PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

27 April 2011

Memartabatkan Pelajar Lelaki, Mempekasakan Pelajar Perempuan


Program ini telah di anjurkan oleh pihak sekolah bagi memartabatkan pelajar lelaki dan mempekasakan pelajar perempuan. Program ini bertujuan untuk persaingan belaku antara pelajar perempuan dengan pelajar lelaki. Menurut kata guru kaunselor, prestasi pelajar lelaki dalam bidang akademik semakin menurun dan pelajar perempuan semakin meningkat. Dengan adanya program seumpama ini, diharap semua pelajar lelaki mampu mengatasi kembali pelajar perempuan yang selama ini semakin mendominasi dalam bidang akademik mahupun kokurikulum sekolah. Program ini telah disambut baik oleh Adun Seri Gading, malah beliau telah menyumbangkan wang untuk menjayakan program ini. Guru kaunselor telah menerangkan tujuan program ini diadakan dan diharap program ini berjaya dengan harapan pelajar lelaki haruslah bangkit dari lena yang panjang. Sememangnya pelajar lelaki semakin leka dengan hiburan, dan semakin melupakan kepentingan pelajaran pada masa
hadapan. Hal ini haruslah dipandang serius oleh semua pihak untuk memartabatkan pelajar lelaki dan mempekasakan pelajar perempuan. sebagai intihanya, semua pelajar tidak kira lelaki atau perempuan haruslah belajar dengan iltizam yang teguh bagi menjamin masa hadapan negara ini terus gah di mata dunia.

No comments :

Post a Comment

[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket