PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

01 December 2017

50+ Cara dan Petua Lengkap Menghilangkan Jerawat

Jika anda salah seorang daripada mereka yang mengalami jerawat yang teruk, anda mungkin bersedia untuk mencuba apa sahaja asalkan boleh menyembuhkan muka anda. Jika anda telah mencuba pelbagai pencuci muka untuk menghilangkan jerawat, namun anda masih dibelenggu dengannya, anda perlu tahu bahawa terdapat banyak cara semula jadi (remedi) yang boleh membantu anda hilangkan jerawat selama-lamanya.

Anda tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak, dan sebahagian besar daripada perkara-perkara ini sudah ada di sekitar rumah anda (mungkin).
Anda boleh mempunyai kulit yang lebih cantik dalam tempoh yang singkat dengan kos yang jauh lebih rendah. Anda hanya perlu menyesuaikan beberapa perkara yang anda lakukan dalam rutin harian untuk membantu membersihkan jerawat anda.

Tidak akan menjadi yang awesome? Ubat semula jadi telah memberikan hasil yang positif kepada orang lain, dan ubat-ubatan ini boleh memberikan kesan positif yang sama kepada anda. Cuba beberapa kaedah ini sehingga anda mencari kombinasi produk-produk semulajadi yang paling berkesan untuk anda.
Berikut adalah 50 tips dan remedi yang boleh hilangkan jerawat dengan cepat:

Petua #1: Baking Soda

Apabila anda berfikir tentang baking soda, anda mungkin berfikir tentang kegunannya sebagai penyegar peti sejuk. Sebenarnya, baking soda mempunyai banyak lagi kegunaan, termasuklah menghilangkan jerawat.
Cara-caranya adalah; campurkan baking soda dan air dengan kadar kuantiti yang sama. Jadikannya sebagai satu pes, dan sapu ke bahagai muka yang terjejas.
Jangan meletakkannya di seluruh muka anda. Proses ini biasanya lebih mudah dengan menggunakan Q-Tip. Tinggalkan pes tersebut pada muka anda sehingga kering. Ini biasanya mengambil masa lebih kurang 10 minit. Selepas itu, cuci pes tersebut dengan air yang sangat sejuk.
Kaedah ini membantu menutup liang yang menyebabkan jerawat. Ulang kaedah ini sebanyak dua kali setiap hari.

Petua #2: Jus Lemon (Lemon Juice)

Lemon mempunyai asid sitrik yang melawan bakteria yang menyebabkan jerawat. Ia mudah untuk digunakan sebagai rawatan jerawat.
Potong lemon (limau juga boleh digunakan) separuh. Kemudian gosok lemon (bahagian yang dipotong) perlahan-lahan pada muka anda. Anda akan rasa pedih, yang bermakna ia sedang bertindakbalas. Biarkannya lebih kurang 10 minit. Pastikan anda mencuci jus lemon selepas jangka masa tersebut.
Perhatian! Sekiranya anda memilih cara ini, anda mungkin perlu menggunakan pelindung matahari jika anda akan di luar rumah. Asid sitrik kadang-kadang boleh melunturkan kulit. Ini boleh menjadikan kulit anda lebih sensitif dan menjadikannya lebih berisiko sekiranya terdedah terlalu lama di bawah cahaya matahari.

Petua #3: Kentang

Potong kentang kepada separuh. Pilih kentang yang kecil dan mentah. Kemudian, sapukan pada jerawat. Anda hanya perlu sapu pada kawasan yang terjejas sahaja, tidak perlu sapu keseluruh muka anda.
Kentang bukan sahaja mempunyai kesan penyembuhan, tetapi juga anti-radang (anti-inflammatory). Kandunagn ini akan membantu anda menghilangkan kemerahan jerawat dimuka.
Setelah anda selesai, basuh sisa-sisakentang di muka anda secara perlahan-lahan.

Petua #4: Ubat Gigi

Ubat gigi amat berkesan menghilangkan jerawat. Jika anda mempunyai satu atau dua jerawat yang anda hilangkan dalam masa yang singkat, anda boleh sapukan ubat gigi pada tempat tersebut.
Ubat gigi mengandungi silika yang boleh mengeringkan dan mengurangkan saiz jerawat semalaman jika anda membiarkannya. Ubat gigi yang tidak mengandungi natrium lauril sulfat adalah pilihan yang terbaik (untuk petua ini).
Kebanyakan jenama-jenama besar dalam industri ubat gigi sekarang, sebagai contohnyaColgate, Darlie dan lain-lain mempunyai kandungan natrium lauril sulfat dalam produk-produknya.
Jadi, sekiranya anda memilih untuk menggunakan petua jerawat ini, anda perlu memilih ubat gigi yang tepat. Kebiasaannya, ubat gigi yang biasa-biasa, yang murah sedikit adalah sesuai untuk jerawat.

Petua #5: Ais

Ais telah digunakan selama bertahun-tahun untuk merawat keradangan dalam badan. Itulah sebabnya ais digunakan pada tempat-tempat yang bengkak daripada apa-apa jenis kecederaan.
Untuk jerawat, ais digunakan kerana ia menutup liang roma serta membantu mengurangkan kesan jerawat. Jika anda mempunyai liang-liang yang besar, anda boleh mengambil ketulan ais dan gosok perlahan-lahan ke atas tempat bermasalah.
Ais atau pek sejuk, boleh mencerut saluran darah di bawah kulit. Ini menyebabkan kerengsaan dan/atau keradangan menjadi kurang ketara.

Petua #6: Minyak Gelam Wangi (Tea Tree Oil)

Minyak gelam wangi ataupun tee tree oil merupakan ubat anti-kulat dan anti-bakteria yang terkenal. Ia merupakan herba, baik untuk jerawat yang sederhana. Dalam ujian, minyak ini berkesan sepertimana benzoyl peroksida untuk merawat jerawat.
Benzoyl peroksida boleh memberikan kesan yang lebih cepat sekiranya dibandingkan dengan minyak gelam wangi, tetapi minyak ini mempunyai kesan sampingan yang lebih sedikit. Selain itu, minyak ini merawat jerawat anda secara semulajadi.

Petua #7: Aspirin

Anda dikehendaki menghancurkan aspirin kedalam bentuk pes. Kemudian menggunakan Q-Tip atau jari anda untuk menyapu pes tersebut pada setiap jerawat atau tempat yang berkenaan, dan biarkan pes tersebut sampai kering.
Aspirin mengandungi asid salisilik. Kebanyakan syarikat kosmetik untuk jerawat menggunakan bahan ini dalam produk-produk mereka. Ini kerana asid salisilik akan memusnahkan bakteria yang menyebabkan jerawat.
Ia mengeringkan jerawat disamping melawan bakteria jerawat. Biarkan pes pada muka anda selama 10-15 minit dan kemudian bilas dengan perlahan-lahan dengan air yang bersih.

Petua #8: Tawas (Alum)

Anda boleh mendapatkan tawas kalium (potassium alum) di kedai runcit. Ia juga digunakan dalam deodoran semula jadi dan tasak untuk membantu mengurangkan pendarahan luka kerana mempunyai kandungan antiseptik semula jadi dan kebolehan mengecutkan tisu kulit.
Tawas berfungsi lebih baik dalam bentuk pepejal blok berbanding dalam bentuk serbuk. Untuk menghilangkan jerawat, anda hanya perlu mengelap atau menyapu tawas tersebut pada tempat yang berkenaan secara perlahan-lahan.

Petua #9: Kurangkan Pengambilan Karbohidrat

Makanan yang mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi seperti roti, pasta, dan lain-lain boleh menyebabkan jerawat anda menjadi lebih teruk. Anda juga perlu mengurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman.
Anda dibenarkan mengambil gula, tapi dalam kandungan yang sedikit, dan jangan makan gula-gula kerana ini akan menyebabkan jerawat lebih teruk.
Oleh itu, anda dinasihatkan agar makan makanan yang lebih sihat, seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Petua #10: Makanan Diperam

Makanan seperti sauerkraut, kefir, yogurt asli atau keju kambing mengandungi pro-biotik dan enzim yang membantu mengurangkan jerawat.
Menambah makanan-makanan ini ke dalam diet anda boleh mengurangkan jerawat.

Petua #11: Berhenti Menggunakan Produk Pada Muka

Produk-produk tersebut adalah merangkumi pencuci, solekan dan krim. Sekiranya anda rasa perlu  kepada produk-produk tersebut, anda perlu mencari produk semula jadi ataupun organik.
Hal ini kerana, produk-produk seperti ini mempunyai kadar bahan kimia yang tinggi. Dan bahan-bahan tersebut boleh bertindakbalas dengan mana-mana bahan organik yang dinyatakan dalam entri ini.
Sekiranya anda memilih untuk menyembuhkan jerawat anda dengan kaedah remedi, maka adalah terbaik anda berhenti menggunakan produk yang mempunyai bahan kimia.

Petua #12: Sayur-Sayuran

Anda telah diberitahu akan kepenting untuk memakan sayur-sayur. Jika anda mempunyaimasalah jerawat, anda perlu menambah pengambilan sayur-sayuran ke dalam diet harian anda.
Sayur-sayuran merupakan makanan yang menyihatkan, dan boleh membersihkan toksin yang menyebabkan jerawat dari darah anda.

Petua #13: Air

Meminum air membantu membersihkan badan. Anda perlu meminum air sekurang-kurangnya 8 liter sehari. Selain itu, air juga membantu anda membersihkan liang-liang kulit dan mengelakkannya dari tersumbat.
Jika anda berhenti meminum minuman ringan dan bertukar kepada air kosong atau air mineral setiap hari, kami janji anda akan merasakan perbezaan yang ketara kepada wajah dan kesihatan badan anda. Cubalah!

Petua #14: Sentiasa Aktif

Pergerakan fizikal dan senaman dapat membantu sistem limfa anda. Cuba lakukan perkara-perkara seperti berlari, melompat tali, atau melompat ke atas trampolin. Sertai gimnasium dan senaman. Sertai pasukan sukan di sekolah atau di tempat kerja anda. Apa sahaja aktiviti yang melibatkan pergerakan.
Selalunya seseorang yang mengalami masalah jerawat adalah mereka yang tinggal di rumah dan seolah-olah tiada senaman langsung. Sesetengah daripada mereka tidak mahu ke mana-mana atau berbuat apa-apa, kerana dikhuatiri orang lain akan melihat jerawat mereka.
Lupakan tentang itu! Jangan bimbang tentang orang lain, bimbang tentang diri anda. Anda perlu melakukan senaman dan pergerakan fizikal, jadi keluar dan melakukannya. 

Petua #15: Vitamin A

Pengambilan multivitamin amat baik kepada badan, tidak kira anda mengalami masalah jerawat atau tidak. Tetapi yang paling penting, pengambilan Vitamin A yang optimum dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan jerawat.
Jadi, mulai sekarang anda perlu mengambil vitamin A secara berkala. Sumber vitamin A tidak semestinya dari pil tambahan dari falmasi, bahkan anda boleh dapatkannya dalam buah-buahan seperti buah betik. Vitamin A amat penting secara umumnya, kerana ia membantu menjana semula kulit.
Selain itu, vitamin in juga boleh mengurangkan kedutan dan membantu menghilangkan noda.

Petua #16. Pastikan Wajah Anda Sentiasa Bersih

Anda boleh menggunakan pencuci muka yang organik sekurang-kurangnya dua kali sehari. Jika kulit anda berminyak, anda perlu bilas beberapa kali sepanjang hari.
Gunakan air suam untuk membantu membuang minyak yang membawa kepada jerawat. Anda perlu menggunakan sabun yang lembut dan tuala kecil yang lembut atau span yang lembut.
Sabun yang kuat dan kasar akan merengsakan jerawat. Menggunakan sabun yang sedikit sudah memadai. Pastikan anda bilas dengan sempurna. Selepas itu, percikkan muka anda dengan air sejuk untuk menutup liang-liang. Apabila anda selesai, sapu muka sehingga kering.

Petua #17: Tidur yang Mencukupi

Tidur yang mencukupi dapat mengurangkan kadar tekanan atau stress anda. Setiap jam anda kehilangan waktu tidur yang optimum, anda akan menerima penambahan tekanan diri sebanyak 15%.
Ini boleh menyebabkan ketidakstabilan hormon, lantas menyebabkan jerawat. Daripada berjaga lewat menonton TV, anda dinasihatkan untuk tidur menepati masa. Anda akan menjalani kehidupan seharian yang lebih sihat pada keesokan hari.

Petua #18: Jangan Pecahkan Jerawat

Jika anda sudah membaca artikel sampai sini, maka tiada guna sekiranya anda masihmemecahkan jerawat anda. Anda mungkin mahu membuangnya secepat yang mungkin, namun perbuatan ini tidak elok dan mungkin akan meninggalkan kesan yang buruk dalam jangka masa panjang.
Jerawat adalah bakteria dan apabila anda pecahkannya, anda membenarkan bakteria tersebut merebak ke lebih banyak liang-liang sekitar. Pada hakikatnya, anda menjadi ejen penyebarkan bakteria kepada liang-liang sudah dibersihkan. Itu bukan idea yang baik. Perbuatan ini juga boleh meninggalkan parut jerawat.

Petua #19: Elakkan Makanan Glisemik

Makanan dengan kandungan glisemik tinggi tidak baik untuk jerawat. Ini termasuk: minuman ringan, roti putih, beras, kentang, kek, dan bijirin.
Dengan membuat beberapa perubahan dalam diet anda, seperti memakan bijirin gandum, atau membeli pasta diperkaya dengan protein soya boleh membantu mengurangkan pengambilan glisemik anda.

Petua #20: Bedak atau Talkum Bayi (powder)

Bedak powder bayi telah lama digunakan untuk menyerap kelembapan. Sapulah muka anda dengan bedak bayi sebelum masuk tidur dan apabila anda bangun pada waktu pagi.
Bedak bayi akan mengekalkan muka anda dalam keadaan kering. Keadaan ini sangat membantu dalam mengeringkan jerawat.

Petua #21: Madu

Gunakan madu sebagai mask muka anda untuk beberapa kali seminggu. Madu merupakan salah satu anti-bakteria, dan boleh menyahjangkit dan membantu menyembuhkan jerawat.
Madu cukup lembut untuk kulit walaupun kulit sensitif. Anda boleh menggunakan madu seperti mana anda menggunakan produk mask muka komersial.
Hanya sapukan madu pada seluruh muka. Biarkan sehingga ia betul-betul kering, dan kemudian kupas lapisan tersebut.

Petua #22: Jauhi Rambut dari Muka

Rambut mengandungi minyak dan boleh menyebabkan jerawat. Basuh rambut anda setiap hari dan selepas senaman. Jika rambut anda panjang, pastikan anda menjauhi rambut anda dari muka.
Kebanyakkan orang menggunakan rambut mereka untuk menyembunyikan jerawat mereka. Mereka akan memastikan rambut sentiasa melindungi wajah mereka. Anda bukan orang pertama yang mempunyai jerawat yang teruk, dan anda tidak akan menjadi yang terakhir.
Tarik rambut anda kembali kebelakang dan jangan bimbang akan orang melihatnya. Anda mungkin berasa sangat malu pada mulanya, tetapi apabila jerawat anda bermula berkurangan, anda akan gembira dengan tindakan anda.

Petua #23: Makan Lobak Merah

Lobak merah mengandungi beta-karotena dan vitamin A yang tinggi. Ini membantu menguatkan tisu pertolongan (protective tissue) dan mencegah pembentukan jerawat.
Lobak merah juga merupakan antioksidan yang baik yang boleh membantu menyahtoksinkan badan anda. Lobak merah sesuai dijadikan salad dan cara masakannya sangat mudah. Dan yang paling penting, lobak merah sangat murah!

Petua #24: Bersihkan Sarung Bantal

Kita menggunakan bantal setiap kali kita tidur. Semestinya muka kita akan bersentuhan dengan bantal tersebut (sarung) bantal. Sarung bantal boleh menyerap minyak dari kulit anda.
Jika anda mencuci muka sebelum tidur dan meletakkan kepala atau muka anda pada sarung bantal yang kotor, anda seakan mengotorkan balik muka anda dengan minyak.
Tiada guna anda mencuci muka terlebih dahulu tadi. Anda perlu basuh sarung bantal anda sekurang-kurangnya satu kali seminggu.

Petua #25: Makanan yang Kaya dengan Zink

Pilih makanan yang mempunyai kandungan zink yang tinggi. Bahan tersebut merupakan agen anti-bakteria yang diperlukan dalam penghasilan minyak oleh kulit.
Kekurangan zat zink boleh menyebabkan jerawat. Terdapat banyak makanan yang mempunyai kandungan zink yang tinggi seperti: tiram, gandum, daging lembu, labu panggang, coklat gelap (dark chocolate), kambing, kacang tanah dan ketam.
Menambah makanan yang tinggi kandungan zink ke dalam diet anda boleh membantu melawan jerawat.

Petua #26: Jauhi Merokok

Merokok secara umumnya tidak baik untuk kesihatan. Merokok akan merosakkan banyak bahagian badan anda dan menyebabkan masalah kesihatan. Selain itu juga, merokok akan menyebabkan liang muka anda tersumbat dan ini akan menyebabkan jerawat.
Jadi, sekiranya anda merokok dan mempunyai jerawat, sila berhenti merokok secara berperingkat-peringkat. Terdapat banyak cara untuk mengatasi masalah ketagihan merokok, anda perlu ada daya keinginan yang tinggi untuk berhenti.

Petua #27: Jangan Terlalu Lama di bawah Cahaya Matahari

Cahaya matahari, tidak dinafikan bahawa memberi manfaat kepada bahan. hal ini cahaya matahari (terutama pada waktu pagi) boleh membantu badan kita memproses Vitamin D.
Namun, sekiranya anda akan berada dibawah cahaya matahari buat masa yang agak panjang, pastikan anda memakai krim atau SPF. Pastikan jenama atau produk yang anada guna berkualiti, tidak bertindak balas terhadap cahaya matahari yang kuat.
Penggunaan SPF akan membantu menjaga kulit anda.

Petua #28: Air Mawar Gliserin (Rose Water Glycerine)

Air mawar sangat sesuai dijadikan pembilas muka. Setelah anda membersihkan muka, gunakan air mawar sebagai bilasan. Ini boleh membantu membuang sisa dan bahan cemar yang lain.

Petua #29: Jangan Sentuh Muka atau Jerawat

Kita tidak tahu betapa banyakya bakteria dan kotoran yang kita sentuh setiap hari. Apabila anda menyentuh muka anda, menggosok mata anda, dan lain-lain, anda memindahkan semua kotoran dan kuman itu pada muka anda.
Adalah terbaik bagi anda membasuh tangan terlebih dahulu sebelum menyentuh muka. Jika anda merasa perkara ini sukar untuk dilakukan, pastikan anda mencuci tangan dengan kerap.

Petua #30: Jangan Minum Minuman Beralkohol

Pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan, sebagai contoh minuman keras dan arak, boleh membesarkan saluran darah yang berhampiran permukaan kulit anda. Ini akan meransang pembentukan jerawat.
Bagi pembaca Muslim, agama Islam melarang penganutnya meminum arak dan minuman yang memabukkan.

Petua #31: Elakkan Penggunaan Produk yang Pelbagai

Anda dinasihatkan supaya tidak menggunakan pelbagai jenama sekali gus. Hal ini kerana semua produk-produk tersebut dihasilkan oleh tindakan bahan kimia. Sesetengah bahan (dari produk yang berbeza) mungkin akan menyebabkan tindakbalas dan ini boleh memberikan kesan yang negatif kepada pengguna.

Petua #32: Minyak Grapeseed

Tuangkan atau tambah satu sudu teh minyak grapeseed ke dalam toner atau pencuci muka anda. Minyak ini boleh membantu sel-sel kulit anda yang rosak akibat jerawat.

Petua #33: Cuka Epal

Cuka ini membunuh sel-sel kulit mati dan membersihkan liang roma kerana cuka jenis ini sangat berasid. Anda perlu berhati-hati apabila anda menggunakannya.
Jika kulit anda mudah kering, anda perlu menambah air kedalam larutan cuka tersebut agar ia menjadi lebih cair.

Petua #34: Gula Perang

Apabila mandi, kulit akan menjadi lembap. Ini menyebabkan liang-liang roma terbuka. Gunakan gula perang dan gosok ke kawasan jerawat.
Ia membantu menghilangkan jerawat dan membantu menjaga kulit anda supaya licin. Anda tidak perlu menggunakan scrub ini setiap hari. Dua atau tiga kali sebulan adalah mencukupi.

Petua #35: Putih Telur

Putih telur dapat menghilangkan minyak dari kulit anda. Pecahkan satu atau dua telur dan pisahkan putih telurnya. Pukul putih telur sehingga mereka adalah sebati.
Sapukan putih telur tersebut di muka dan biarkan selama 15-20 minit. Kemudian bilas. Kaedah ini menjadikan kulit anda bebas minyak, yang mana akan melawan pembentukan jerawat.

Petua #36: Kuning Telur

Kuning telur membantu menghentikan liang roma daripada tersumbat. Kuning telur mempunyai kandungan Vitamin A yang terdiri daripada retinoids. Retin-A ini biasanya terdapat dalam produk-produk kecantikan.
Caranya adalah, adukkan kuning dan sapukannya pada muka. Biarkannya selama 15-20 minit, kemudian bilas dan basuh. Ulangi kaedah ini sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Petua #37: Bawang Putih

Walaupun cara ini tidak terbukti secara saintifik, namun sudah ramai yang berjaya dengan mengamalkannya. Kupas dua ulas bawang putih dan tumbuk sehingga menjadi pulpa.
Gunakan jus yang diperah dari pulpa itu sebagai sapuan di muka. Biarkan selama 5 hingga 10 minit. Anda boleh mengulangi petua ini seberapa kerap yang anda mahu, tetapi jangan biarkan ia terlalu lama pada satu masa.

Petua #38: Pudina (Mint)

Pudina boleh melembutkan kulit anda. Pudina mengandungi menthol, yang merupakan anti-radang. Pudina mengurangkan kesan warna mearh pada muka, apabila anda mengalami masalah jerawat.
Untuk tips ini, anda boleh menggunakan jus daun teh pudina atau minyak pudina. Sapukannya pada muka anda selama 10-15 minit dan bilas. Anda boleh mengulangi petua ini sebanyak mana anda mahu. Pudina tidak akan merosakkan muka kerana ia adalah dari sumber semulajadi.

Petua #39: Kayu Manis dan Madu

Campurkan satu sudu teh serbuk kayu manis dan satu sudu teh madu. Sapukan pada muka anda dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam dan keringkan.
Kayu manis merupakan bahan yang anti-virus, anti-kulat dan anti-bakteria. Madu merupakan antiseptik semula jadi. Maka madu boleh menyembuhkan dan menenangkan. Madu juga mempunyai sifat higroskopik, jkebolehan menyerap kelembapan.

Petua #40: Yogurt

Sekiranya anda mengetahui cara-cara membuat yogurt, maka ia adalah baik berbanding dengan anda memberlinya di kedai.
Cara-caranya adalah dengan menyapu yogurt tersebut pada muka dan biarkan selama 20 minit. Kemudian, bilas dengan air suam. Kaedah ini membantu membersihkan dan menyejukkan kulit anda.

Petua #41: Minyak Buatan Sendiri

Mencampurkan minyak semula jadi boleh menghasil minyak yang melembapkan kulit anda. Anda boleh menggunakan kira-kira satu auns minyak jojoba. Tambah 3 titis minyak biji lobak merah, minyak lavender dan minyak geranium. Sapu minyak ini pada tempat jerawat tersebut.

Petua #42: Minyak Cengkih

Jangan sapu minyak cengkih terus pada muka anda, kerana minyak ini panas. Adalah terbaik campur dengan air sedikit dan sapu minyak tersebut secara perlahan-lahan pada muka anda. Cari minyak cengkih yang berkualiti.
Minyak ini membantu dengan jerawat fibrosis (cystic  acne) yang teruk. Cara ini adalah satu rawatan topikal yang boleh membantu mengurangkan jerawat dalam masa sehari.

Petua #43: Longgarkan Peralatan Senaman

Pemakaian topi keledar semasa bersenam (berbasikal) boleh menyebabkan jerawat berlebihan di sekitar garis rambut. Jika anda perlu memakai peralatan ini atas alasan olahraga atau senaman, cuba melonggarkan mereka sedikit (dengan mengambil kira keselamatan semasa bersenam).
Anda juga digalakkan supaya kerapkan membasuh peralatan atau pakaian senaman sebaik sahaja digunakan.

Petua #44: Mandi Selepas Senaman

Tidak kira, sama ada anda pergi ke gimnasium, bermain bola sepak, bermain tenis, atau berjoging, badan kita akan mengeluarkan peluh.
Dan apabila berpeluh, ia akan meninggalkan garam pada kulit. Anda perlu membasuh atau membilas peluh tersebut. Hal ini kerana garam boleh menyebabkan liang roma tersumbat.

Petua #45: Kawal Tekanan Diri (Stress)

Ketika dalam keadaan tertekan, badan mengeluarkan hormon. Ini secara tidak langsung meningkat tahap mengeluaran minyak dari badan, dan memberikan kesan kepada kulit.
Anda perlu melakukan sesuatu aktiviti yang boleh memberikan ketenangan dan mengurangkan tekanan anda. Sebagai contoh yang ringkas, mendengar muzik, keluar makan dengan kawan, atau melakukan senaman boleh membantu mengurangkan tekanan diri.

Petua #46: Kunyit

Kunyit kebanyakannya digunakan dalam rempah ratus dari India. Kunyit mempunyai ciri-ciri anti-radang, antiseptik dan antimikrob. Ia boleh mengurangkan keradangan dan kemerahan jerawat anda.

Petua #47: Pastikan Peralatan yang Menyentuh Muka Anda Bersih

Pastikan telefon bimbit, cermin mata atau apa-apa sahaja yang menyentuh muka anda dibersihkan dengan kain lap anti-bakteria.
Sebagaimana anda tidak sepatutnya menyentuh muka anda dengan tangan yang kotor, anda juga tidak disarankan muka terdedah dengan peralatan atau peranti yang kotor.

Petua #48: Kurangkan Makanan Tenusu

Kajian telah membuktikan bahawa pengambilan produk tenusu boleh menyebabkan penghasilan minyak lebih banyak (oleh kelenjar minyak). Hal ini tidak baik kerana boleh meransang pembentukan jerawat.

Petua #49: Kulit Pisang

Cara-caranya adalah, ambil kulit pisang dan gosok pada jerawat untuk beberapa minit. Gosok sehingga bahagian dalam kulit bertukar kepada warna coklat.
Kulit akan menyerap nutrien dan vitamin dari kulit pisang tersebut. Biarkan selama 30 minit dan kemudian cucinya dengan air suam. Ulangi proses ini tiga kali sehari.
Sekiranya anda merancang mengamalkan petua ini pada waktu malam, anda boleh membiarkan kulit anda semalaman, dan mencucinya pada keesokan harinya.

Petua #50: Betik

Betik juga sering kali menjadi bahan dalam produk-produk kecantikan. Anda tidak semestinya perlu beli produk-produk tersebut untuk mendapat khasiat betik. Bahkan memakan buah betik adalah lebih baik kepada badan dan kulit anda.
Betik boleh membuang sel-sel kulit mati dan juga lipid yang berlebihan dari kulit. Untuk mengamalkan petua ini, anda perlu melembutkan isi betik tersebut. Kemudian, letakkannya di kawasan yang terlibat.
Biarkan pada kulit selama 20 minit dan kemudian bilas menggunakan air suam. Jika kulit anda kering selepas bilasan, anda perlu mencari pelembap semulajadi yang sesuai untuk jenis kulit.

No comments :

Post a Comment

[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket