PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

28 July 2011

Fadhilat Bulan Ramadhan




Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

26 July 2011

Bulan Ramadhan Akan Tiba



Bersempena kedatangan bulan yang penuh mulia iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak, Persatuan Pendidikan Islam di SMK Tunku Putra telah merangka beberapa program serta pertandingan yang menarik. Antaranya adalah pertandingan bersajak, menulis karangan jawi, khutbah, menulis khat, kuiz dan membuat video pendek. Semua pertandingan ini berdasarkan dan berlandaskan Islamic. Pertandingan akan berlangsung sepanjang bulan Ramadhan yang melibatkan semua pelajar SMKTP.

15 July 2011

Fadhilat Bulan Syaban

FADHILAT SYA'BAN
sumber: http://members.tripod.com/~DarulUlum/BH2
1. Telah memberitahu kepada kami Abdullah bin Yusuf Telah memberitahu kami Malik daripada Abi An-Nadhri daripada Abi Salamah daripada Sayyidatina 'Aishah telah berkata : Rasulullah S.A.W berpuasa sehingga kita mengatakan dia tidak berbuka dan baginda S.A.W berbuka sehingga kami berkata dia tidak berpuasa. Dan aku tidak pernah melihat Rassulullah S.A.W menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda S.A.W banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya'ban.
( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya )
2. Telah memberitahu kami Muaz bin Fudhalah telah memberitahu kami Hisham daripada Yahya daripada Abi Salamah sesungguhnya sayyidatina 'Aishah telah memberitahunya dengan berkata : Nabi S.A.W tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya'ban, dan baginda S.A.W telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya'ban. Dan adalah baginda S.A.W bersabda : Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan ( mewajib )kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W adalah sembahyang(sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda S.A.W apabila mendirikan sembahyang maka baginda S.A.W sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.
( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya)

13 July 2011

Semakan Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2012


Semakan untuk PLKN telah boleh dilakukan bagi para pelajar yang lahir pada tahun 1994. Semakan boleh dilakukan sama ada secara online atau pun SMS.
Saya pun tak dapat tawaran PLKN..huh,,Tapi bagi sesiapa yang ingin menyemak nama anda. Sila layari laman web rasmi PLKN iaitu www.khidmatnegara.gov.my.
Harap maklum sekarang laman PLKN agak sibuk sedikit. Sememangnya susah nak layari laman web PLKN. Oleh itu, anda boleh juga semak melalui sms.
Taip "PLKN SEMAK IC Number dan hantar ke 15888.

07 July 2011

Amalan Gaya Hidup Sihat


Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.


.
..........Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakan kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang.
.
..........Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar

04 July 2011

Remaja Dan Kesalahan Juvana

Penglibatan golongan remaja dalam masalah juvana


Mengikut perundangan juvana, orang muda dan remaja membawa maksud yang sama, iaitu seseorang yang berumur antara 10 hingga 18 tahun dan boleh diiktiraf sebagai mengetahui akibat perlakuan "tanggungjawab jenayah".


Penglibatan remaja dalam kes juvana dilaporkan dalam tempoh dua tahun 1997-1998, 685 kes, bulan Januari-Mei 1999, 121 kes. Manakala jumlah tangkapan terhadap golongan remaja bagi tempoh 1997 hingga bulan Mei 1999 sebanyak 1354 orang. Perangkaan yang ada menunjukkan bahawa penglibatan remaja dalam jenayah yang membabitkan peringkat umur 16 hingga 18 tahun adalah yang paling tinggi bagi tempoh tahun 1997 (326 orang), manakala pada tahun 1998 (439 orang), dan antara bulan Januari hingga Mei 1999 (160 orang).


01 July 2011

KOLEKSI AYAT-AYAT MENARIK


Ayat-ayat menarik ini boleh digunakan di dalam penulisan karangan. Diharap karangan anda semua menarik di baca oleh cikgu mahupun pemeriksa kertas soalan anda. Selamat mencuba menggunakan ayat-ayat menarik di dalam karangan anda..
1. …masyarakat kita sekarang ini makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan…
2. .kekuatan ekonomi yang cukup ampuh mampu membuatkan Malaysia setanding negara lain di dunia..
3. …kita sepatutnya tidak harus akur kepada ledakan arus materialistik…
4. ….apa jua yang kita rancang perlu menagih komitmen dan pengertian yang serius daripada semua pihak..
5. …masyarakat pada masa kini masih lagi dibelenggu dengan pemikiran yang sempit..
6. ..remaja harus sedar pelbagai cabaran yang bakal menghambat…
7. …..remaja perlu mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang..

25 June 2011

Gejala Vandalisme

Isu ini disebabkan tajuk karangan Bahasa Melayu pada minggu ini. Oleh yang demikian saya ingin berkongsi isu ini kepada para pembaca dan pelajar lain.


Faktor-faktor Berlakunya Vandalisme

i. Pengaruh Rakan Sebaya
Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan vandalisme. Golongan remaja biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga. Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan remaja dalam kumpulan, Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya.
ii. Ibu Bapa dan Keluarga
Ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan remaja. Contohnya, ketika memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buah-buahan seperti rambutan dan limau di samping tidak menghiraukan papan tanda had kelajuan. Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif. Menurut kajian yang dijalankan vandalisme dendam dilakukan oleh remaja yang ingin bebas dan berlatarkan keluarga yang bermasalah. Selain itu kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini.
iii. Pengaruh Media Massa

04 June 2011

Masalah Sosial Di Kalangan Remaja


Pengenalan
Belakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini diutarakan. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama.
Pengertian masalah sosial remaja
Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.
Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta

01 June 2011

NEVER GIVE UP


Adakah anda paham dengan klip video ini?
Cuba perhatikan semangat monyet itu untuk lepas dari dibaham oleh buaya. Tidakkah anda berasa kagum. Monyet itu tidak pernah putus asa untuk meneruskan hidupnya, tetapi di dalam hidup anda, pernahkah anda berputus asa. Sememangnya anda pernah berputus asa kan. Marilah kita mengambil pengajaran daripada tindakan monyet tersebut
[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket