23 June 2017

5 Petua Asas Untuk Kekal Sihat

Kekal sihat sepanjang hayat bukanlah sesuatu yang senang untuk dilakukan. Ia perlukan dedikasi, motivasi, usaha, masa dan dalam sesetengah kes perlukan duit yang banyak.

Namun, sekiranya anda melakukannya dengan betul, ia tidaklah susah sangat pun. Apa yang penting adalah mendapat maklumat yang betul akan sesuatu perkara.
Dalam artikel kali ini, kami akan menyenaraikan 5 petua asas untuk kekal sihat. Mahu sihat? Teruskan membaca.

Petua Kekal Sihat

1. Jangan Masukkan Toksin Ke Dalam Badan

Terdapat banyak unsur luar yang boleh menjejaskan tahap kesihatan kita semua. Bahkan sesetengah daripadanya boleh membawa kepada masalah ketagihan. Ini merujuk kepada rokok, alkohol dan salah guna dadah.

Bukan itu sahaja, makanan harian yang kita biasa makan pun boleh menjadi toksin sekiranya ia tidak diambil dengan baik. Sekiranya tidak mahu mendapat sebarang masalah, maka mengurangkan pengambilannya mungkin langkah yang baik.
Pertama sekali, kurangkan pengambilan makanan jajan, makanan yang diproses dan makanan yang dibungkus.
Makanan-makanan tersebut pada asalnya adalah selamat, cuma kalau tidak terkawal ia boleh memudaratkan. Bahkan ada sesetengah pengeluar yang membuat makanan tersebut menjadi addictive, yang boleh membawa kepada rasa ketagihan.

2. Bersenam Untuk Kekal Sihat

Bukan setakat menjauhi makanan yang merbahaya, malah anda juga tidak boleh abaikan senaman.
Dengan bersenam, anda bukan sahaja dapat badan yang cergas, malah anda turut mendapat membantu perkembangan otak agar menjadi lebih cerdas dan berfungsi dengan optimum.
Bersenam juga boleh membantu anda membakar lemak, terutama jika digandingkan dengan pemakanan diet yang sesuai. Bukan sebab ia membakar kalori, tetapi ia meningkatkan hormon dan fungsi asas badan.
Tambahan lagi, terdapat banyak cara untuk anda bersenam, tidak semestinya di gym atau di taman sahaja.
Anda boleh melakukan senaman di kawasan rumah, bahkan di dalam rumah itu sendiri. Walaupun begitu, sebaiknya adalah bersenam di luar, terutama pada waktu pagi agar mendapat vitamin D dari cahaya matahari.
Tidak mahu bersenam atau bersukan? Berjalan pun sudah memadai.

3. Dapatkan Tidur Yang Mencukupi

Tidur adalah sesuatu yang sangat penting untuk kesihatan umum badan dan kajian menunjukkan bahawa tidak cukup tidur boleh membawa kepada pelbagai jenis penyakit, termasuklah obese dan sakit jantung.
Jika mahu kekal sihat, maka anda dinasihatkan untuk tidur dengan baik dan berkualiti setiap malam.
Sekiranya anda tidak dapat tidur dengan baik, maka berjumpalah dengan doktor. Penyakit masalah tidur seperti apnea dan lain-lain boleh dirawat.
Berikut adalah beberapa cara untuk mudah tidur pada waktu malam:
  • Tidak minum minuman berkafein (kopi, teh) pada waktu petang dan malam.
  • Cuba tidur pada waktu yang sama setiap malam dan bangun juga pada waktu yang sama.
  • Tidur dalam gelap, tanpa sebarang cahaya.
Tips tambahan banyak lagi di sini.

4. Jauhi Tekanan dan Stress

Untuk kekal sihat, ia bukannya bergantung semata-mata pada diet, senaman dan tidur.
Bagaimana cara kita berfikir dan kita rasa juga memainkan peranan yang penting. Sekiranya anda sering dalam keadaan tertekan ia boleh memudaratkan kesihatan.
Tahap tekanan yang berlebihan boleh meningkatkan kadar cortisol dan boleh menjejaskan metabolisma badan. Ia boleh meningkatkan rasa craving terhadap makanan, meningkatkan lemak pada abdoman dan meningkatkan risiko kepada beberapa penyakit yang lain.
Untuk mengurangkan tekanan/stress, cuba mudahkan hidup anda. Lakukan senaman, amalkan teknik menarik nafas dan sebagainya.
Sekiranya tidak berhasil, cuba dapatkan nasihat daripada seorang pakar psikologi atau kaunselor.
Dengan mengatasi masalah stress, ia bukan sahaja menjadikan hidup anda bahagia malah boleh memberikan tahap kesihatan yang optimum.

5. Bekalkan Badan Dengan Makanan Berkhasiat

Salah satu cara terbaik dan efektif untuk mengekalkan tahap kesihatan adalah dengan mengambil makanan yang berkhasiat.
Cuba ambil makanan yang tidak diproses atau diolah di kilang.
Lebih baik sekiranya anda menggabungkan pengambilan daging dan sayur-sayuran; daging, ikan, telur, sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, bijian dan sedikit makanan berlemak dan produk tenusu.
Sekiranya anda mengalami masalah berat badan berlebihan, maka sebaiknya andamengurangkan pengambilan sumber karbohidrat.

Info Tambahan

Satu perkara penting adalah, anda perlu tahu bahawa mengekalkan tahap kesihatan adalah satu marathon dan bukannya satu larian pecut.
Ia perlu mengambil masa dan usaha berpanjangan/berterusan untuk mencapai apa yang diingini.

Kesimpulan

Secara ringkas, cara-cara untuk kekal sihat sepanjang hayat ini merupakan perkara asas yang semua perlu tahu dan amalkan.
Ia tidaklah terlalu sukar untuk diamalkan, cuma perlukan sedikit motivasi untuk ianya berhasil.
Harap artikel ini memberikan manfaat yang berguna kepada para pembaca semua. Silalah kongsikan artikel kepada orang yang tersayang.
Sekian~

No comments :

Post a Comment

[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]