PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

07 July 2017

23 Kebaikan dan Khasiat Buah Delima

Buah delima merupakan salah satu buah yang sangat terkenal dengan kandungan nutrisinya di seluruh dunia. Buah tersebut berasal dari India Utara, Pakistan, Iran dan Afghanistan. Selain itu, buah ini juga boleh didapati di Malaysia, Asia Selatan, California, Afrika dan lain-lain.

Buah ini berwarna oren kekuningan, merah ataupun ungu. Isinya pula berwarna merah jambu dan mempunyai biji yang kecil. Rasanya manis berjus.
Buah delima juga popular dalam bidang perubatan dan kecantikan kerana ia mempunyai kandungan yang sangat baik untuk badan. Perkara ini telah diamalkan sejak beribu tahun yang lalu!
Dalam entri ini, anda akan disajikan dengan:
  • 7 Fakta Nutrisi Buah Delima
  • 4 Kebaikan dan Khasiat Buah Delima (dari pelbagai sudut)
  • 3 Kajian Kes Ke Atas Khasiat Buah Delima
  • 4 Peringatan Tentang Pengamalan Buah Delima
  • Kesimpulan
KETAHUI KHASIAT BUAH DELIMA DI BAWAH

7 Fakta Nutrisi Buah Delima

Berikut adalah beberapa senarai nutrisi yang terdapat dalam buah delima:
  • Buah delima sangat baik kepada kesihatan kerana ia mempunyai kandungan anti oksida yang lebih tinggi daripada beri asai (acai berry) ataupun teh hijau.
  • Buah delima mempunyai kadar Vitamin C yang tinggi, dalam 100ml mengadungi 16 peratus kadar keperluan harian seseorang.
  • Selain itu, buah delima juga mempunyai kadar Vitamin K yang tinggi, dimana boleh membantu kesihatan tulang. Tambahan lagi, buah delima mengandungi Vitamin B yang mana boleh membantu badan memproses protein, karbohidrat dan lemak.
  • Buah delima mengandungi manganese untuk membantu perbentukan struktur tulang semasa proses metabolik dan potasium yang boleh mengkalkan fungsi selular dan mengawal kadar bendalir dalam badan.
  • Buah ini juga mengandungi kadar fosforus, magnesium, kalsium, zink dan zat besi yang tinggi. Manakala, kandungan lemak dan kolestrol dalam buah ini sangat sedikit.
  • Buah ini hanya mempunyai 130-150 kalori, yang mana 105 kalori tersebut daripada biji (kita kebiasaannya tak makan biji tersebut).
  • Biji tersebut mempunyai kadar kalori sedemikian kerana mengadungi minyak tidak tepu, gula dan karbohidrat. Pada masa yang sama, biji tersebut mengandungi serat dan protein.

4 Kebaikan dan Khasiat Buah Delima

Buah delima sudah digunakan dalam bidang perubatan di Timur Tengah sejak dahulu lagi. Pada masa itu, ia digunakan sebagai tonik untuk menyembuhkan penyakit ringan seperti ulser dan cirit-birit.
Jus buah delima mengandungi anti oksida seperti anthocyanin dan asid ellagikgallic acids, dan flavanoids seperti quercetin yang mana boleh melindungi anda daripada kencing manis (diabetes), sakit jantung, osteoarthritis dan beberapa jenis kanser yang lain.

1. Khasiat Dari Sudut Kecantikan

Pengembalikan Sel. Buah delima boleh melindungi epidermis dan dermis kulit dengan membantu pengembalian sel kulit, menolong perbentukan semula tisu-tisu badan, penyembuhkan luka-luka dan memperbanyakkan peredaran darah ke kulit.
Minyak dalam biji buah delima juga memainkan peranan dalam menguatkan dan membantu lapisan epidermis kulit. Ha ini kerana bijinya juga mengandungi kadar nutrisi yang tinggi.
Melindungi Daripada Cahaya Matahari. Buah delima dapat melindungi kulit daripada sun burn dan merawat sebarang masalah kulit disebabkan terlalu kerap terdedah dengan cahaya matahari. Tambahan lagi, ia boleh melindungi kulit daripada radikal bebas matahari, yang boleb menyebabkan kanser. Minyak dalam buah delima mempunyai anti oksida yang boleh membantut perbentukan tumor dan barah kulit.
Lambatkan Proses Penuaan. Pemakanan buah delima boleh mengelakkan anda daripada hyper pigmentation, bintik-bintik penuaan, bintik-bintik hitam, garis muka dan wrinkles yang biasanya disebabkan oleh pendedahan yang terlalu banyak kepada cahaya matahari.
Mengekalkan Awet Muda. Buah delima mempunyai kandungan yang boleb melembutkan kulit dan wajah. Pada masa yang sama menghasilkan elastin dan kolagen tambahan yang boleh mengembalikan keanjalan kulit.
Memulihkan Kulit Yang Kering. Buah delima ada kalanya dimuatkan dalam produk-produk kecantikan kerana ia mempunyai struktur molekul yang boleh masuk ke dalam lapisam kulit dan memberikan kelembapan tambahan.
Buah delima mengandungi punicic acid, satu bentuk omega 3 yang mengekalkan tahap kelembapan pada kulit.
Merawat Muka Berminyak dan Berjerawat. Buah delima sangat berguna kepada kulit yang berminyak dan berjerawat juga. Sapukan perahan buah delima pada permukaan kulit yang terjejas boleh mengurangkan perbentukan serum dan mengawal perbentukan jerawat. Tambahan lagi, buah ini juga boleh mengurangkan kesan parut disebabkan jerawat.
Buah Delima Sebagai Face Mask. Campurkan 1 sudu teh powdered green papayagrape seed oil, dan grape seed extract dengan 2 sudu teh perahan delima. Kemudian sapukan pada muka. Biarkannya selama sejam dan bilas dengan air yang bersih.
Merawat Keguguran Rambut. Minum jus delima secara berkala boleh menguatkan akar rambut. Hal ini boleh mengelakkan masalah keguguran rambut, lantas memberikan anda rambut yang sihat.

2. KhasiatDari Sudut Kesihatan

Menghilangkan Radikal Bebas. Delima mengandungi kadar anti oksida yang tinggi sepertihydrolysable tannis dan polyphenols yang mana boleh mengurangkan kesan radikal bebas dalam badan.
Melindungi Kesihatan Jantung. Delima membantu membuang plak pada saluran darah dan membuatkan arteri lebih fleksibel. Dengan ini, dapay mengurangkan masalah saluran darah. Pada masa mengurangkan risiko artherosclerosis, iaitu punca utama masalah jantung.
Dengan pengambilan jus buah delima boleh mengurangkan tahap kolestrol buruk (LDL) dan meningkatkan kolestrol baik (HDL), yang mana boleb meningkatkan tahap kesihatan jantung dan mengurangkan risiko masalah kardiovaskular (jantung).
Melawan Kanser. Buah delima mengandungi anti oksida yang mana sangat efektif dalam melawan beberapa jenis kanser, termasuklah kanser payu dara, prostat dan kulit. Selain itu, anti oksida juga memainkan peranan untuk melawan sesetengah penyakit yang lain.
Bahan anti oksida akan menyebabkan perbentukan sel darah merah untuk menyahtoksinkan badan dan membentuk sistem daya tahan badan lebih baik.
Delima juga dipercayai boleh memberikan apoptosis, satu proses di mana sel itu akan memusnahkan diri sendiri. Pengambilan segelas jus delima setiap hari boleh membantut perbentukan sel kanser dalam kanser prostat. Tambahan lagi, ia juga boleh menghalang aromatase, satu enzim yang memainkan peranan yang penting dalam perbentukan kanser payu dara.
Membantu Sistem Penghadaman. Delima membantu sistem badan mengeluarkan enzim dengan sifat anti-bakteria yang boleb membantu sistem penghadaman dan melawan pelbagai penyakit makanan yang dimakan. Buah delima juga boleh merawat sembelit.
Cara pengambilannya adalah dengan mencampur 1 sudu teh madu dan 1 sudu teh perahan/jus buah delima ke dalam satu gelas.
Meningkatkan Selera Makan. Buah delima sangat sesuai untuk kanak-kanak yang tidak mempunyai selera makan. Ibu bapa digalakkan memberikan mereka minum segelas jus delima. Ini boleh membantu mereka untuk lebih berselera untuk makan.
Menyembuhkan Anemia. Anemia merupakan satu masalah kesihatan disebabkan oleh kekurangan sel darah merah dalam badan. Buah delima mempunyai kadar zat besi yang tinggi. Ini boleh meningkatkan kandungan hemoglobin dalam darah, dan lantas menyembuhkan penyakit anemia.
Mengurangkan Inflamasi. Delima mengandungi Vitamin C yang mana merupakan satu bahan anti-inflamasi. Ini boleh membantu anda mengawal dan mengurangkan penyakit asma, sakit tekat, batuk dan bersin.
Membantu Peredaran Darah. Buah delima juga sering digunakan untuk melegakan masalah darah tersumbat dalam saluran darah. Perkara ini boleh disebabkan oleh sesorang itu tidak mengamalkan pemakanan yang baik dan mungkin juga kerana merokok.
Membantu Mengurangkan Berat Badan. Kajian menunjukkan bahawa buah delima mempunyai khasiat semulajadi yang boleh mencuci badan dari dalam, detox dan membantu pembakaran lemak yang tidak digunakan. Oleh itu, buah delima sangat sesuai dijadikan satu makanan amalan setiap hari bagi sesiapa yang ingin mengurangkan berat badan.
Mengawal Kadar Gula Dalam Darah. Walaupun buah delima mengandungi fruktos, ia tidak meningkatkan kadar gula dalam darah sepertimana buah-buah yang lain. Kajian menunjukkan bahawa tiada peningkatan gula dalam darah bagi pesakit kencing manis yang mengamalkan pemakanan/peminuman buah delima setiap hari selama 2 minggu.
Mengawal Tekanan Darah. Buah delima juga boleh mengurangkan tekanan darah tinggi. Jus buah tersebut boleh mengurangkan inflamasi pada saluran darah bagi pesakit masalah jantung. Ia merupakan aspirin semula jadi, yang mana boleh mengelakkan perbentukan gumpalan darah.
Menghalang Perbentukan Plak. Anda mungkin tidak percaya, namun jus buah delima boleh digunakan sebagai pembersih mulut, seperti mana yang dijual komersial di luar sana. Beberapa kandungan dalam buah tersebut mempunyai sifat anti plak yang tinggi.
Kajian menunjukkan bahawa buah delima boleh mengurangkan plak pada mulut (disebabkan oleh perbentukan organisma) sebanyak 84%.

3. Khasiat Tambahan Kepada Lelaki

Mengurangkan Risiko Mati Pucuk. Pemakanan dan peminuman buah delima secara berkala boleh mengurangkan risiko kanser prostat, mati pucuk ataupun atherosclerosis. Kandungan anti oksidanya yang tinggi boleh mengelakkan anda daripada risiko penyakit-penyakit tersebut.
Merawat Kanser Prostat. Kajian menunjukkan bahawa dengan pengambilan buah delima boleh mengurangkan dan dalam beberapa kes boleh menyembuhkan pesakit kanser prostat.

4. Khasiat Tambahan Kepada Perempuan

Memberikan Kesihatan Ketika Mengandung. Buah delima mengandungi niacin, asid folik, potassium, kalsium, vitamin c, zat besi dan serat yang tinggi. Kandungan ini bolehmengekalkan tahap kesihatan wanita yang sedang mengandung dan perkembangan bayi.
Sifat buah delima yang anti inflamasi mengekalkan peredaran darah, sangat baik untuk perkembangan fetus bayi. Selain itu, buah delima mempunyai potassiun yang mana boleh mengelakkan kekejangan semasa mengandung. Pengambilan buah delima secara berkala oleh ibu yang mengansung boleh mengurangkan risiko kelahiran tak cukup bulan.
Pengambilan jus delima semasa mengandung boleh mengurangkan kekejangan dan masalah tidur yang biasanya dialami oleh wanita yang berbadan dua. Delima juga boleh meningkatkan kadar peredaran darah ke janin, yang mana boleh mengurangkan risiko kerosakan otak.

Mengurangkan Risiko Kanser Payu Dara. Kajian menunjukkan bahawa kandungan ellagitannins dalam buah delima boleh mengelakkan perkembangan sel kanser payu dara.

3 Kajian Kes Ke Atas Khasiat Buah Delima

Sekiranya anda tertanya-tanya, betul ke buah ini mempunyai banyak khasiat? Percayalah bahawa sudah melakukan kajian terhadap buah ini, bahkan sejak zaman dahulu lagi. Berikut adalah salah satu daripadanya.

1. Kanser Prostat

Satu kajian pada 2006 telah menemui bahawa meminum 227ml jus buah delima setiap hari boleh melambatkan perkembangan kanser prostat lelaki. Namun, walaupun kajian tersebut dilakukan dengan penuh teliti, terdapat beberapa pihak yang tidak bersetuju dan meminta beberapa kajian tambahan untuk menyokong penemuan ini.

2. Arteri yang sempit (Carotid Artery Stenosis)

Satu kajian telah dilakukan pada 2004 tentang pesakit Carotid artery stenosis, mendapati bahawa pengambilan 50ml jus delima setiap hari selama 3 tahun boleh mengurangkan kesan buruk kolestrol kepada arteri sebanyak 50%, dan boleh menghalang perbentukan kolestrol dalam badan.

3. Masalah Jantung

Satu kajian telah dibuat pada 2005 ke atas 45 pesakit yang mempunyai masalah jantung. Mereka diberi minum 238ml jus delima selama 3 bulan dan hasilnya sangat memberansangkan. Peredaran darah mereka semakin baik dan risiko sakit jantung semakin berkurang.

4 Peringatan Tentang Pengamalan Buah Delima

Sebelum anda mengamalkan pemakanan buah delima, anda perlu mempertimbangkan beberapa perkara kerana buah ini boleh memberikan kesan yang negatif sekiranya anda tidak mengikut senarai di bawah:
1. Jus delima tidak digalakkan diambil oleh orang yang sedang mengalami selesema, batuk, cirit birit ataupun penyakit yang berkaitan.
2. Jus delima mempunyai anti oksida yang boleh merendahkan tekanan darah. Oleh itu, sekiranya anda sedang mengambil ubat tekanan darah dari doktor anda, anda tidak digalakkan untuk meminum jus delima ini. Hal ini kerana berbuat demikian boleh menyebabkan anda mendapat tekanan darah yang sangat rendah (hypotension).
3. Orang yang mempunyai alahan pada sesetengah tumbuhan dan asma ada kemungkinan mempunyai alahan pada buah ini. Alahan yang biasa adalah muntah, mata berasa gatal dan kesukaran bernafas.
4. Buah delima boleh mengganggu kesan beberapa ubat, terutamanya ubat kolestrol.

Kesimpulan

Untuk mendapatkan semua khasiat dan kebaikan daripada buah ini, anda digalakkan untuk meminum satu gelas jus buah delima setiap hari. Buah ini agak murah dan tidaklah terlalu mahal, kerana ia senang untuk ditanam dan sesuai dengan iklim di Malaysia.
Sekiranya anda ingin mendapatkan kesihatan yang baik berpanjang, silalah masukkan buah delima dalam menu pemakanan harian anda.
Adakah anda mendapat manfaat dari artikel ini? Jika ya, kongsikanlah dengan ahli keluarga dan rakan-rakan agar mereka juga mendapat kebaikan yang sama seperti mana anda.
Jika anda mempunyai sebarang persoalan dan cadangan tentang buah ini, silalah tinggalkan komen di bawah.

No comments :

Post a Comment

[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket