PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

19 May 2017

7 Khasiat Coklat Hitam Kepada Badan (TERBUKTI)

Coklat hitam ataupun juga dikenali sebagai coklat gelap (dark chocolate) mempunyai banyak khasiat dan nutrisi yang boleh memberikan manfaat kepada kesihatan tubuh badan. 

Coklat hitam yang diperbuat daripada biji koko, merupakan salah satu sumber antioksida yang terbaik di dunia.
Kajian mendapati bahawa coklat hitam boleh meningkatkan kadar kesihatan dan mengurangkan risiko sakit jantung.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda hendaklah membaca artikel khasiat coklat hitam ini secara penuh (#5 sangat menakjubkan).

7 Khasiat Coklat Hitam

1. Coklat Hitam Mempunyai Banyak Nutrisi

Jika anda membeli coklat hitam dengan kandungan koko yang tinggi, sebenarnya ia mempunyai banyak nutrisi.
Ia mengandungi kandungan serat larut yang tinggi dan mempunyai banyak bahan mineral.
100 gram bar coklat hitam yang mengandungi 70-85% kandungan koko sudah mempunyai:
  • Serat
  • Zat Besi
  • Magnesium
  • Copper
  • Manganese
  • Potassium
  • Fosforus
  • Zink
  • Selenium
Asid lemak yang terdapat di dalam coklat hitam juga sangat baik. Lemak tersebut biasanya adalah tepu dan monounsaturated, dengan sedikit kandungan polyunsaturates.
Pada masa yang sama, mengandungi bahan peransang seperti kafein dan theobromine. Tetapi coklat gelap ini tidak membantu anda untuk berjaga malam kerana kandungan kafeinnya terlalu sedikit berbanding kopi.

2. Coklat Hitam Sumber Antioksida Yang Baik

Adakah anda pernah mendengar perkataan ORAC?
ORAC merujuk kepada Oxygen Radical Absorbance Capacity dan ia digunakan untuk mengukur kadar antioksida yang terkandung di dalam sesuatu makanan.
Kebiasaannya, para pengkaji akan meletakkan sedikit radikal bebas ke atas makanan tersebut dan memerhati bagaimana makanan tersebut boleh bertindak balas dengan kandungan radikal bebas itu tadi.
Kaedah ini dipersoalkannya sebenarnya kerana uji kaji dilakukan di dalam tabung uji, dan mungkin tidak sama dalam perut manusia.
Walaupun begitu, perlu tahu bahawa biji koko yang tidak diproses mempunyai kandungan antioksida yang tertinggi berdasarkan kajian ORAC tersebut.
Antioksida tersebut datangnya dari polyphenols, flavanols, catechin dan lain-lain.
Satu kajian menunjukkan bahawa koko dan coklat hitam mengandungi kadar antioksida yang jauh lebih tinggi berbanding buah-buahan yang lain, ini termasuklah blueberry dan acai berries.

3. Coklat Hitam Boleh Meningkatkan Kadar Peredaran Darah dan Mengurangkan Tekanan Darah

Flavanols yang terdapat di dalam coklat hitam boleh meransang endothelium, iaitu lapisan arteri untuk menghasilkan nitric oxide (NO) – sejenis gas.
Salah satu fungsi NO adalah untuk menghantar isyarat ke arteri untuk mengendur, yang mana boleh mengurangkan kadar rintangan peredaran darah – lantas mengurangkan tekanan darah.
Terdapat juga beberapa kes yang menunjukkan bahawa biji koko dan coklat hitam bolehmeningkatkan kadar peredaran darah dan mengurangkan tekanan, tetapi kesannya sangat sedikit.

4. Coklat Hitam Meningkatkan Kadar HDL dan Melindungi LDL Daripada Pengoksidaan

Mengambil coklat hitam boleh mengurangkan beberapa faktor dan risiko kepada sakit/masalah jantung.
Di dalam satu uji kaji yang terkawal, serbuk koko didapati boleh mengurangkan pengoksidaan kolestrol LDL pada lelaki.
Pada masa yang sama, ia boleh meningkatkan kadar HDL.
Pengoksidaan LDL, bermaksud LDL (kolestrol buruk) bertindak balas dengan radikal bebas.
Ini akan membuatkan partikel LDL menjadi aktif dan boleh menjejaskan tisu yang lain, salah satunya menjejaskan lapisan saluran arteri di dalam jantung.
Perkara ini logik kerana koko mengurangkan pengoksidaan LDL.
Selain daripada itu, coklat hitam juga boleh mengurangkan insulin resistance, yang mana salah satu faktor utama kepada masalah jantung dan kencing manis.

5. Coklat Hitam Mengurangkan Risiko Masalah Kardiovaskular

Bahan yang terdapat di dalam coklat hitam didapati boleh mencegah daripada LDL teroksida.
Dalam jangka masa yang panjang, ini boleh mengurangkan kadar kolestrol tersumbat pada arteri – lantas mengurangkan risiko masalah jantung dan penyakit kardiovaskular dalam jangka masa yang panjang.
Dalam satu kajian ke atas 470 lelaki tua, pengambilan koko didapati boleh mengurangkan risiko kardiovaskular sebanyak 50% dalam jangka masa 15 tahun.
Satu kajian yang lain menunjukkan bahawa pengambilan coklat sebanyak 2 atau lebih setiap minggu boleh mengurangkan perbentukan plak pada arteri sebanyak 32%.
Pengambilan coklat hitam ini bukanlah satu kaedah merawat, tetapi lebih kepada mencegah. Walaupun begitu, jangan mengabaikan pemakanan yang sihat yang lain.

6. Coklat Hitam Boleh Melindungi Kulit Dari Matahari

Saya tidak bermaksud anda menjadikan coklat hitam sebagai payung anda, tidak!
Apa yang saya ingin maksudkan adalah, coklat hitam mengandungi bahan bioaktif yang boleh memberikan manfaat kepada kulit anda.
Flavanol boleh melindungi kulit anda daripada kesan cahaya matahari dari dalam kulit. Pada masa yang sama mempertingkatkan kadar peredaran darah ke kulit dan meningkatkan ketumpatan kulit dan hidrasi.
Sekiranya mahu keluar rumah pada musim panas atau tengah hari, berbekalkan coklat hitam.

7. Coklat Hitam Boleh Menguatkan Fungsi Otak

Terakhir sekali, coklat hitam mempunyai rekod untuk meningkatkan daya fikiran dan fungsi otak secara umum.
Satu kajian ke atas seorang sukarelawan yang sihat, menunjukkan bahawa pengambilan koko yang tinggi flavanol selama 5 hari boleh meningkatkan peredaran darah ke otak.
Koko juga didapati boleh meningkatkan fungsi kognitif, terutama bagi orang yang sudah berusia.
Koko mempunyai khasiat ini kerana mengandungi satu jenis bahan peransang seperti kafein dan theobromine, yang menjadi kunci kepada perkembangan dan menjaga fungsi otak.

Info Tambahan

Walaupun khasiat coklat hitam sudah terbukti melalui kajian saintifik dan sokongan sainstidak bermakna anda perlu makannya dengan banyak setiap hari untuk mendapat khasiat-khasiatnya.
Berlebih-lebihan boleh membawa kepada kemudaratan.
Anda juga perlu ingat bahawa coklat ini mengandungi banyak kalori dan senang untuk membawa kepada rasa craving.
Satu lagi, anda perlu ingat bahawa khasiat yang disenaraikan di atas adalah merujuk kepada coklat hitam yang betul-betul asli dan bukannya merujuk kepada kebanyakan dark chocolate bar yang biasa anda jumpa di supermarket.
Sekiranya anda ingin makan coklat hitam, pastikan anda membeli yang ada nyatakan kandungan koko di dalamnya. Sebaik-baik adalah yang mempunyai 70% kandungan coklat.
Coklat hitam biasanya mengandungi gula, tetapi jumlahnya agak kecil dan semakin gelap coklat tersebut, semakin kurang kandungan gula di dalamnya.

Kesimpulan

Khasiat coklat hitam tidak boleh dinafikan kerana ia sudah banyak dibuktikan dari sudut sains.
Walaupun begitu, ia tidak menjadi alasan kepada anda untuk memakan coklat hitam dengan kadar yang berlebihan. Kena ingat bahawa coklat ini boleh memudaratkan kesihatan sekiranya tidak terkawal.
Harap artikel ini membuka minda anda. Sila kongsikan artikel ini kepada orang yang tersayang agar mereka mendapat info ini seperti mana anda.
Sekian~

1 comment :

Nur haura afeeya said...

Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’
πŸ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰

1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼

▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dari kanser.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
………………………………………………………………………....
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
..........................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

Post a Comment

[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket