Telur merupakan salah satu makanan yang banyak nutrisi. Sekiranya anda ingin tahu khasiat telur, sila baca di sini.
Cuba bayangkan, satu biji telur mengandungi semua nutrisi yang diperlukan untuk menghasilkan seekor anak ayam.
Walaupun begitu, telur mempunyai satu masalah – tinggi kadar kolestrol, terutama pada kuning telur.
Bahkan, satu biji telur bersaiz sederhana mengandungi 186mg kolestrol, yang mana sudah menampung 60% keperluan pengambilannya sehari.
Orang percaya bahawa sekiranya anda makan makanan berkolestrol, ia boleh meningkatkan kadar kolestrol di dalam darah dan menyebabkan masalah jantung.