PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

04 August 2017

Asas-Asas Permulaan Memancing Yang Anda Perlu Tahu

Jika anda baharu dalam hobi memancing, anda perlu mengetahui beberapa asas tentang memancing. Seperti memburu dan hobi yang lain, memancing juga melibatkan penggunaan alam sekitar dan semua di sekeliling anda.
Anda perlu mengormati kedua-duanya. Sekiranya anda boleh melakukannya, anda boleh menikmati aktiviti memancing dengan lebih baik.

Memancing sudah dipraktikkan sejak zaman dahulu lagi. Ianya bermula sejak 10,000 tahunyang lalu. Bermula darisitu, telah banyak teknik dan cara telah dibangunkan dan diaplikasikan untuk meningkat progres memancing.
Pada zaman sekarang, perkembangan teknologi moden telah mengubah cara orang memancing, namun masih menggunakan dan terikat dengan peraturan-peraturan memancing seperti mana dahulu.

4 Peraturan dan Asas Memancing

Mematuhi semua peraturan dan mengikut asas-asas memancing adalah terbaik sekiranya anda ingin menikmati pengalaman memancing yang sempurna. Berikut adalah 4 asas-asas tersebut :

1. Hormati Alam Sekitar

Semasa memancing, anda perlu mengamalkan amalan yang baik. Anda perlu ingat bahawa sungai ataupun tasik yang anda gunakan untuk memancing itu sudah wujud untuk beberapa ribu tahun yang lalu. Dan sungai itu juga perlu bertahan untuk beberapa ribu tahun akan datang.
Oleh itu, anda perlu menjaga alam sekitar berhampiran dengan tempat anda memancing itu. Sekiranya mampu, bersihkan tempat tersebut sebelum dan selepas anda menggunakannya, agar orang lain yang ingin menikmati aktiviti memancing selepas anda dapat pengalaman yang baik seperti mana anda.

2. Jangan Membuang Sampah Merata-Rata

Jangan sesekali membuang sampah merata-rata semasa dan selepas menancing. Sentiasa membawa beg plastik sampah ataupun bekas untuk mengumpul sampah sarap anda. Sampah tersebut mungkin plastik makanan ringan, tin minuman dan lain-lain.
Pastikan anda membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan. Dan pastikan anda tidak membuangnyadi dalam air. Hal ini sememangnya boleh mencemarkan alam sekitar dan akan memberikan kesan yang negatif kepada haiwan dan juga manusia.

3. Sediakan Peralatan Dan Umpan Yang Bertepatan

Semasa memancing, pastikan anda menggunakan umpan yang betul dan peralatan memancing yang sesuai. Hal ini kerana sesetengah tempat memerlukan jenis umpan dan pancing yang tertentu. Sesetengah tempat memancing telah menetapkan beberapa peraturan dan menghadkan jumlah, saiz, dan jenis ikan yang anda boleh tangkap.
Anda perlu mengetahui tentang tempat anda memancing terlebih dahulu, ketahui apa yang dibenarkan dan apa yang dilarang.
Janganlah pergi dahulu dan baru bertanya apa yang patut. Sekiranya anda dibenarkan menggunakan bot semasa memancing, pastikan jenis dan saiz bot tersebut agar anda boleh membuat persediaan awal.
Sekiranya anda ingin memancing di kawasan yang terbuka (bukan kawasan memancing yang berbayar), anda perlumengambil kira jenis umpan dan peralatan memancing. Pastikan jenis dan saiz ikan yabg berada di kawasan yang anda ingin memancing tersebut. Hal ini kerana jenis dan saiz ikan berbeza mengikut kawasan.

4. Jangan Memancing Tanpa Kebenaran

Akhir sekali, jangan sesekali memancing di kawasan larangan memancing. Ia sudah pasti kenapa pihak pentadbiranataupun pihak yang berkuasa mengeluarkan peraturan dan larangan tersebut.
Ini boleh merangkumi undang-undang untuk melindungi hidupan liar dan melindungi diri anda sendiri (mungkin tempat tersebut merbahaya dan tidak sesuai untuk aktiviti memancing).

4 Tips Ringkas Keselamatan Semasa Memancing

Semasa memancing ataupun apa-apa aktiviti, keselamatan adalah perkara nombor satu yang anda perlu mengambil kira. Berikut adalah beberapa tips keselamatan yang anda perlu amalkan semasa menjalani aktiviti memancing :

1. Pakai jaket keselamatan semasa menaiki bot

Anda perlu bersedia dalam apa-apa keadaan sekali pun. Hal ini kerana malang tidak berbailu dan kemalangan bolehberlaku bila-bila masa. Adalah terbaik jika anda boleh bersiap sedia terlebih awal untuk menghadapi sebarangmasalah. Selain anda, pastikan semua krew yang menaiki bot bersama anda memakai jaket keselamatan. Anda mampu mengubahnya.

2. Berhati-hati semasa memasang umpan

Umpan adalah tajam dan seelok-eloknya anda berhati-hati semasa memasang dan menanggalkannya. Hal ini untukmengelak daripada berlaku sebarang masalah dan kecederaan. Jika anda pergi memancing bersama keluarg dan anak- anak, pastikan anda yang memasang umpan dan menanggalkannya.

3. Pakai pakaian yang sesuai semasa memancing

Aktiviti memancing memerlukan pergerakan yang banyak dan memerlukan anda bergerak secara pantas. Maka, anda perlu memakai pakaian yang sesuai semasa memancing. Pakaian sukan seperti baju jersey dan seluar trek adalah sesuai.
Pemakaian jaket keselamatan (semasa memancing di darat) adalah digalakkan.

4. Bawa kelengkapan yang sepatutnya

Selain semua peralatan memancing dan umpa yang sesuai, anda juga perlu membawa semua keperluan keselamatan yang lain seperti air mineral dan teledon bimbit. Sekiranya berlaku kemalangan, sekurang-kurangnya anda sudah bersedia.

Kesimpulan

Sebagai satu kesimpulan yang ringkas, memancing tidak boleh dinafikan bahawa ia merupakan satu hobi yang menarik dan boleh menghilangkan tekanan diri.
Namun begitu, anda juga perlu mamtuhi beberapa peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Pada masa yang sama, anda juga perlu menghormati alam semula jadi dengan tidak merosakkan sebarang pemandangan alam, seperti membuang sampah dan lain-lain.
Jadilah pemancing yang bertanggungjawab.
Sekiranya artikel ini membantu anda dalam aktiviti memancing, tolonglah share kepada ahli keluarga dan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin memberikan pandangan berkaitan dengan memancing, silalah meninggalkan komen di bawah.

No comments :

Post a Comment

[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket