Panduan Pemilihan Pemakanan Yang Sihat
Biasa kita dengar pemakanan yang sihat, tetapi apa itu pemakanan yang sihat dan apa yang patut kita pilih sebagai pemakanan yang sihat?
Sedikit panduan bagaimana hendak memilih makanan yang dikategorikan sebagai pemakanan yang sihat.
Diet Seimbang
Diet yang seimbang sangat perlu bagi memastikan tubuh berfungsi dengan baik. Makanan yang seimbang seharusnya memberikan tenaga, karbohidrat, protein, vitamin, dan kandungan serat yang mencukupi.
Makanan Asli
Makanan asli bermaksud makanan yang belum mengalami sebarang pemprosesan atau pengawetan.
Makanan ini baik untuk kesihatan kerana kandungan nutriennya adalah lebih banyak berbanding dengan makanan yang sudah diproses ataupun diawet.
Elakkan dari mengambil makanan diproses yang telah ditinkan kerana mengandungi kandungan sodium atau lemak yang tinggi.
Makanan ringan yang dibungkus seperti snek ringan juga harus dielakkan kerana mengandungi kalori yang tinggi.
Makanan Bernutrisi Tinggi
Pilihlah makanan dari setiap kumpulan makanan yang mengandungi karbohidrat, lemak, protein dan vitamin.
Makanan yang mengandungi nutrisi yang tinggi baik untuk kesihatan dan membantu melindungi diri dari sebarang jenis penyakit.
Buah-buahan dan Sayur-sayuran
Selain itu, buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin antaranya A,B,C dan E dan kandungan serat yang tinggi turut menyumbang dalam penjagaan kecantikan dalaman dan luaran.
Pastikan buah-buahan dan sayur-sayuran diambil setiap hari.
Semoga panduan ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam memilih makanan yang sihat.
No comments :
Post a Comment