PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

21 July 2017

Berapa Biji Telur Yang Kita Boleh Makan Setiap Hari?

Telur merupakan salah satu makanan yang banyak nutrisi. Sekiranya anda ingin tahu khasiat telur, sila baca di sini.
Cuba bayangkan, satu biji telur mengandungi semua nutrisi yang diperlukan untuk menghasilkan seekor anak ayam.

Walaupun begitu, telur mempunyai satu masalah – tinggi kadar kolestrol, terutama pada kuning telur.
Bahkan, satu biji telur bersaiz sederhana mengandungi 186mg kolestrol, yang mana sudah menampung 60% keperluan pengambilannya sehari.
Orang percaya bahawa sekiranya anda makan makanan berkolestrol, ia boleh meningkatkan kadar kolestrol di dalam darah dan menyebabkan masalah jantung.

Dan sebenarnya, perkara ini sangat rumit. Semakin banyak anda makan, semakin kurang badan menghasilkan kolestrol sebenarnya.
Terkejut? Teruskan membaca untuk mengetahui penjelasan.

Bagaimana Badan Mengawal Kadar Kolestrol?

Kita semua beranggapan bahawa kolestrol merupakan sesuatu yang buruk dan negatif.
Apabila mempersoalkannya, kita terus terfikirkan sakit jantung, obese dan sebagainya.
Tetapi pada hakikatnya, kolestrol memainkan peranan kepada badan. Ia diperlukan oleh setiap sel dalam badan. Pada masa yang sama, diperlukan semasa menghasilkan hormon seperti testosteron, estrogen dan cortisol.
Memandangkan kita tidak memperolehi kolestrol dari diet/pemakanan, maka hati menghasilkan kolestrol agar badan dapat menggunakannya.
Namun, apabila kita makan makanan tinggi kolestrol secara berlebihan, maka hati akan mula mengurangkan penghasilannya. (sumber)

Apa Yang Terjadi Apabila Makan Lebih Dari Sebiji Telur Sehari?

Untuk beberapa dekad, kita semua dinasihatkan agar menghadkan pengambilan telur, atau sekurang-kurangnya kuning telur kerana banyak kolestrol di situ.
Salah satu cadangan yang kita biasa dengar adalah maksimum 2-6 biji telur seminggu. Walaupun begitu, tiada sokongan saintifik yang kuat terhadap kenyataan tersebut. (sumber)
Namun, terdapat beberapa kajian yang boleh membantu kita mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkara ini.
Dalam kajian ini, subjek dikategorikan kepada dua kumpulan: satu kumpulan makan beberapa (1-3) biji telur setiap hari, manakala satu kumpulan lagi makan makanan yang lain (pengganti telur).
Setelah beberapa minggu/bulan, hasil mendapati bahawa:
  • Kadar kolestrol HDL (yang baik) meningkat
  • Kadar kolestrol LDL tidak berubah, tetapi kadang kala meningkat sedikit
  • Makan telur omega-3 mengurangkan trigliserida dalam darah
Kajian merumuskan bahawa kesan pengambilan telur boleh berbeza-beza mengikut individu. (sumber)
Para pengkaji bersepakat bahawa pengambilan 3 biji telur sehari tidak menjejaskan tahap kesihatan badan.

Telur dan Sakit Jantung

Banyak kajian menunjukkan bahawa pengambilan telur boleh membawa kepada risiko sakit jantung.
Kajian yang dilakukan biasanya bersifat pemerhatian, yang mana sejumlah besar orang akan diperhatikan untuk jangka masa yang sangat panjang (bertahun-tahun).
Kemudian, mereka akan menggunakan kaedah statistik untuk menentukan sama ada amalan (diet, merokok atau senaman) seseorang itu menyumbang kepada sakit jantung atau tidak.
Dalam kajian ini, yang mana melibatkan ratusan tidak pun ribuan orang, menunjukkan bahawa pengambilan sebiji telur tidak menyebabkan kepada masalah sakit jantung.
Bahkan, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa ia boleh mengurangkan risiko strok. (sumber)
Cuma, satu perkara.. semua kajian ini menunjukkan bahawa pengambilan telur boleh meningkatkan risiko kepada sakit jantung pada orang yang menghidap kencing manis.
Walaupun begitu, perkara ini sangat berkait dengan diet dan amalan kita semua.

Berapa Biji Telur Dikira Banyak Untuk Sehari?

Setakat artikel ini ditulis, tiada kajian dilakukan di mana subjek diarah makan lebih daripada 3 biji telur sehari.
Walaupun ianya tidak mustahil, tetapi sekiranya kita tidak mengamalkan diet yang sihat dan bergaya hidup cergas, saya tidak menyarankannya.
Pernah dengar orang yang membina badan makan lebih daripada 3 biji telur setiap hari? Mereka dikira tak mengapa kerana untuk membina otot, mereka perlukan banyak protein – yang mana banyak terdapat dalam telur.
Jangan mudah-mudah bandingkan anda dengan mereka. Biasanya pembina badan ada doktor penasihat mereka sendiri yang menyarankan sesuatu diet.
Pada masa yang sama, kita perlu ingat bahawa bukan semua telur adalah sama. Ada telur yang diperoleh dari ayam yang diternak di ladang, dan ada telur ayam yang diternak di kampung sahaja.
Telur yang paling berkhasiat adalah telur yang mengandungi omega-3, atau yang diperoleh dari ternakan kampung. (sumber)

Kesimpulan

Kesimpulannya, makan sampai 3 telur ayam sehari adalah selamat.
Oh ya, artikel ini merujuk kepada telur ayam ya, bukannya telur puyuh. Kalau telur puyuh, makan sampai 5 biji pun tak apa.
Oleh itu, sebagai jawapan kepada persoalan tajuk artikel ini, “Berapa biji telur yang kita boleh makan setiap hari?
Bergantung kepada individu. Biasanya 3 biji, sekiranya anda bergiat dalam dunia bina badan atau sukan, maka lebih pun tak mengapa.
Harap artikel ini membantu anda, silalah kongsikan artikel ini pada orang yang tersayang.
Sekian~

No comments :

Post a Comment

[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket