PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

10 September 2014

CONTOH KARANGAN PRAPERCUBAAN SPM 5



TAJUK 5 : CARA MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN

            Dalam mendepani era modenisasi pada abad-21 kini, dunia menyaksikan iktisad (ekonomi)negara membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Negara yang semakin pesat membangun seperti tenggelam sama basah, timbul sama hanyut seiringan dengan negara maju lain. Namun begitu,  isu memupuk semangat kejiranan masih menjadi polemik dalam kalangan marhaen (golongan bawahan) di Malaysia.  Dewasa ini, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita semakin hari semakin terpinggir. Maasyarakat pada hari ini lebih mementingkan diri sendiri dan membudayakan hidup bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Dari segi  konsepnya semangat kejiranan boleh ditakrifkan sebagai suatu perasaan yang harus dipupuk oleh setiap masyarakat di Malaysia tanpa mengira warna kulit bangsa dan agama dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan kaum demi negara yang tercinta. Biasanya semangat kejiranan merangkumi semua lapisan masyarakat tidak kira muda ataupun tua yang perlu kita amalkan. Menurut Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah jiran merupakan orang yang tinggal di sekeliling kita sama ada di depan, belakang, kiri , atau pun kanan dan merupakan orang pertama yang membantu kita ketika kita berada dalam kesusahan. Hal ini boleh dianalogikan seperti awan yang melindungi bumi daripada cahaya matahari. Oleh itu, langkah yang signifikan harus diambil bagi menerapkan semangat kejiranan kepada semua lapisan masyarakat.

            Cara yang afdal untuk memupuk semangat kejiranan ialah ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak. Hal ini kerana ibu bapa merupakan guru pertama dan guru terbaik kepada anak-anak. Jika ibu bapa menunjukkan teladan  yang baik kepada anak-anak maka mereka akan mencontohi teladan yang ditunjukkan kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Sekiranya ibu bapa menunjukkan suri teladan yang buruk kepada anak-anak maka mereka akan menjadi anak-anak yang jahat malah lebih teruk lagi.  Hal ini boleh dianologikan seperti anak burung yang baru belajar terbang daripada ibunya. Sebagai contoh, ibu bapa haruslah mengunjungi atau menziarahi jiran tetangga walaupun mereka berada dalam keadaan yang baik atau tidak. Selain itu, ibu bapa haruslah tidak sombong dengan jiran dan sering bertegur-sapa agar dapat memupuk semangat kejiranan. Kesannya, semangat kejiranan dapat dipupuk antara jiran dalam kalangan anak-anak dan ibu bapa sekali gus dapat mewujudkan masyrakat yang harmoni. Sekiranya cara memupuk semangat kejiranan dapat dipupuk oleh ibu bapa maka negara dapat melahirkan generasi yang bijaksana dan bekerjasama dalam mentadbir membangunkan negara ke  arah kemajuan  negara pada masa akan datang. Tegasnya, contoh teladan yang terbaik daripada ibu bapa mampu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan anak-anak.

02 September 2014

CONTOH KARANGAN PRAPERCUBAAN SPM 4



TAJUK 4: LANGKAH MENJADI PELAJAR CEMERLANG



        Tidak dapat dinafikan bahawa setiap pelajar pasti mempunyai keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Kecemerlangan ini hanya akan dapat dicapai sekiranya pelajar-pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah sesuatu yang sangat sukar untuk dicapai sekiranya pelajar itu sendiri mempunyai iltizam dan keazaman yang tinggi  untuk mencapainya. Namun begitu, dalam menelusuri arus globalisasi yang pantas bergerak bagai belut diketil ekor ini masih terdapat segelintir pelajar yang masih tidak menitikberatkan kecemerlangan akademik lantaran masih dibuai lena oleh budaya hedonisme. Mereka ini lebih mementingkan keseronokan dan hiburan daripada pendidikan. Pelajar-pelajar  tidak sepatutnya menganggap perkara ini sesuatu yang remeh atau mudah kerana keputusan peperiksaan mampu menjamin masa hadapan seseorang pelajar yang lebih cerah. Oleh itu, pelajar-pelajar janganlah menyesal pada masa hadapan disebabkan tidak dapat memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan jika asyik mengabaikan pelajaran, bak kata orang tua-tua, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang patut dilakukan untuk mencapai kecemerlangan seseorang pelajar?


            Langkah perdana yang perlu dilakukan oleh seseorang pelajar yang sentiasa mendambakan kecemerlangan ialah dia haruslah mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul. Seorang pelajar yang mempunyai peribadi yang unggul akan sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia tidak kiralah ketika bersama keluarga, guru mahupun rakan-rakan. Mereka haruslah bercakap dengan menggunakan bahasa yang  sopan santun bagaikan butir-butir mutiara yang berharga. Sebagai contoh, seseorang pelajar itu perlu sentiasa menghormati dan menyayangi guru mereka. Mereka juga perlu sentiasa berlapang dada untuk membantu rakan-rakan dalam pelajaran. Hal ini kerana bantuan yang diberikan dapat mengukuhkan pemahaman mereka atas penerangan yang diberikan. Sifat sombong dan angkuh tidak pernah wujud dalam kamus hidup seorang pelajar yang ingin cemerlang. Mereka sentiasa mengamalkan sikap bermurah hati dan tidak pilih kasih dalam pergaulan dengan membeza-bezakan bangsa, agama dan prestasi akademik kerana menyedari bahawa setiap manusia adalah sama di sisi Tuhan. Sahsiah dan peribadi pelajar yang cemerlang yang unggul disenangi oleh orang di sekelilingnya kerana mereka tetap bergaul mesra kerana tidak bersikap seperti kera sumbang. Oleh itu, jelaslah bahawa kecemerlangan dapat dicapai melalui sahsiah dan peribadi yang unggul.

27 August 2014

Sajak: Ibu Kiranya Kau Tahu

Ibu…
Akulah zigotmu…
Yang terhasil dari sperma dan tersenyawa
Akulah embriomu…
Yang menempel pada uterusmu yang suci
Akulah fotusmu…
Yang tak sabar menjengah bumi…
Dan akulah ibu…
Lambang jirim kasihmu yang abadi.

Tangisku ibu…
Kau reda dengan nasihat terpuji
Gelakku ibu…
Kau sambut denagn nilai- nilai murni
Nakalku ibu…
Kau sulam dengan akhlak muslimah sejati
Dengan hipotesis yang kau ciptakan ibu
Kau mengharapkan hidupku penuh variasi islami.

Tetapi ibu…
Dewasanya anakmu ini tanpa sezarah harga diri
Tanpa lagi atom- atom syahadah
Tanpan lagi molekul- molekul peribadi yang luhur
Tanpa lagi ion- ion keimanan.

Ibu…
Dengan alasan berdikari
Kujejakkan kaki ke bumi metropolitan
Hidupku tak ubah seperti gerakan Brown.
Bebas! Rawak! Tanpa hala tuju.
Yang ku impikan ibu…
Hanyalah sinaran pantulan- pantula neon yang bercahaya
Yang ku rindukan ibu…
Hanyalah kerlingan mata keranjang si buaya.
Aku bangga menjadi pilihan pria- pria kota
Hingga ku lupa hamparan sejadah
Hingga ku lupa pesanmu ibu.

Dahulu ibu… Mataku buta dengan lambaian masjid
Tetapi galak dengan lambaian disko
Telingaku pekak dari alunan dan laungan ayat- ayat suciNya
Tetapi peka dengan alunan muzik yang mengasyikkan
Hidungku hilang deria bau wangian Firdausi
Tetapi tajam dengan bauan alkohol yang memabukkan
Lidahku seakan kelu untuk melafazkan zikir dan munajat
Tetapi, petah mencaci dan memaki.

Tetapi kini ibu…
Kiranya kau tahu…
Kurasakan gentar menyelubungi siangku
Rantaian dosa- dosa silam menyelimuti malamku
Aku takut ibu…
Aku takut… dengan serulis Israfil
Aku takut… dengan sentakan Izrail
Aku takut dengan cemeti munkar dan Nankir
Aku takut!!!

Tetapi kini ibu…
Kiranya kau tahu…
Anakmu ini tidak lekang dari tempat sujudNya
Bibirku basah dengan kalimah suci
Mataku tersasar ke arah QiblatNya
Telingaku dirakum dari umpatan cela…
Meluruhkan dedaun dosa
Digantikan bebunga pahala.

Kiranya kau tahu ibu…
Betapa anakmu ini dipalit rasa sesal
Hingga ke akhirnya…
Sumber nukilan:
Majalah Sekolah SMK Seri Perak, Teluk Intan

Kiriman:

Dhia Erryna

21 August 2014

CONTOH KARANGAN PRAPERCUBAAN SPM 3



TAJUK 3 : LANGKAH MEMAJUKAN PELANCONGAN NEGARA

           Sektor pelancongan di negara kita berkembang maju dan menjadi sumber pendapatan negara yang penting. "Pendapatan indsutri pelancongan mencatatkan peningkatan 7.2 peratus dengan nilai RM103.3 bilion pada tahun 2013 dalam menjana ekonomi Malaysia,” kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Hal ini menunjukkan peningkatan ekonomi yang memberangsangkan yang dibawa masuk melalui industri pelancongan. Kerajaan telah menggerakkan semua agensinya untuk memastikan sektor pelancongan berkembang pesat sejajar dengan pembanguna negara yang pantas. Namun begitu, insiden yang menimpa negara baru-baru ini dengan kejadian misteri iaitu kehilangan pesawat Malaysian Airlines Systems (MAS) MH371 dari China dan MH17 yang ditembak lalu terhempas di Ukraine sedikit sebanyak boleh menjejaskan industri pelancongan negara. Kebanyakan pelancong berasa terancam untuk datang ke Malaysia apatah lagi tahun 2014 diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Malaysia. Oleh itu, semua pihak haruslah megatur langkah yang lebih proaktif dan pragmatik untuk memastikan industri pelancongan negara kita terus rancak dengan kunjungan para pelancong sama ada dari dalam negara atau dari luar negara untuk memastikan semua pihak mendapat faedah daripada perkembangan sektor ini. Persoalan yang bermain-main di gawang minda kita ialah apakah langkah-langkah yang pragmatik yang dapat dipraktikkan untuk memajukan sektor pelancongan di negara kita?

            Uslub yang perdana yang dapat diambil ialah pihak kerajaan memperkenalkan produk pelancongan baharu yang dapat menarik minat pengunjung mancanegara. Produk pelancongan negara perlu diperbanyak supaya para pengunjung dapat menikmati sesuatu yang baharu dan unik di negara kita. Banyak produk pelancongan yang wajar diterokai oleh pihak-pihak yang terbabit. Misalnya, kerajaan menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam program inap desa dengan lebih banyak. Selain itu konsep pelancongan kesihatan, agropelancongan, ekopelancongan, dan seumpamanya hendaklah dikembangkan. Kita juga wajar memperkenalkan pelancongan musim buah-buahan seperti musim durian, manggis, langsat, dan sebagainya. Produk pelancongan yanng diperkenalkan mestilah dapat menarik hati pelancong-pelancong mancanegara. Biasanya pelancongan luar mahu melihat sesuatu yang tidak ada di negara mereka. Oleh itu, kita harus mengambil peluang untuk memperkenalkan keunikan negara ini dengan mengetengahkan budaya hidup dan kesenian masyarakat tempat. Sebagai contoh, pelancong wajar dibawa untuk tinggal bersama-sama masyarakat luar bandar dan mendalami cara hidup mereka. Dengan ini, para pengunjung dapat menimba pelbagai ilmu yang baharu dan mereka tidak akan pulang dengan tangan yang kosong tanpa ilmu di dada. Benarlah kata orang tua-tua, “jauh perjalanan, luas pengalaman”. Jadi, usaha kerajaan memperkenalkan produk pelancongan baharu dapat meningkatkan sektor berkenaan.

15 August 2014

CONTOH KARANGAN PRAPERCUBAAN SPM 2



TAJUK 2 : KEPENTINGAN BERSARAPAN PAGI

Rangka:


            “Mimi tidak suka sarapan pagi. Kalau makan pagi dia mesti sakit perut. Selalunya lepas bangun tidur, dia akan terus ke sekolah. Lagi pun, tak sempat. Kami keluar rumah jam 6.45 pagi. Dia suka sambung tidur dalam kereta daripada makan," kata Halimah ketika diaju soalan kenapa tidak menyediakan sarapan pagi untuk anaknya sebelum melangkah ke sekolah. Senario ini mungkin biasa kita dengar. Sama ada tahu atau tidak ambil kisah, segelintir ibu bapa masih tidak memberi perhatian serius terhadap kepentingan sarapan pagi untuk memastikan anaknya dapat menumpukan sepenuh perhatian pengajaran di dalam kelas. Sebenarnya sarapan pagi sangat penting kepada setiap individu. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir individu yang kurang gemar mengambil sarapan pagi. Mereka menganggap bahawa sarapan pagi hanya akan menambahkan berat badan. Mungkin juga terdapat individu yang sering mengalami masalah sakit perut sejurus mengambil sarapan pagi. Sama ada kita sedar atau tidak, terdapat pelbagai faedah yang kita peroleh apabila mengambil sarapan pagi. Marilah bersama-sama kita mengkaji faedah-faedah pengambilan sarapan pagi.

        Salah satu faedah mengambil sarapan pagi ialah masalah obesiti dapat dielakkan. Banyak orang yang beranggapan bahawa dengan tidak mengambil sarapan pagi, dapat mengurangkan berat badan mereka. Seseorang yang tidak bersarapan cenderung untuk mengambil makanan dengan kuantiti yang banyak pada waktu tengah hari dan tidak berkhasiat serta tinggi kalori seperti makanan ringan untuk menghilangkan kelaparan. Sebetulnya,berat badan lebih mudah dikurangkan dengan mengambil sarapan pagi dengan tidak makan secara keterlaluan pada waktu tengah hari sebagai akibat kelaparan kerana tidak mengambil sarapan pagi. Kajian yangdijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remajaberusia 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dankurang berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan. Pengambilan sarapan pagi perlulah seimbang dengan tenaga yang diperlukan. Untuk mengelakkan masalah obesiti, kita haruslah bersarapan pagi dengan makanan yang berkhasiat seperti bijiran dengan susu. Hal ini bukan sahaja dapat mengelakkan obesiti malahan juga dapat mengelakkan pelbagai penyakit yang berbahaya. Tegasnya, masalah obesiti dapat diatasi dengan memberikan berat badan yang ideal jika kita mengambil sarapan pagi.

14 August 2014

CONTOH KARANGAN PRAPERCUBAAN SPM 1



TAJUK 1 : KEPENTINGAN HIDUP BERJIRAN
RANGKA ISI:
  • mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan penduduk.
  • mewujudkan kehidupan yang lebih harmoni, aman damai dan sejahtera.
  • mewujudkan persekitaran yang lebih selamat.
  • menjamin keselamatan kawasan kejiranan.
  • memupuk semangat bekerjasama dan tolong-menolong.
  • membantu meningkatkan perkembangan ekonomi masyarakat dan negara.
  • membantu menjayakan projek masyarakat setempat.
  • mengelakkan berlakunya kes-kes jenayah seperti pecah rumah, kecurian dan lain-lain.
  • menghapuskan perasaan hasad dengki, fitnah-memfitnah dan berburuk sangka antara jiran.
  • menjana perkembangan dan kemajuan sesebuah kawasan kejiranan.
  • membantu mengatasi masalah kemiskinan, pengangguran, buta huruf dalam kawasan kejiranan.
  • memberikan gambaran yang positif kepada masyarakat sekeliling, pelancong dan lain-lain.
            Nusa tercinta kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai anak watan berbilang kaum dan hidup secara bersama sehati sejiwa ibarat  peribahasa seikat bak sirih, serumpun bak serai.  Sehubungan dengan itu, kebanyakan anggota masyarakat yang hidup berjiran di kawasan bandar ataupun di kawasan luar bandar dan mereka saling berhubung, bertemu dan berurusan antara satu sama lain. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, jiran boleh ditakrifkan sebagai orang yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang. Namun begitu, terdapat lakaran suramyang menyelubungi kita bahawa ada pandangan yang menyatakan bahawa amalan kehidupan berjiran dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa ini dikatakan semakin sirna ibarathidup segan mati tak mahu. Sebahagian rakyat yang hidup dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini lebih cenderung kepada sifat nafsi ataupun individualistik danbersilengah.  Mereka ini tidak menyedari akan kepentingan hidup berjiran terutamanya dalam kehidupan hari ini yang berwarna-warni. Persoalan yang sering berlegar-legar di gawang minda kita ialah apakah kepentingan hidup berjiran kepada individu, masyarakat dan negara?

07 August 2014

Sajak Perpisahan

Sajak Perpisahan

Perpisahan umpama derai kaca
tersentak dan membijihkan warna
mengingati kenangan silam
sorotilah hikmah yang terbina
Perpisahan itu kenangan
lupailah masa lalumu
pawana tersergam menaklukimu
terjeruk dalam ruang lena
cantasilah kelemahan dulu
redahilah kejayaan tungganganmu
bicara sampai habis
dapatkan manisan sebelum habis
azman @ denairimba

29 July 2014

Sajak : Liku-Liku Perjalanan

Liku – liku perjalanan
Ku tersasar dalam hidupku,
Tanpa arah dan tujuan,
Menitis air mataku di setiap perjalanan,
Mengesat peluh yang tidak kesampaian

Mana dusta yang kau cercakan?
Mana ilmu yang kau berikan?
Mana kata – kata nasihat yang engkau sampaikan?
Semuanya lebur dalam dakapan dan pelukan.

Tapi itu semuanya dahulu,
Ketikaku tidak memahami erti kehidupan,
Ketikaku tidak mengerti erti perjuangan,
Ketikaku tidak mengenal erti persahabatan.

Namun ada kalanya aku kecewa,
Memilih liku – liku hidup di persimpangan,
Mengenal kawan yang akhirnya menjadi lawan,
Mengetahui kebaikan dalam kejahatan.

Akhirnya aku mengerti,
Setiap perjalanan pasti ada ujian dan cabaran,
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan,
Akan ku tempuhi hidup ini demi pengalaman,
Akan ku semat iman demiMu Tuhan,
Agar aku menjadi sebaik insan.

Nukilan:

crapsist
crapsist@yahoo.com

16 July 2014

Peribahasa

Peribahasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar, bijak perkataannya dan senang difaham
Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.
Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina minda. Tetapi pada masa kini, pelbagai peribahasa dicipta yang memaksa pelajar-pelajar menghafalkan seberapa banyak peribahasa seperti robot.
Peribahasa yang baru dicipta ini memberikan peluang kepada penerbit buku melariskan buku masing-masing dengan mengisi buku masing-masing dengan peribahasa moden yang janggal, dengan setiap penerbit menghasilkan peribahasa masing-masing.
Selain itu, peribahasa yang baru dicipta ini juga mendorong kepada merosakkan bahasa, kerana sesetengah daripadanya hanya dibuat secara serkap jarang tanpa sebarang penyeliaan oleh sebarang pihak.
Sebagai contoh (ciptaan sendiri):
Seperti tetikus tanpa wayar / Seperti tetikus lepas tambatan.
Penjelasan:Tetikus dahulu terikat kepada komputer dan tidak bebas bergerak. Bagaimanapun, tetikus moden tanpa wayar bebas bergerak tanpa perlu terikat dengan komputer.
Ertinya: Seseorang yang dahulunya terikat kini bebas hendak kemana-mana sahaja.
Contoh penggunaan: Aminah kini bebas pergi ke disko semenjak dia keluar dari rumah keluarganya dan berpindah di kampung kebandar, seperti tetikus lepas

Senarai Peribahasa Melayu (Kumpulan)

  1. Peribahasa Bermula Dengan Huruf "A"
  2. Peribahasa Bermula Dengan Huruf "B"
  3. Peribahasa Bermula Dengan Huruf "C" dan "D"
  4. Peribahasa Bermula Dengan Huruf "E", "F", "G", "I", dan "J"
  5. Peribahasa Bermula Dengan Huruf "K"
  6. Peribahasa Bermula Dengan Huruf "L"
  7. Peribahasa Bermula Dengan Huruf "M"
  8. Peribahasa Bermula Dengan Huruf "N" hingga "O"
  9. Peribahasa Bermula Dengan Huruf "P dan Q"
  10. Peribahasa Bermula Dengan Huruf "R"
  11. Peribahasa Bermula Dengan Huruf "S"
  12. peribahasa bermula dengan huruf "T" dan "U"
  13. peribahasa bermula dengan huruf "V" hingga Y"
  14. Peribahasa bermula dengan huruf "Z"

KOSA KATA KARANGAN 1:



  • seikat bak sirih, serumpun bak serai (muafakat sekali, seia sekata)
  • lakaran suram (cerita / kisah menyedihkan)
  • hidup segan mati tak mahu  (semakin melarat)
  • sirna (hilang)
  • sifat nafsi / individualistik (mementingkan diri sendiri)
  • bersilengah (tidak peduli apa-apa)
  • holistik (menyeluruh) 
  • bagai aur dengan tebing (tolong-menolong) 
  • anjakan paradigm(perubahan corak berfikir dan bertindak)
  • ukhuwah (hubungan persaudaraan)
  • ampuh (kuat / teguh)
  • proklamasi (pengisytiharan / sesuatu yg diwara-warakan)
  • utuh (kuat / kukuh / teguh)
  • persis (umpama / seperti)
  • telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua (kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat)
  • pengimplimentasian (pelaksanaan)
  • horizon (kawasan)
  • dek (oleh)
  • sensitiviti (perkara yang menjadi sensitive)
  • spiritual (kerohanian)
  • memacu (membawa / mendorong)
  • kekangan (masalah)
  • infrastruktur (prasarana / kemudahan)
  • modal insan (tenaga manusia yang berpengetahuan, berdisiplin dan berakhlak)
  • sambil menyelam minum air (Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksudtercapai)
  • vital (mustahak)
  • melakar kejayaan (mencatat kegemilangan)
  • diimplimentasikan (dipraktikkan)
  • melonjakkan (menaikkan) implisit (tidak langsung)
  • memberangsangkan (mencapai tahap optimum)
  • kebejatan moral (keruntuhan akhlak)
  • seantero mayapada (seluruh dunia hari ini)
  • kealpaan (melalaikan, mengabaikan)
  • evasif (mengelak daripada melakukan tanggungjawab)
  • bernafsi-nafsi (individualistik / mementingkan diri sendiri)
  • enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing (bernafsi-nafsi / individualistik / mementingkan diri sendiri)
  • berat sama dipikul, ringan sama dijinjing (Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu)
  • komitmen (memberikan sepenuh tenaga)
  • sanubari (jiwa / diri / kalbu)
  • aspirasi (keinginan yang kuat / cita-cita) 
  • terzahirnya (terciptanya)
  • [ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
    Photobucket