PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

27 April 2011

GEJALA SOSIAL - MUHASABAH DIRI

Gejala sosial bukan sahaja gejala yang menghantui kita di
dunia, tetapi ia juga akan menghantui kita di akhirat
nanti. Di dunia, hidup kita jadi porak peranda dengan seribu
satu masalah. Di akhirat pula, kita bakal diheret ke dalam api
neraka untuk diazab dengan seribu satu jenis siksaan Tuhan
yang begitu menakutkan. Lantaran itu, kita wajib mencari jalan
untuk selamat daripadanya. Ia bukan satu persoalan yang
melibatkan golongan pemimpin sahaja, tetapi juga setiap
individu yang bergelar hamba Allah di muka bumi ini.

Untuk selamat, kita mesti mencari pemimpin yang bertaqwa.
Allah yang Maha Pengasih itu sudah tentu tidak akan
membiarkan hamba-hamba-Nya kehilangan punca. Di setiap
zaman, Tuhan ada menyiapkan 'orang-orang-Nya' yang menepati
kriteria pemimpin yang bertaqwa ini. Hanya mereka,
yakni orang-orang Tuhan ini yang benar-benar faham tentang
masalah manusia kerana mereka diberi faham oleh Tuhan yang
merupakan Pencipta manusia yang Maha Bijaksana. Dan hanya
mereka yang mampu menyelesaikan masalah manusia
kerana mereka bergantung kepada kekuatan Tuhan dan bukan
kekuatan makhluk-Nya yang sangat terhad itu. Ibarat anak-
anak bergaduh dan berkrisis sesama mereka, bukankah orang
tua mereka yang lebih mampu mendamaikan?

Kita, manusia biasa yang lemah ini tidak perlu bersusah payah
memerah otak memikirkan cara untuk menyelesaikan
gejala sosial kerana kita bukan orang yang selayaknya. Bila
bukan kita orang yang Tuhan kehendaki dan izinkan untuk
menyelesaikan masalah masyarakat ini, walaupun wang
berjuta ringgit dibelanjakan, tenaga yang begitu banyak dikerahkan
dan apa juga usaha lain yang dijalankan, masalah
ini semakin lama menjadi semakin runlit, semakin kronik. Dan
inilah senario yang sedang melanda masyarakat kita. Semakin
lantang suara yang memperkatakan tentang gejala sosial,
semakin meningkat pula masalah dadah, bohsia, rogol, pembunuhan,
pencabulan, pecah amanah, pergaduhan, vandalisme
dan lain-lain lagi. Apakah ini bukan bukti yang cukup
nyata?

Sebenarnya, laluan yang Tuhan berikan untuk kita selamat
dari gejala sosial ini cukup mudah. Kita hanya perlu mencari
pemimpin yang bertaqwa dan bernaung di bawah kepimpinannya.
Cuma persoalannya, sudahkah kita benar-benar
mencari pemimpin tersebut?


Diambil daripada Halaqah

No comments :

Post a Comment

[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket