PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

22 December 2017

5 Cara-Cara Hilangkan Parut Jerawat

Jika anda mempunyai jerawat untuk jangka masa yang lama, kemungkinan anda mempunyai parut jerawat. Ini juga dikenali sebagai bekas jerawat.

Parut jerawat boleh mengurangkan daya keyakinan diri seseorang, sepertimana jerawat. Percaya atau tidak, ubat semula jadi ataupun remedi boleh memberi kesan yang positif dalam menghilangkan parut jerawat.
Berikut adalah 5 Petua Hilangkan Parut Jerawat:

Petua #1: Pudina

Ambil sekumpulan daun pudina dan membersihkannya. Letakkan di atas sehelai kain kapas yang bersih dan lembut. Perah sehingga air pudina keluar. Ambil air tersebut dan sapu pada kawasan berparut.

Biarkan sehingga kering dengan sempurna dan kemudian bilas. Ulangi cara ini setiap hari selama sebulan.
Pada akhir bulan, anda akan mula melihat perbezaan pada parut jerawat anda.

Petua #2: Vitamin E dan Lidah Buaya (Aloe Vera)

Vitamin E telah lama dibuktikan sebagai vitamin yang membantu kulit. Anda boleh meletakkannya di kawasan yang berparut. Ia akan cepat menyerap ke dalam kulit. Jika anda menggabungkan Vitamin E dengan lidah buaya (Aloe Vera), anda boleh menghilangkan parut dalam masa yang singkat.

Petua #3: Buah Lemon

Asid sitrik dalam buah lemon boleh digunakan untuk mencerahkan kulit dan parut. Hanya potong buah lemon dan sapukan jusnya pada kawasan yang berparut. Biarkan sehingga kering dengan sempurna. Kemudian bilas dengan air bersih.
Jangan mengulangi petua ini setiap hari, kerana boleh menyebabkan kulit anda kering. Anda boleh boleh mengulangi  tips ini tiga kali seminggu.
Tidak lama kemudian, anda akan mula melihat keputusan.

Petua #4: Minyak Gelam Wangi (Tea Tree Oil)

Sepertimana buah lemon, minyak poko teh boleh digunakan untuk menyembuhkan jerawat dan mengurangkan parut. Anda boleh dapatkan minyak ini dimana-mana kedai runcit yang berdekatan.
Apabila anda meletakkan minyak ini pada kulit anda, ia akan melembutkan kulit. Jika anda menggunakannya setiap hari pada kawasan berparut anda, anda akan melihat bekas luka mula memudar.

Petua #5: Tomato

Tomato boleh digunakan untuk merawat parut jerawat kerana boleh menghilangkan pigmentasi dan meningkatkan nada kulit.
Cara-caranya ialah, ambil tomato yang kecil dan potongnya separuh. Sapukan tomato tersebut pada kawasan berparut. Biarkan selama lebih kurang 30 minit.
Kemudian, bilas dengan air dan lap muka anda sehingga kering.

No comments :

Post a Comment

[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket