Kekal sihat sepanjang hayat bukanlah sesuatu yang senang untuk dilakukan. Ia perlukan dedikasi, motivasi, usaha, masa dan dalam sesetengah kes perlukan duit yang banyak.
Namun, sekiranya anda melakukannya dengan betul, ia tidaklah susah sangat pun. Apa yang penting adalah mendapat maklumat yang betul akan sesuatu perkara.
Dalam artikel kali ini, kami akan menyenaraikan 5 petua asas untuk kekal sihat. Mahu sihat? Teruskan membaca.
Petua Kekal Sihat
1. Jangan Masukkan Toksin Ke Dalam Badan
Terdapat banyak unsur luar yang boleh menjejaskan tahap kesihatan kita semua. Bahkan sesetengah daripadanya boleh membawa kepada masalah ketagihan. Ini merujuk kepada rokok, alkohol dan salah guna dadah.