeli supplement-supplement ini secara online dengan membuat pesanan di Lazada Malaysia. Dari segi harga, anda boleh dapatkan minyak ikan dalam lingkungan harga RM60-RM200 (mengikut kadar kapsul). Mereka juga ada menyediakan fish oil yang sesuai untuk kanak-kanak.

Kesimpulan

Kesimpulannya, minyak ikan mempunyai banyak khasiat, terutama kepada kesihatan. Kandungan omega-3 dan DHA di dalamnya bukan sahaja memperbaiki sistem badan kita bahkan mencegah daripada penyakit-penyakit yang boleh meragut nyawa.
Jika anda ingin mengamalkan pengambilan minyak ikan, inilah masanya!
Harap artikel ini menjawab persoalan anda terhadap khasiat minyak ikan (fish oil). Sila kongsikan artikel ini kepada orang yang tersayang agar mereka juga boleh mendapat manfaat sepertimana anda.
Sekian~

1 comment :

Unknown said...

Tramadol is a pain killer used for the treatment of chronic pains. Chronic pain stays for a longer period of time which makes a person go through a lot of pain. Tramadol helps to overcome chronic pain instantly. This pain medicine can be purchased from Online Pharmacy Pills.
Buy Tramadol Online

Post a Comment

[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket